Jumaat, Mac 27, 2015

Malaysia Tak Pernah Ke Piala Dunia

BAHAGIAN 1
Generasi hari ini sering kali membangkitkan
persoalan disebabkan Malaysia tidak pernah
layak ke Piala Dunia, maka era 60an dan
70an juga adalah sama seperti era
2000an ini.

Juga mempersoalkan adakah bolasepak Malaysia
tidak bergerak sejak dari dahulu lagi.
Bermaksud kejayaan menang pingat gangsa
Sukan Asia, layak secara merit ke Sukan
Olimpik, layak ke Piala Asia secara merit
tidak setanding dengan nilai layak ke
Piala Dunia.

Untuk bahagian 1 ini, paparan ini
berdasarkan kepada keputusan atas padang saja.
Jadi hanya berdasarkan kepada fakta keputusan.

Untuk Piala Dunia mulai 1970 baru negara Asia/Oceania serta Afrika mendapat satu tempat secara terus.

Harus diingat negara Asia dan Afrika ketika itu masih bertaraf amatur berbanding dengan eropah atau amerika selatan. Kemajuan bolasepak kedua benua jauh ketinggalan berbanding dengan negara eropah atau amerika selatan.

Tiada ulasan: