Jumaat, Disember 04, 2009

KL Plus FC

KL PLUS FC Umum Pemain.

Dis 4 2009 - Plus FC mengumumkan senarai 22 pemain untuk musim 2010 dengan 11 daripadanya adalah pemain baru.

Mereka terdiri daripada tiga pemain Perlis, Nizaruddin Yusof, Azi Shahril Azmi dan Es Lizuan Zahid Amir; empat pemain UPB-MyTeam, Faizal Rashid, Azrul Azmi, Fazrul Hazli Kadri dan Nazrin Nawi.

Pemain lain termasuk Sanjos Sundawat (Selangor), Badrul Hisani Abd. Rahman (Pahang), Hafidz Romli (KM Naza) serta bekas pemain remaja kebangsaan, Ibnu Kassim.

Pemain-pemain baru itu bakal bergabung dengan 11 pemain utama musim lalu iaitu kapten Norhafiz Zamani Misbah, Irwan Fadzli Idrus, Fadzli Shaari, Mohd. Lot Abu Hassan, Reshafiq Alwi, Razi Effendy Suhit, Rames Lai Ban Huat, Ab. Aziz Ismail, Zaidi Ahmad, S. Sumindran dan Rusydee Samsuddin.

Ini bermakna KL Plus mengetepikan 13 pemain lama termasuk Tengku Hasbullah Raja Hassan, Safiq Rahim, Amir Shahreen Mubin, Hairul Nizam Hanif, Amini Ahmad Tabrani, Wan Hoesne Wan Hassan dan Bobby Gonzalez.

Sasaran KL Plus FC untuk musim 2010 adalah memenangi sekurang-kurangnya satu piala.

Pengurus : Husni Md. Yusuf.
Jurulatih : Mohd. Zan Mat Aris .

Memandangkan skuad Kuala Lumpur turut akan beraksi pada Liga Super 2010, KL Plus FC bakal menggunakan Stadium MBPJ, Kelana Jaya sebagai gelanggang sendiri mereka.

KL Plus FC turut akan menyertai kejohanan empat penjuru di Kuala Terengganu pada 18 hingga 21 Disember ini bagi memantapkan persefahaman antara pemain baru dan lama.

Tiada ulasan: