Halaman

Jumaat, Disember 14, 2012

Kejohanan AFC B-14

AFC U-14 Championship 2014
Tarikh Undian: Disember 11, 2012
Venue: AFC House, Kuala Lumpur

Kejohanan Bawah 14 tahun Asia ini menarik penyertaan 46 pasukan dengan di bahagikan kepada empat zon (Barat, Tengah dan Selatan, ASEAN dan Timur) dengan 12 pasukan dari Asia Barat, 13 dari Tengah dan Selatan, 11 pasukan dari ASEAN dan 10 pasukan dari Timur.

Disebabkan terdapat 13 pasukan dari zon Tengah dan Selatan, AFC membuat keputusan untuk memindahkan Bangladesh ke zon ASEAN kerana secara geografinya berhampiran ke Asia Tenggara.

Pasukan akan di bahagikan kepada 8 pasukan dengan Barat, Tengah dan Selatan serta rantau ASEAN masing-masing akan mempunyai dua kumpulan dengan enam pasukan, manakala zon Timur akan mempunyai dua kumpulan dengan lima pasukan.

Dua pasukan teratas dari setiap zon, sejumlah lapan pasukan akan layak ke Kejohanan Akhir AFC B-14 2014.

Myanmar dan China akan menjadi tuanrumah bagi rantau ASEAN dan Timur, manakala Oman, Arab Saudi, Nepal dan Iran akan menjadi venue untuk kumpulan masing-masing.

Zon Barat bagi Kumpulan A akan mengadakan perlawanan kelayakan dari Februari 3-15 2012, manakala kempen kelayakan untuk Kumpulan B bermula dari Februari 26-Mac 10 2012. Tarikh untuk kelayakan rantau lain akan diumumkan kemudian.

Undian Kelayakan Kejohanan AFC B-14 2014 (AFC U-14 Championship 2014)
Barat
Kumpulan A: Oman (Tuanrumah), Bahrain, Lebanon, Syria, Iraq dan UAE
Kumpulan B: Saudi Arabia (Tuanrumah), Qatar, Kuwait, Jordan, Palestine dan Yemen

Tengah dan Selatan
Kumpulan C: Nepal (Tuanrumah), Bhutan, Uzbekistan, Tajikistan, Maldives dan Afghanistan
Kumpulan D: Iran (Tuanrumah), Pakistan, India, Turkmenistan, Sri Lanka dan Kyrgyzstan

ASEAN
Kumpulan E: Myanmar (Tuanrumah), Brunei Darussalam, Malaysia, Vietnam, Philippines dan Timor Leste
Kumpulan F: Thailand, Laos, Indonesia, Bangladesh, Singapore dan Cambodia

Timur
Kumpulan G: China (Tuanrumah), Northern Mariana Islands, Korea Republic, Chinese Taipei dan Guam
Kumpulan H: Mongolia, Hong Kong, DPR Korea, Macau dan Japan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan