Halaman

Sabtu, November 21, 2009

Johor

The Professor Kembali Bimbing Jengking
November 29 2009 - Nasir Yusof kembali menjadi jurulatih skuad Johor selepas diarahkan bercuti oleh Perstuan Bola sepak Negeri Johor (PBNJ).

Dengan perletakan jawatan Presiden PBNJ serta dua pegawai kanan persatuan itu, PBNJ akan mengadakan pelantikan baru. Exco Sukan Johor yang diberi mandat oleh kerajaan negeri memilih Nasir sebagai jurulatih kembali disebabkan kempen Liga Malaysia 2010 akan bermula lebih kurang dua bulan sahaja lagi.

Nasir yang membimbing pasukan Johor musim 2009 dalam saingan Liga Premier berjaya membawa pasukan itu ketempat ketiga sehingga dinaikkan ke saingan Liga Super musim depan sebelum diarahkan oleh pihak pengurusan PBNJ bercuti, tiga hari sebelum sepak mula kempen Piala Malaysia musim ini.


Johor Tidak Terurus
November 16 2009 - Akhbar Malay Mail melaporkan Johor FA berada dalam keadaan tidak terurus hanya selepas beberapa minggu layak bermain di Liga Super 2010 dengan mengakhiri Liga Premier di tempat ketiga. Presiden Johor FA Ahamad Mohamad telah meletak jawatan. Begitu juga Naib-Presiden Rozan Mohd Saat dan Setiausaha Kehormat Lukman Abu Bakar

Eksekutif Johor FA Wan Nizam Wan Omar dijangka akan menurut jejak mereka. Tidak cukup dengan itu para pemain dan pegawai telah tidak dibayar gaji sejak dua bulan lalu selepas penaja utama Majlis Perbandaran Pasir Gudang Municipality menghentikan dana serta-merta berikutan perubahan pengurusan.

Ahamad, yang juga pengarah urusan Kulim (M) Bhd, telah dilantik ke jawatan itu tiga bulan bulan lalu telah meletak jawatan pada Okt 11. Begitu juga ketua jurulatih “Prof” Nasir Yusof telah direhatkan secara mengejut sebelum bermulanya Piala Malaysia 2009 lalu..

Bekas pemain antarabangsa itu, telah membimbing Johor ke tempat ketiga dari 13 pasukan Liga Premier dibelakang juara Harimau Muda dan tempat kedua Terengganu T-Team. Johor kandas pada Piala Malaysia diperingkat kumpulan yang disertai oleh Negri Sembilan (Juara Piala Malaysia), Terengganu (separuh akhir) serta Sarawak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan