Rabu, Mei 05, 2021

Liga M3 2021


- LIGA M3 2021 DIBATALKAN -




UNDIAN LIGA M3 2021
5 Mei 2021

Kumpulan A

MNY FC
Kijang Rangers FC
Cyberlynx FC
Manjung City FC
Perlis United FC
BRM FC
PIB FC
Kuala Lumpur Rovers FC
Armed Forces FC
Ultimate FC

Kumpulan B

Kinabalu Jaguar FC
FC Langkawi
Kuala Kangsar FC
Harini KS FC
Langkawi City FC
Imigresen FC
Real Chukai FC
Malaysian University Football Team
MAHSA-Protap FC
KSR Sains FC

Peringkat Kumpulan: 4 Jun hingga 3 Oktober 2021

Suku Akhir dan Separuh Akhir: 8 hingga 31 Oktober 2021

Final: 13 November 2021

Tujuh (7) pasukan teratas dari Kumpulan A dan Kumpulan B kekal di Liga M3 2022

Tiga (3) pasukan terbawah dari Kumpulan A dan Kumpulan B diturunkan ke Liga M4 2022

SIARAN MEDIA: 6 PASUKAN LENGKAP SENARAI PASUKAN KE LIGA M3 2021

16 April 2021 - Amateur Football League (AFL) hari ini, secara rasmi mengumumkan baki 6 pasukan yang disenarai pendek untuk menyertai kempen Liga M3 2021, Jun ini.

Terdahulu, AFL telah mengumumkan 14 pasukan yang telah disenarai pendek pada 31 Mac lalu di mana 6 pasukan masih lagi disaring oleh pihak AFL bagi melengkapkan senarai akhir pasukan bertanding.

1. Imigresen FC
2. Kuala Lumpur Rovers FC
3. MAHSA-Protap FC
4. Malaysian University FT
5. Perlis United FC
6. Ultimate FC

Dengan itu, senarai penuh pasukan yang telah disenarai pendek ke Liga M3 2021 selepas proses saringan dokumentasi Fasa Pertama adalah seperti di bawah:-

1. Armed Forces FC
2. BRM FC
3. Cyberlynx FC
4. FC Langkawi
5. Harini KS FC
6. Kijang Rangers FC
7. Kinabalu Jaguars FC
8. KSR Sains FC
9. Kuala Kangsar FC
10. Langkawi City FC
11. Manjung City FC
12. MNY FC
13. PIB FC
14. Real Chukai FC
15. Imigresen FC
16. Kuala Lumpur Rovers FC
17. MAHSA-Protap FC
18. Malaysian University FT
19. Perlis United FC
20. Ultimate FC

Kesemua 20 pasukan ini perlu melengkapkan saringan dokumentasi Fasa Kedua sebelum penyertaan mereka ke Liga M3 2021 dapat disahkan.

SIARAN MEDIA: 14 PASUKAN DISENARAI PENDEK KE LIGA M3 2021

31 Mac 2021 - Susulan daripada Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Amateur Football League (AFL) yang pertama pada 26 Mac lalu, AFL, hari ini, mengumumkan nama pasukan-pasukan yang telah disenarai pendek bagi menyertai kempen Liga M3 2021, Jun ini.

14 pasukan adalah seperti berikut:

1. Armed Forces FC
2. BRM FC
3. Cyberlynx FC
4. FC Langkawi
5. Harini KS FC
6. Kijang Rangers FC
7. Kinabalu Jaguars FC
8. KSR Sains FC
9. Kuala Kangsar FC
10. Langkawi City FC
11. Manjung City FC
12. MNY FC
13. PIB FC
14. Real Chukai FC

Menurut Pengerusi AFL, Datuk Wira Mohd Yusoff Haji Mahadi, sebanyak 23 pasukan telah menghantar permohonan untuk menyertai Liga M3 2021.

“Selain daripada 14 Pasukan di atas, maksimum 6 pasukan yang masih lagi disaring akan dipilih oleh pihak AFL bagi melengkapkan senarai pasukan akhir yang bertanding.

“Antara faktor yang menyebabkan pasukan gagal di dalam proses saringan dokumen adalah tiada sokongan daripada Persatuan Bolasepak Negeri (PBN), status kewangan yang tidak kukuh atau gagal untuk menghantar dokumen lengkap yang berkaitan.

“Seperti yang diumumkan 23 Disember 2020, AFL kini sedang dalam proses penstrukturan semula sebagai persediaan pasukan ke arah liga semi profesional di mana konsep atau format pertandingan yang baharu akan dikongsi kelak selepas pengumuman senarai akhir pasukan yang bertanding.

“Antara kriteria penting yang menjadi pengukur proses saringan dokumen untuk bertanding di dalam Liga M3 2021 adalah kesukanan, pengurusan dan pentadbiran, kewangan dan perundangan.

“Bagi musim ini juga, AFL telah membuka slot tambahan kepada pasukan baharu menerusi kerjasama bersama Persatuan Bolasepak Negeri (PBN) sekali gus memberi peluang yang sama rata kepada pasukan yang mempunyai hasrat untuk bertanding.

“Proses saringan dokumen ini telah dijalankan dengan adil ke atas semua pasukan di mana AFL telah memastikan komunikasi yang telus bersama mereka (pasukan),” jelasnya lagi.

Selain itu, Datuk Wira Mohd Yusoff turut berkongsi bahawa pasukan daripada Liga M4 juga diberi peluang untuk menyertai Liga M3 menerusi slot tambahan yang ditawarkan oleh AFL namun setakat ini hanya Real Chukai sahaja yang berjaya mengemukakan dokumen secukupnya.

Bagi memastikan pasukan-pasukan yang bertanding dalam Liga M3 2021 bersedia untuk melangkah ke liga profesional, AFL juga akan bekerjasama bersama Malaysian Football League (MFL) untuk melaksanakan dasar pelesenan dan penswastaan kelab di peringkat liga amatur bagi menjamin kualiti pasukan-pasukan Liga M3 dari segala aspek untuk tahun-tahun seterusnya,” katanya.

Tiada ulasan: