Isnin, November 30, 2009

Perak

Team Info
Team Name:Perak
Home Stadium:Stadium Perak, Ipoh
Team Manager :Norazli bin Musa
Head Coach:Raja Azlan Shah b Raja So'ib
Assistant Coach:Abu Bakar b Fadzim

Players
Jersey No.Player Name
1Khairul Amri b Salehuddin
3Mohd Arif Fazlie b Saidin
4Sathiakumaran a/l Subramaniam
5Muhd Arif b Ismail
6Mohd Syazwan b Mohd Roslan
7Benedict Martin
8Mohd Hafiszuan b Salehuddin
9Mohd Saufi b Sa'adi
10Muhammad Nazri b Mohd Kamal
11Shahrizal b Mohd Saad
12Mohd Farid b Hamidan
13Wan Azwari b Wan Nor
14Mohd Hafiz b Abd Rahman
15Azmeer b Yusof
16Mohamad Khalis b Ibrahim
17Nanthakumar a/l Kalliappan
18Mohd Fauzzi b Mohd Kassim
19Shafuan Adli b Shaari
20Isma Alif b Mohd Salim
21Khairul Izwan b Mohamed Jamaludin
22Megat Amir Faisal Al-Khalidy b Ibrahim
23Razali b Umar Kandasamy

Senarai Pemain Perak
Dis 4 2009 - Perak mendapat khidmat enam pemain baru untuk musim 2010. Mereka menandatangani kontrak dengan Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) pada Disember 4 2009 (Jumaat).

Mereka terdiri K. Nantha Kumar (Selangor), Khairul Izwan Mohamed (bekas penjaga gol Perlis), Shafuan Adli Shaari (T-Team), Wan Azwari Wan Noh (Pahang), Mohd Arif Ismail (Negeri Sembilan) dan Mohd Fauzzi Mohd Kassim (Melaka).

Pengurus : Nor Azli Musa
Ketua Jurulatih : Raja Azlan Shah Raja So'ib
Penolong Jurulatih : Abu Bakar Fadzim.
Jurulatih penjaga gol : Megat Amir Faisal Abdul Rahim (merangkap penjaga gol kedua musim ini, penjaga gol musim lalu).

PG: Megat Amir Faisal Abdul Rahim, Khairul Izwan Mohamed Jamaluddin, Khairul Amri Salehuddin, Kamarul Effendy Abdul Rahman

DF: Mohd Arif Fazlie, Mohd Syazwan Roslan, K. Nantha Kumar, Mohd Hafiszuan Salehuddin, Wan Azwari Wan Noh, Mohd Fauzi Ariffin, Mohd Arif Ismail,

MF: Isma Alif Mohd Salim, Benedict Martin, Muhammad Khalis Ibrahim, Mohd Nazri Mohd Kamal, Mohd Hafiz Abdul Rahman, Shafuan Adli Shaari

FW: Razali Umar Kandasamy, Mohd Fauzzi Mohd Kassim, Shahrizal Mohd Saad dan Saufi Saadi.

Skuad Seladang menyasarkan kedudukan empat terbaik bagi pasukan bagi musim depan, dan akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan Selangor, Kuala Lumpur, Kedah dan Kelantan di Perak dan Lembah Kelang.
Kutipan Derma bantu PAFA
Nov 18 2009 - Dewan Pemuda Pas Negeri Perak telah melancarkan kutipan dana RM1 bagi membantu PAFA menyelesaikan kemelut kewangan persatuan itu.

Naib Ketuanya, Salman Salleh berkata, semua pihak sewajarnya melupakan sementara soal politik demi menyelamatkan kedudukan pasukan bola sepak negeri.

"Kita akan turun padang dan menjelajah ke setiap daerah bagi membuat kutipan ini, sekali gus membuktikan ramai peminat bola sepak Perak masih sayangkan pasukan mereka," katanya.
Tunggakan gaji, KWSP masalah lapuk: Nizar

(Sinar Harian November 10 2009) IPOH – Tunggakan gaji dan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang membelenggu Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) adalah masalah lapuk, bukan berlaku pada era pentadbiran Pakatan Rakyat (PR).

Presidennya, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin berkata, dakwaan individu atau kumpulan tertentu adalah bermotifkan usaha mendapatkan pengaruh bagi mengambil alih teraju persatuan.

Menurutnya, beliau sedar akan masalah ini yang menyebabkan Perak tidak layak untuk bertanding dalam Liga Malaysia tahun depan berikutan kegagalan memenuhi syarat ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

"Bagaimanapun, saya bersama ahli majlis Pafa akan berusaha untuk menyelesaikan masalah ini supaya pasukan Perak dapat beraksi semula dalam pertandingan tahun depan.

"Walaupun hakikatnya itu masalah lapuk yang berlaku sebelum saya mengambil alih teraju persatuan lagi, tapi atas rasa tanggungjawab dan hasrat untuk memartabatkan pasukan bola sepak Perak, masalah ini akan diatasi," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pasukan bola sepak Perak antara enam pasukan yang tidak layak bertanding dalam Liga Malaysia tahun depan setelah didapati gagal memenuhi syarat ditetapkan FAM.

Mohamad Nizar berkata, isu itu sengaja ditimbulkan oleh pihak tertentu yang mahu menyingkirkan beliau dari jawatan Presiden, walaupun masalah berkenaan wujud sejak sekian lama tapi mereka menuding jari ke arahnya.

Katanya, jawatan yang disandangnya ini adalah hasil sokongan ahli-ahli gabungan, selagi mereka memerlukan, beliau akan meneruskan kerja seperti biasa dan dalam masa yang sama akan memikirkan pendekatan terbaik menyelesaikan masalah dialami.

"Saya tidak mahu persatuan terus dihimpit masalah dan akhirnya pemain menjadi mangsa, kita akan berusaha sedaya upaya untuk melunaskan segala hutang lapuk yang ditanggung persatuan," katanya.

Bagaimanapun, keputusan muktamad mengenai nasib semua pasukan itu bergantung sepenuhnya kepada mesyuarat Majlis FAM yang akan dipengerusikan Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah yang akan diadakan dalam masa terdekat ini.

Tiada ulasan: