Isnin, November 30, 2009

Perlis

Yunus ganti Nidzam kendali Singa Utara
bharian.com.my
2010/04/11
BEKAS pengendali kelab Liga Perdana Proton FC, Yunus Alif diumumkan sebagai ketua jurulatih baru skuad Perlis, menggantikan Mohd Nidzam Adzha Yusoff bagi menghadapi baki saingan Liga Super musim ini, berkuat kuasa esok.

Difahamkan, perlantikan dan pemilihan jurulatih yang dianggap cukup berpengalaman itu dilakukan sebagai usaha ke arah memantapkan kembali naib juara Liga Super musim lalu itu yang dilihat merosot kebelakangan ini.

Berikutan dengan itu, Nidzam Adzha diberi peranan baru sebagai Pengarah Kejurulatihan negeri berkuat kuasa pada tarikh yang sama, dengan tumpuan utamanya ialah pembangunan skuad pelapis dan remaja negeri.

Perkembangan terbaru skuad Singa Utara itu disahkan Pengurus Perlis, Mohd Noor Aziz sebagai mengulas persiapan Perlis menjelang saingan semula Liga Super, 17 April ini.

Mohd Noor berkata, langkah itu bertujuan memantapkan kembali pasukan selepas melalui detik-detik kemerosotan dalam beberapa perlawanan liga sebelum ini, termasuk gagal meneruskan perjuangan pada kempen Piala FA apabila tersingkir di pusingan awal.

“Apa yang dilakukan adalah untuk memastikan Perlis kembali bangkit dan paling penting mampu memberikan saingan pada baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia selepas ini.

“Saya berharap, pengalaman Yunus (Alif) dapat memenuhi matlamat untuk melihat kebangkitan semula Perlis Liga selepas ini,” katanya.

Nidzam Adha Jurulatih Perlis
Dis 8 2009 - Bekas ketua jurulatih kelab Kuala Muda Naza, Mohd Nidzam Adha Yusoff, dilantik sebagai jurulatih baru Perlis menggantikan Irfan Bakti Abu Salim bagi menghadapi kempen Liga Malaysia musim depan.

Skuad Perlis Musim 2010:
Ketua Jurulatih - Nidzam Adha Yussof
Penolong Jurulatih - Azamri Zali
Jurulatih Penjaga Gol - Amran Omar
Jurulatih Kecergasan - Yusri Che Lah

Penjaga Gol:
Mohd Farizal Marlias, Khairul Izuan Rosli, Hairol Fazreen Abu Hassan

Pertahanan:
Fauzi Nan, Shariman Che Omar, Amzar Junaidi Abdul Jalil, Mazlizam Mohamad, Phul Sakh Lom, Mohd Hazwan Rahman, Azmizi Azmi, Badrul Azam Zamri

Tengah:
Amar Rohidan, Zuraindey Jumai, Mohd Nor Hazrul Mustapa, Survinart Shian, Mohd Khizam
Mohd Khodir, Wan Khairul Faiz Kamarudin, Rezuan Othman, K. Soley (Solehin Abdullah), Syazwan Zainon, Mohd Afify Khusli, Zulakmal Hakim, Iffi Affienaz Ismail

Penyerang:
Ahmad Fakri Shaarani, Mohd Azrul Ahmad, Mohd Yusri Abbas, Mohd Faiz Subri

Perlis persiap barisan baru
Nov 20 2009

Naib juara Liga Super, Perlis menggugurkan Chan Wing Hong, Hazwan Zainul, Zamzuri Md Isa serta Danial Fadly.

Penyerang utama, Mohd Nizaruddin Yusoff (ke KL Plus) dan Mohd Firdaus Mohd Faudzi (ke Terengganu)

Sekurang-kurangnya enam pemain lain diperlukan bagi mengisi kekosongan ditinggalkan itu dengan dua daripadanya sudah memberikan persetujuan dan empat lagi di peringkat perbincangan.

Dua yang sudah memberikan persetujuan ialah bekas penyerang Kedah, Azrul Ahmad dan bekas penyerang Kuala Muda Naza, Yusri Abas.

Sementara itu, pemain-pemain yang masih kekal bersama Perlis ialah Mohd Farizal Marlias dan ketua pasukan, Mohd Fauzie Nan serta tonggak pertahanan, Amzar Junaidi Abd Jalil dan Mazlizam Mohamad.

Pemain lain ialah K Soley, Azi Shahril Azmi, Mohd Shazwan Zainol dan Ahmad Fakri Sharaani, Amar Rohidan, Azmizi Azmi, Zurendey Jumai, Mohd Ridzuan Othman, Mohd Badrul Azam Zamri, Wan Khairul Faiz Wan Kamaruddin, Khairul Izwan dan Hairol Fazreen (penjaga gol), Wan Mohd Shukri Wan Ahmad.

Tiada ulasan: