Halaman

Rabu, Disember 09, 2009

Siri 1 -Dilahirkan atau Dibina

Alih bahasa dari www.expertfootball.com/training/talent.php

Mentaliti Kejayaan (Winning Mentality) - Dilahirkan atau dibina (Born or made)

Dalam bolasepak, tiada siapa yang "dilahirkan" hebat. Ia adalah mustahil untuk dilahirkan dengan bakat bolasepak istimewa. Lihatlah mana-mana pemain yang hebat, saya jamin kepada anda bahawa setiap dari mereka telah menghabiskan ribuan jam menyempurnakan permainan mereka.

Ia juga sama seperti sukan lain, seperti pemain hoki ais Kanada Wayne Gretzky. Dia adalah pemain hoki ais terbaik dalam sejarah. Semua orang berkata dia dilahirkan genius apabila dia melangkah masuk ke gelanggang. Tetapi mereka langsung tidak tahu, Gretzky menghabiskan masa dengan berjam-jam berlatih memukul bola dengan kasut luncurnya dipakai. Dia juga menghabiskan berjam-jam diluar gelanggang dengan ayahnya yang telah melatihnya. Ini adalah caranya dia membina skilnya (kemahiran). Cubalah meniru Wayne Gretzky, dan menjauhi dari latihan, Saya jamin pemain ini tidak akan menjadi pemain pro.

Ia juga sama kepada Johan Cryuff, pemain bolasepak yang dilahirkan genius, ibunya bekerja di Ajax, dan Johan akan menghabiskan seluruh masa lapangnya di bangunan Ajax menendang bola keliling diluar padang. Dia akan berada disana sepanjang hari, jika dia bertuah pemain pro ketika itu akan membenarkan di masuk ke stadium melihat mereka berlatih dan memanaskan badan bersama mereka ketika latihan, Dan masih lagi, semua orang hairan bagaimana dia menjadi begitu bagus?

Ini ada cerita lain yang saya dengar, mengenai bekas pemain antarabangsa Sepanyol, Ferrer. Para Jurulatih mengatakan kepada saya bahawa dia sebenarnya bukanlah pemain baru meningkat paling berbakat di Sepanyol, tetapi dia bekerja keras seperti "anjing". Dia bekerja tanpa henti untuk memperbaiki permainannya dengan menukar kelemahan kepada kelebihannya, Tidak lama kemudian dia menjadi pemain terbaik sebayanya di Sepanyol , dan berjaya bermain untuk pasukan kebangsaan, melangkau lain-lain pemain "berbakat" dengan cara (etika) kerja yang hebat.

Bagaimana dengan bolakeranjang? Semua orang masih bercakap sehingga ke hari ini mengenai lontaran tiga mata Larry Bird. Dia berlatih lontarannya siang dan malam. Dia tidak mendapat kejayaannya dengan tidak sengaja. Dia seperti tikus gim yang mana tinggal di bakul lontaran di gim. Lihatlah dia; dia bukanlah atlik paling lazim yang pernah kita lihat. Oleh itu, kita tahu latihan menjadi kesempurnaan..

Yang paling utama adalah latihan menjadi kesempurnaan, bekerja keras mengatasi apa yang dikatakan "bakat semulajadi", memupuk mengatasi yang asal. (The bottom line is, practice makes perfect, hard work outwits this so-called "natural talent", nurture outweighs nature.)

Oleh itu, untuk menjadi pemain yang sempurna, anda mesti sayang kepada permainan itu, makan, tidur dan bernafas dengan bola, dan bermain/berlatih sebanyak mana yang anda mampu. Tetapkan sasaran anda , jadi aktif, dan anda mempunyai rancangan untuk mengetahui apakah aspek bolasepak yang anda usahakan dan kenapa. Lakukannya dan saya percaya anda akan menjadi pemain yang hebat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan