Jumaat, Disember 08, 2017

Tan Cheng Hoe Di Lantik Ketua Jurulatih


TAN CHENG HOE DILANTIK SEBAGAI KETUA JURULATIH BAHARU
07 Disember 2017 - Penolong jurulatih kebangssan Tan Cheng Hoe diumumkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebagai ketua jurulatih baharu skuad kebangsaan.



Rekod Dibawah Nelo Vingada
5 Kalah, 2 Seri.

13 Jun 2017: Malaysia 1-2 Lubnan
22 Ogos 2017: Malaysia 1-2 Syria
29 Ogos 2017: Malaysia 0-1 Myanmar
5 September 2017: Malaysia 1-1 Hong Kong,
10 Oktober 2017: Malaysia 0-2 Hong Kong
10 November 2017: Malaysia 1-4 DPR Korea,
13 November 2017: Malaysia 1-4 DPR Korea

NELO VINGADA LETAK JAWATAN KETUA JURULATIH KEBANGSAAN

06 Disember 2017 - Selepas mengadakan perbincangan dengan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor selaku Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), saya dengan ini bertanggungjawab di atas prestasi pasukan kebangsaan.

Atas rasa tanggungjawab dengan apa yang telah berlaku itu, saya dengan ini mengumumkan untuk melepaskan jawatan sebagai ketua jurulatih kebangsaan berkuat kuasa serta merta dan Tunku Presiden sendiri turut telah menerima keputusan yang saya buat ini.

Saya ingin memaklumkan juga bahawa dua pembantu yang saya bawa bersama ke sini iaitu Joao Arnaldo Correia De Carvalho dan Francisco Jose Bruto Da Costa turut bersama melepaskan jawatan mereka, masing-masing selaku penolong jurulatih dan jurulatih kecergasan skuad kebangsaan.

Akhir kata pada kesempatan ini, saya berharap dan berdoa agar bola sepak Malaysia kembali bersinar selepas ini dan saya berbangga kerana dapat menjadi sebahagian warga bola sepak Malaysia biarpun dalam tempoh masa yang agak singkat ini.

Nelo Vingada

Ketua jurulatih kebangsaan Malaysia

Nelo Vingada Di Lantik Ketua Jurulatih

15 Mei 2017 - Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menamakan Nelo Vingada sebagai Ketua Jurulatih Skuad Kebangsaan.

Tugas pertama beliau adalah Pusingan Kelayakan Piala Asia 2019 bertemu DPR Korea (8 Jun 2017 di Pyongyang) dan bertemu Lebanon (13 Jun di Larkin).

Beliau akan tiba di Malaysia pada 25 Mei 2017 bagi menggantikan tempat Ong Kim Swee.

Nama Penuh: Eduardo Manuel Martinho Braganza de Vingada

Nama Gelaran: 'The Professor'

Tarikh Lahir: 30 Mac 1953 (64 tahun)

Tempat Lahir: Serpa, Portugal

Karier Pemain:
1964-1974 Atletico CP
1974-1975 Sintrense
1975-1979 Belenenses

Karier Jurulatih:
1981-1982 Belenenses
1982-1983 Academica de Coimbra
1983-1984 Sintrense
1984-1986 Vilafranquense
1988-1991 Portugal B-20 (Pembantu)
1993-1994 Portugal
1994-1995 Portugal B-20
1995-1996 Portugal Olimpik
1996-1997 Arab Saudi
1997-1998 Benfica (Pembantu)
1999-2003 Maritimo
2003-2004 El Zamalek (Mesir)
2004-2005 Mesir Olimpik
2005-2006 Academica de Coimbra
2007 Wydad Casablanca (Maghribi)
2007-2009 Jordan
2009 Persepolis (Iran)
2009 Vitoria SC
2010 FC Seoul
2011- 2012 Dalian Shide (China)
2013-2014 Iran (Pembantu)
2014 Iran Oimpik
2016 Maritimo
2016-2017 NorthEast United FC (India)
15 Mei 2017 Malaysia

Tiada ulasan: