Ahad, Oktober 31, 2010

Berita Bolasepak Tempatan 2008-2010

Akademi bola sepak canggih dibina di Kuantan - Ahmad Shabery
Bernama:
Oktober 16, 2010 - KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan merancang membina sebuah akademi bola sepak yang dilengkapi kemudahan tercanggih termasuk mempunyai 12 padang di kawasan sekitar Kuantan, Pahang.

Menterinya, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata pihaknya bersama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kini sedang meneliti satu kawasan seluas 20 hektar bagi tujuan pembinaan akademi tersebut.

"Venue khusus dan tarikh pembinaan sedang dibincangkan. Pembinaan akademi itu akan menggunakan peruntukan RM20 juta seperti yang diumumkan Perdana Menteri ketika membentangan Bajet 2011 semalam," katanya kepada Bernama.

Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan RM20 juta bagi penubuhan Akademi Bola Sepak di Pahang bagi melahirkan pemain bola sepak negara yang berkualiti dan berkemahiran tinggi.

Ahmad Shabery berkata, beliau akan memastikan akademi tersebut akan mempunyai segala kemudahan tercanggih termasuk pemilihan rumput padang yang betul bagi meminimumkan kos penyelengaraannya.

Beliau berkata, kawasan di sekitar Kuantan dipilih kerana ia mempunyai pelbagai kemudahan termasuk terdapat banyak hotel penginapan.

"Ia adalah gandingan sukan dan pelancongan. Anak-anak berlatih di akademi dan ibu bapa yang mengiringi anak mereka boleh menginap di hotel-hotel berhampiran," katanya.

Ditanya tentang keistimewaan yang diberikan kepada sukan bola sepak dalam bajet kali ini, beliau berkata bola sepak sememangnya istimewa kerana ia mempunyai tarikan besar untuk menyatukan rakyat.

"Sukan bola sepak sebenarnya sukan yang mahal. FAM sebagai contoh menghadapi masalah kewangan akibat pengharaman penajaan daripada syarikat rokok bermula pada 2004," katanya. Sebagai rekod, penaja utama FAM sebelum ini ialah Dunhill yang menaja RM35 juta setahun.

Selepas pengharaman, Telekom Malaysia pula menjadi penaja utama dengan tajaan RM8.5 juta setahun.

"FAM hilang punca pendapatan dan saya fikir mereka perlu diberikan ganti rugi dalam bentuk lain dengan pertolongan kerajaan seperti pembinaan akademi bola sepak, dalam usaha melahirkan lebih ramai pemain berkualiti," jelas Ahmad Shabery. - Bernama

Pemain Zimbabwe Mengaku Terima Arahan
Oktober 27, 2010 - Persatuan Bola sepak Zimbabwe (ZIFA) telah memecat ketua eksekutifnya Henrietta Rushwaya pada hari selasa (Oktober 26, 2010) selepas penyiasatan keatas pengaturan perlawanan yang membabitkan beberapa pemain utama, jurulatih dan pegawai pentadbiran negara tersebut.

Pemain antarabangsa Zimbabwe ketika ini telah mengaku didalam kenyataan bersumpah bahawa mereka sengaja tewas didalam perlawanan pada 2008 dan 2009 diatas arahan ahli sindiket pertaruhan.

Didalam setengah kes wakil sindiket turut hadir di padang, malah memberi arahan didalam bilik persalinan pemain ketika waktu rehat, bagi memastikan keputusan ditetapkan, pemain itu menyebut.

Pada kenyataan lembaga penyiasatan, pemain dan pegawai Zimbabwe berkata mereka dibayar antara $500 dan $1500 untuk kalah dalam perlawanan pada jelajah Thailand dan Malaysia pada Oktober 2009.

Pemain juga mengaku disuruh untuk menetapkan perlawanan pada 2008 apabila Zimbabwe tewas 3-2 kepada Oman dan 5-2 kepada Bahrain.

Sekumpulan pemain yang mengaku sebagai pasukan kebangsaan Zimbabwe yang sebenarnya pemain kelab Monomotapa pada jelajah 2009 itu, sungguhpun terdapat beberapa pemain antarabangsa utama.

Wakil sindiket yang gembira dengan keputusan tersebut telah membayar pemain $1,000 di Lapangan Terbang Kuala Lumpur.

ZIFA memberitahu Norman Mapeza jurulatih Zimbawe ketika ini dan lebih kurang 20 lagi pemain kebangsaan dan kelab juga dibawah siasatan.


Nizar Letak Jawatan Sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Perak

Jun 14 2010 - IPOH: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) serta-merta selepas menyandangnya sejak Oktober 2008.

Selain beliau, Timbalan Presiden Seah Leong Peng; Setiausaha Anuar Hashim; Bendahari Abdul Rahim Md Arif dan beberapa ahli majlis yang dilantik oleh presiden turut melepaskan jawatan masing-masing.

Mohammad Nizar berkata keputusan itu diambil untuk memberi laluan kepada pengurusan baru menstruktur semula persatuan ini.

"Saya mengambil keputusan ini setelah mengambil kira pelbagai faktor dan ia satu keputusan yang memberi kebaikan untuk masa depan PAFA. Keputusan ini akan memberikan kesempatan kepada Kerajaan Negeri menstruktur semula badan ini agar kembali cemerlang dan maju lebih," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat terakhirnya di pejabat PAFA hari ini.

Beliau berkata sementara menunggu mesyuarat agung akan datang jawatan Presiden dipangku Datuk Seri Abdullah Hisan mengikut perlembagaan pertubuhan.

"Selepas ini ahli majlis (yang ada) bermesyuarat untuk membuat keputusan memilih pemangku sehingga mesyuarat agung akan datang," kata Mohammad Nizar. - BERNAMA

Nick Chan Pemain Cardiff?
Mei 27 2010 - Menurut berita dari Vital Cardiff City Cardiff City pernah membuat twaran kepada anak lelaki Dato Chan Tien Ghee (TG) iaitu Nick Chan menjalani ujian bersama kelab itu - dan berjaya menarik perhatian. Dia juga berjaya memikat West Ham dan setuju berjumpa pengurus Dave Jones musim panas ini setelah menamatkan A-level nya..

Dengan bapanya sekarang menjadi Pengerusi baru kelab Cardif City di lihat Nick Chan berpeluang besar menjadi pemain profesional dengan Bluebirds.

Nick Chan yang bermain di posisi pertahanan atau midfield, dilihat sebagai satu jambatan hubungan untuk mengeratkan hubungan antara kelab itu dan pasaran Malaysia.

Khalid Jamlus Digantung Tidak Bertali
Mei 18 2010 - Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) telah menolak permohonan pasukan kelab Terengganu T-Team, untuk menggunakan khidmat bekas penyerang kebangsaan, Muhamad Khalid Jamlus pada baki saingan Liga Super musim ini.

Permohanan tersebut ditolak kerana terdapat peraturan yang melarang menggunakan pemain yang telah didaftar oleh sesebuah pasukan tidak boleh didaftar oleh pasukan yang lain pada musim yang sama.

Khalid telah didaftar dengan pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada awal musim walaupun tidak pernah bermain untuk ATM.

Seramai 25 pemain telah didaftarkan oleh sembilan pasukan bagi saingan Liga Super seperti Kelantan, Perlis, KL Plus dan Pahang.

Bagi Liga Perdana, pasukan Universiti Sains Malaysia (USM) FC telah mendaftarkan 10 pemain baru.

Malaysian Gems For A-League

Mei 15 2010 - Jurulatih Sabah Gary Phillips memberi pandangan kepada Australian FourFour Two mengenai bola sepak Malaysia dan Sabah secara umumnya. Antara lain Gary mengatakan bahawa kapten Sabah Reithauddin Awang Emran dan Mafry Balang, kedua-duanya pertahanan Sabah layak bermain di Liga A Australia. Artikel Lengkap di.....Australian FourFour Two

May 13 2010 00:11

EXCLUSIVE: Undiscovered gems can emerge from Malaysia’s rapidly improving football structure for A-League clubs hunting bargains, says Sabah Hawks’ Aussie coach Gary Phillips.

Phillips, a former Sydney Olympic and Brisbane Strikers midfielder, says football in Malaysia is also beginning to emerge from the doldrums after a disastrous Asian Cup 2007. Artikel lengkap di Australian FourFour Two

Konsortium Malaysia bakal ambil alih Cardiff City
Mei 4 2010 - Satu konsortium Malaysia yang diketuai oleh Dato Chan Tien Ghee lebih dikenali sebagai TG telah menyuntik dana sebanyak £6 juta sebagai pekej menyelamatkan kelab Liga Kejuaraan (Championship) Inggeris Cardiff City dari terjerumus ke bawah seliaan pentadbir (administration). Cardiff akan bermain di peringkat play-off bagi merebut tempat ke Liga Perdana Inggeris musim depan.

Dato Chan dan Vincent Tan jutawan kesembilan terkaya pada senarai Forbes Malaysia akan membeli lebih dari 30% saham kelab itu bergantung kepada persetujuan mesyuarat luarbiasa (EGM) pemegang saham pada Mei 27 nanti. Dato Chan dan Vincent adalah jutawan hartanah yang sedang membangunkan Pantai Lido di Johor.

Mengikut persetujuan yang dicapai kelab Cardiff City akan melakukan jelajah pra-musim 2010-11 nanti ke Malaysia. Kelab ini akan bermain dua perlawanan pada pertengahan Julai nanti pada tarikh yang belum ditetapkan lagi, bergantung kepada samada mereka layak ke Liga Premier atau tidak. Ini kerana Liga Championship akan bermula seminggu lebih awal.

Prasarana (Infrastruktur) Yang Sempurna Masih Tiada/Proper infrastructure still missing.

Temu bual Lim Teong Kim bersama wartawan NST.

Januari 13 2010 (Sumber : NST)

Lim Teong Kim adalah pemain bola sepak pertama Malaysia yang bermain di Eropah apabila dia mewakili kelab Jerman Hertha Berlin pada tahun 1987. Antara pemain yang memenangi pingat emas Sukan Sea 1989, Teong Kim yang berpengkalan di Jerman sedang bercuti di Malaysia. Beliau yang berusia 47 tahun berkongsi pandangan mengenai bola sepak Malaysia bersama wartawan Ajitpal Singh.

S: Apakah pandangan anda tentang cadangan Menteri Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek untuk membentuk pasukan kebangsaan sepenuh masa?

J: Ianya tidak praktikal jika anda bercakap mengenai hal teknikaliti permainan. Ia tidak membawa makna untuk memisahkan pemain ke kelab-kelab berlainan di Eropah kerana cara permainan mereka akan berbeza apabila mereka bermain sebagai satu pasukan. Ia akan menjadi satu halangan besar untuk jurulatih dan pemain. Setiap negara Eropah mempunyai jenama bola sepak mereka sendiri.

Kerajaan tidak sepatutnya membelanjakan jutaan ringgit kepada ini. Ia membazirkan wang pembayar cukai. Ada cara lain untuk memajukan bola sepak tempatan tetapi bukan dengan cara ini.

S: Apakah cadangan anda?

J: Pasukan kebangsaan sepatutnya kekal di Liga Malaysia. Saya mengesyorkan mereka pergi jelajah bermain di Eropah untuk tiga atau empat kali setahun. Walaubagaimanapun mereka mesti bermain dengan pasukan dan kelab utama untuk belajar. Tidak mengapa jika pasukan kalah 5-0 atau 10-0. Mereka jangan putus harapan jika tewas dengan jaringan besar pada permulaan.

Ini adalah proses jangka panjang tetapi ia semestinya akan membantu membangun memajukan pasukan. Walaubagaimanapun, pasukan Eropah mungkin tidak dapat menempatkan pasukan kebangsaan kerana jadual peringkat antarabangsa dan kelab yang sibuk.

S: Pandangan anda mengenai kejayaan pingat emas pasukan Kebangsaan Bawah-23 dalam Sukan Sea Laos baru-baru ini?

J: Saya tidak terperanjat dengan pencapaian mereka kerana sentiasa ada kejutan dalam bola sepak. Saya mesti mengucap tahniah kepada pemain dan jurulatih K. Rajagobal untuk usaha mereka. Tetapi bagaimana mereka akan meningkat permainan bola sepak mereka dari sini? Perancangan sempurna mesti diadakan untuk memastikan pasukan terus maju.

S: Adakah sebarang pemain tempatan mempunyai kemampuan untuk berjaya di Eropah?

J: Saya tidak pasti kemampuan pemain pasukan sekarang. Tetapi Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM), dari membuat perancangan besar, sepatutnya menanya pemain samada mereka mahu menunjukkan bakat mereka di Eropah.

Badan kebangsaan dan mereka yang berkenaan tidak sepatutnya membuat keputusan untuk pemain.

Pada masa lepas, Akmal Rizal dan Rudie Ramli mempunyai latihan singkat dengan Bayern Munich pada masa yang berbeza. Mereka menginap dan tidur di rumah saya di Munich tetapi saya melihat mereka menjadi bosan hanya selepas tiga minggu. Kedua-duanya mahu pulang ke rumah. Setiap pemain harus mempunyai keazaman atau mereka akan gagal.

Walaubagaimanapun, jika pemain itu mempunyai kemampuan, dengan itu mereka mesti mencuba nasib mereka di Eropah.

S: Adakah mudah seorang pemain bola sepak untuk berjaya di Eropah?

J: Ianya tidak mudah. Apabila saya pergi kesana pada lewat-1980an, saya berdepan dengan banyak cabaran termasuk halangan bahasa, cuaca, makanan, dan saingan dari kawan 'masa hadapan' anda. Semua faktor ini mungkin mempengaruhi mental pemain dan tahap keyakinan mereka akan tergugat.

Liga Eropah adalah sangat mencabar dan sesiapa yang menjalani ujian dengan sebarang kelab lazimnya akan mendapat layanan dingin dari pemain lain.

Anda tiada kawan di dalam kelab kerana rakan sepasukan memikirkan tentang kepentingan diri sendiri di dalam pasukan. Mereka merasakan anda ancaman kepada mereka.

Ia seperti itu ketika yang saya menghadiri ujian dengan Hertha Berlin, pasukan kelab Division Tiga Bundesliga ketika itu, tahun 1987.

S: Penilaian kesuruhan anda tentang prasarana di Malaysia?

J: Macamana mereka boleh bercakap tentang bola sepak, apabila tiada prasarana sempurna. Prasarana sekarang adalah ketinggalan 30 tahun di belakang. Bola sepak Malaysia tidak akan maju melainkan prasarana disini diperbaiki.

Apa yang kita ada dan apa yang saya lihat disini tidak cukup bagus. Mungkin ia sudah cukup bagus 20 atau 30 tahun lalu tetapi bukan pada masa sekarang.

Di Bayern Munich, sebagai contoh, terdapat tujuh padang dan lain-lain kemudahan juga adalah dalam kelas terbaik. Kami mempunyai 11 pasukan remaja dalam kumpulan-umur antara lapan dan 23, dengan lebih 100 pemain.

Kelab memperuntukan E2 juta (RM9.7 juta) setahun untuk pasukan remaja. Sistem ini hampir sama dengan kelab lain di Eropah.

Kita tidak mempunyai seperti itu di Malaysia. Sebaliknya, kerajaan dan majlis tempatan menutup padang bola sepak.

Saya biasa bermain pada masa remaja saya di Bandar Hilir, Melaka. Ia mempunyai tiga padang tetapi sekarang kompleks membeli-belah telah dibina diatasnya. Apa yang kita dapat dengan membina kompleks membeli-belah? Adakah ia membantu membangunkan budaya sukan di Malaysia? Kita memerlukan prasarana sempurna di Malaysia.

Wang pembayar cukai, yang mana mahu digunakan oleh kerajaan untuk menghantar pasukan kebangsaan ke Eropah, sepatutnya di peruntukkan untuk membina kemudahan untuk bola sepak. Jika anda mahu budak-budak bermain bola sepak sepatutnya anda mestilah melabur disitu.

S: Siapakah yang bertanggungjawab untuk membangunkan bola sepak remaja di Malaysia?

J: Negeri sepatutnya memainkan peranan yang lebih besar dalam membangunkan bola sepak remaja. Mereka sepatutnya membuat kerja dan menjalankan program itu tetapi prasarana mesti disediakan terlebih dahulu. Sekolah sukan seperti Bukit Jalil dan Bandar Penawar sepatutnya sebagai bahan tambahan dalam kes ini.

S: Apa yang anda fikir mengenai Liga Malaysia?

J: Ianya cukup mengarut dengan tiada pemain luar didalam liga. Ia tidak membantu dalam membangunkan pemain tempatan. Bagaimana pasukan Malaysia akan bersaing dengan kelab Asia yang besar dalam Liga Juara-Juara dan Piala AFC?

Pasukan Malaysia tidak boleh bergantung kepada pemain tempatan menentang kelab dengan pemain asing.

Ia kerugian besar dalam perolehan kerana mereka tidak setanding untuk melawan antara terbaik di Asia.

Mengapa FAM membuat keputusan mengharamkan pemain import dari liga? Adakah kerana terdapat pasukan tidak mampu memngambil pemain asing? Persatuan sepatutnya dibenarkan kepada mereka yang mampu mengaji mereka. Kita tidak boleh melihat semua pasukan di dalam liga sama.

Pasukan, yang tiada wang untuk pembangunan dan pemain asing, sepatutnya ditinggalkan. Ia sepatutnya diberi pilihan kepada kelab tersebut samada mahu mengaji pemain asing. Ini adalah bola sepak professional. Anda tidak boleh memberitahu Bayern Munich tidak boleh mempunyai pemain asing kerana mereka memerlukan khidmat mereka dalam liga domestik dan Liga Juara-Juara. Perolehan kelab bergantung kepada prestasi pasukan utama Bayern didalam Bundesliga dan Liga Juara-Juara dan jika mereka tidak berjaya, kelab tidak dapat membuat pendapatan.

S: Beberapa pasukan berasaskan kelab menarik diri dari Liga Malaysia dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Apakah komen anda?

J: Saya percaya mereka menyertai kerana keuntungan peribadi. Pasukan, yang dipunyai oleh entiti swasta dan kerajaan hanya mahu mempromosi dan menjual produk mereka. Ia lebih kepada usaha publisiti. Akhirnya, siapa yang untung? Bukan bola sepak Malaysia, tetapi siapa yang menaja pasukan ini.

S: Adakah patut bola sepak tempatan bergantung kepada jurulatih asing?

J: Ya, kerana jurulatih asing mempunyai pengetahuan komprehensif (mendalam) tentang permainan. Saya tidak mengatakan iaitu jurulatih tempatan tidak bagus tetapi kita memerlukan bantuan asing untuk meningkatkan bola sepak kita ke tahap seterusnya. Jika hasrat kita untuk membentuk pemain yang bagus, kerana itu kita perlu mengaji jurulatih yang bagus. Sebagai contoh, Jepun sekarang gergasi Asia kerana mereka mengaji jurulatih asing yang bertaraf tinggi untuk memajukan permainan mereka pada awalnya.

S: Adakah anda sedia menimbang tawaran sebagai jurulatih di Malaysia?

J: Saya telah di kaitkan sebelum ini dengan FAM dan pasukan negeri tetapi ia hanya spekulasi. Saya akan menimbang bekerja di Malaysia tetapi beberapa perkara keutamaan saya mesti di penuhi.

Apa yang saya mahu adalah prasarana. Saya akan menimbang kerja disini apabila telah ada prasarana sempurna. Kerajaan sepatutnya memulakan dengan membangunkan prasarana sempurna untuk beberapa pasukan negeri sebelum membangukan yang selebihnya. Ia adalah proses yang perlahan tetapi negara akan beruntung dalam jangka panjang.

S: Adakah anda masih bersama pasukan remaja Bayern Munich?

J: Ya saya masih bersama. Saya ditugaskan ke pasukan Bawah-19 sebagai penolong jurulatih. Ia adalah musim ketiga sekarang. Saya telah bersama dengan kelab ini sejak tahun 2000 pada ketika itu saya adalah jurulatih pasukan Bawah-12 sebelum meningkat keatas.

Saya telah bekerja bersama dua pemain, ketika saya melatih pasukan Bawah-13 dan Bawah-14 sebelum ini, yang mana sekarang berada bersama pasukan senior Bayern Munich. Mereka adalah penyerang Thomas Muller dan bek tengah Bad Badstuber.

Kedua-duanya bukan dilahirkan seperti setengah rakan sepasukan mereka didalam pasukan remaja tetapi mereka menjadi berjaya kerana dedikasi kepada latihan dan perlawanan. Muller mungkin akan mewakili Jerman pada Piala Dunia.

S: Melatih pasukan dalam Bundesliga adalah impian kepada ramai orang. Adakah anda fikir anda boleh lakukannya?

J: Kenapa tidak? Ia adalh cita-cita saya untuk melatih satu pasukan di Jerman. Saya pasti akan mengambil cabaran itu jika diberi peluang.

S: Adakah anak anda mengikut jejak langkah anda sebagai pemain bola sepak?

J: Anak lelaki saya, sekarang berusia 16, berada dalam pasukan Bawah-12 Bayern Munich tetapi sekarang dia mewakili sekolahnya. Mengenai dua anak perempuan saya, yang sulong memasuki memanjat bukit manakala yang satu lagi terbabit dalam olahraga.

Anugerah Sukan Negara
April 27 2010 - Skuad bola sepak Sukan SEA 2009 di Laos yang menamatkan kemarau emas 20 tahun dinamakan sebagai penerima anugerah Pasukan Lelaki Kebangsaan manakala K. Rajagobal dinamakan sebagai Jurulatih Lelaki kebangsaan.

Senarai pemenang Anugerah Sukan Negara 2009:

Olahragawan Kebangsaan - Mohd Azizulhasni Awang (berbasikal)

Olahragawati Kebangsaan - Datuk Nicol Ann David (skuasy)

Pasukan Lelaki Kebangsaan - Skuad Bola Sepak Sukan SEA di Laos

(Ahmad Fakri Shaarani, Amar Rohidan, Mazlizam Mohamad, Mohd Farizal Marlias, Mohd Baddrol Bakhtiar, Mohd Sabre Mat Abu, Mohd Amirulhadi Zainal, Mohd Asrarruddin Putra, Mohd Nasriq Baharom, S.Kunalan, Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak, Mohamad Zakuan Adha Abd Razak, Abdul Manaf Mamat, Mohd Sharbinee Allawee Ramli, K.Gurusamy, Mahalli Jasuli, Mohamad Muslim Ahmad, Mohamad Azmi Muslim, Norshahrul Idlan Talaha dan Safiq Rahim).

Pasukan Wanita Kebangsaan - Leong Mun Yee, Pandelela Rinong (terjun)

Olahragawan Paralimpik Kebangsaan - Mohamad Salam Sidik (memanah)

Olahragawati Paralimpik Kebangsaan - Norhayati Sarnoh (boling padang)

Jurulatih Lelaki Kebangsaan - K.Rajagobal (bola sepak lelaki), Yoong Thong Foong (wushu)

Jurulatih Wanita Kebangsaan - Tiada pemenang

Anugerah Kepimpinan Kebangsaan - Mendiang Edmund Yong (golf)

Anugerah Tokoh Sukan - Tiada pemenang

Anugerah Khas - Dr T. Ponniyah (karate)

Bola sepak Australia bergabung dengan Asean?
Jan 16 2010 - Persekutuan Bola sepak Australia (FFA - Football Federation Australia) semakin menghampiri impian mereka untuk bergabung dengan Persekutuan Bola sepak ASEAN (AFF - Asean Football Federation) apabila FFA menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) untuk merapatkan hubungan bola sepak antara kedua-dua negara.

Dalam perjanjian lima tahun itu FFA akan membantu PSSI dalam pembangunan jurulatih, pemain, pengadil, bola sepak peringkat akar umbi dan bola sepak wanita dan menjadi tuan rumah kepada lawatan bagi latihan pemain, jurulatih serta pegawai Indonesia.

Bahagian utama dalam perjanjian itu akan melibatkan PSSI membantu FFA untuk bergabung sepenuhnya dalam bola sepak Asia Tenggara dan Persatuan Bola sepak Asean (AFF) dengan menyediakan kejohanan bagi pasukan Australia pada peringkat umur dan format.

FFA telah memohon untuk menjadi ahli AFF sejak setahun lalu, namun belum mendapat pengesahan apabila di percayai dua negara ahli iaitu Malaysia dan Indonesia tidak bersetuju. Dengan MOU ini FFA tampak telah berjaya mengambil sokongan PSSI. Berjayakah Australia menyertai AFF?

Santokh Singh koma
November 20 2009 - Lagenda bolasepak negara Santokh Singh berada dalam koma di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas jatuh dirumahnya pada hari Isnin.

Santokh membina kubu pertahanan yang kukuh bersama Datuk Soh Chin Aun untuk Selangor serta Malaysia pada tahun 1970an dan 1980an. Bersama-sama Mokhtar Dahari sebagai penyerang serta penjaga gol R.Arumugam menjadi bintang yang disegani di Asia.

Santokh mula mewakili Selangor pada Piala Burnley tahun 1971 dan bersama pasukan senior mulai 1972 sehingga 1985 dan meraih Piala Malaysia sebanyak sembilan kali.

Dia mula mewakili negara pada tahun 1972 dan bermain bersama pasukan Malaysia di Olimpik Munich 1972.

Santokh juga membantu Malaysia memenangi pingat gangsa pada temasya Sukan Asia Taheran 1974 dan kejayaan berturut-turut di Sukan Sea 1977 dan 1979.

Pada 1980 Malaysia layak menyertai Sukan Olimpik Moscow, tetapi telah memboikotnya untuk menafikan peluang Santokh menyertai Olimpik kali kedua.

KAFA Didenda RM50,000

November 11 - Mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib FAM yang berlangsung selama tiga jam di Wisma FAM, Kelana Jaya mendapati KAFA bersalah terhadap tiga tuduhan yang dibentangkan akibat tindakan liar penyokong Kelantan pada perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil Sabtu lepas.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mendenda Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) sebanyak RM50,000.

Bagi tuduhan pertama, penyokong-penyokong Kelantan didakwa membaling bunga api dan objek ke arah dan masuk ke dalam padang yang menyebabkan KAFA didenda RM5,000.

Denda RM20,000 untuk tuduhan kedua kerana penyokong-penyokongnya membaling objek terkena pegawai perlawanan manakala tuduhan ketiga adalah merosakkan harta benda Stadium Nasional di Bukit Jalil seperti kerusi dan pintu pagar sekaligus didenda RM25,000.

KAFA boleh mengemukakan rayuan dalam masa 14 hari.

Setiausaha Agung FAM Datuk Azzuddin Ahmad berkata anggaran kerosakan yang terpaksa dibayar oleh badan induk bola sepak kebangsaan itu kepada pihak Stadium Nasional adalah RM138,150.

"Jumlah ini adalah yang terbaru dikemukakan oleh pihak stadium setelah dipanggil memberikan butiran kerosakan pada mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib.

Antara kerosakan yang dilaporkan ialah 16 unit kerusi terbakar (dianggarkan RM2,400), 205 unit kerusi rosak (dianggarkan RM30,750), trek terbakar (dianggarkan RM60,000) dan RM20,000 yang dianggarkan bagi kerosakan tandas stadium.

Kos Kerosakan Stadium Nasional
November 10 2009 - Pengurusan Kompleks Sukan Negara bersama wakil dari FAM telah melakukan pemeriksaan menyeluruh pada November 9 2009 untuk menilai segala kerosakan yang berlaku di Stadium Nasional akibat tindakan penyokong Kelantan pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2009 (November 7 2009, Sabtu).

Jumlah kerugian yang perlu bayar oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebagai penyewa adalah dianggarkan berjumlah RM214,000. FAM akan mendenda Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) bagi menampung kos ganti rugi kepada pihak stadium.

Jawatankuasa Tatatertib FAM juga akan bersidang petang ini bagi menentukan bentuk hukuman yang bakal diterima Kafa berhubung insiden tersebut.

BIL BAIK PULIH KEROSAKAN STADIUM NASIONAL, BUKIT JALIL.

KERUSI TEMPAT DUDUK PENONTON
RM500 x 224 unit

RM112,000

PINTU MASUK STADIUM
Pagar Kuning
Pagar Merah
Selak Pagar

RM5,000
RM5,000
RM5,000





JUMLAHRM15,000
TANDAS
Kepala Paip/Mangkuk Tandas/Sinki

RM27,000
TREK
RM60,000
Jumlah Keseluruhan
RM214,000


Perlawanan persahabatan pra-Piala Malaysia
Ogos 18: Sriwijaya FC Palembang 3-0 Perlis
Ogos 29: Selangor 0-0 PKNS FC
Sept 2: Selangor 12-1 Shah Alam FC
Sept 5: Negeri Sembilan 1-0 KL Plus FC
Sept 5: Selangor 5-0 ATM
Sept 8: Selangor 0-1 Pulau Pinang
Sept 8: Negeri Sembilan 2-0 MyTeam FC
Sept 8: Johor FC 3-3 Johor
Sept 10: Perak 1-1 KM Naza FC
Sept 11: Johor FC 4-2 Sabah
Sept 12: Kelantan 3-1 Narathiwat FC
Sept 12: Negeri Sembilan 1-0 ATM
Sept 12: Selangor 2-1 Perak
Sept 13: Johor 2-0 Sabah
Sept 14: Kelantan 4-0 Pattani FC
Sept 15: Perak 2-1 KL Plus FC
Kuala Lumpur 3-2 ATM
Kuala Lumpur 1-1 PDRM
Pulau Pinang 1-0 Perlis
Perlis 2-2 Pulau Pinang
Perlis 1-1 Pulau Pinang
Pulau Pinang 2-0 Kuala Muda NAZA

Senarai Pemain Pinjaman
Setiap pasukan dibenarkan mengambil tiga pemain dari pasukan yang tidak layak bertanding Piala Malaysia. KL Plus FC, Kuala Lumpur dan Pahang masing-masing mendaftarkan tiga pemain manakala Kelantan, Negeri Sembilan, Perak menggunakan dua pemain. Sementara T-Team telah membenarkan tujuh pemainnya didaftarkan oleh pasukan lain, Felda United dan Shahzan Muda dengan lima pemain masing-masing.
PemainPasukan BaruPasukan Asal
Mohd Nazrul Erwan MakmurKelantanFelda United
Norhisham HassanKelantanT-Team
Ahmad NurfaisalKuala LumpurFelda United
Farouk HahsimKuala LumpurFelda United
Hairudddin OmatNegeri SembilanT-Team
Norismaidham IsmailKuala LumpurFelda United
Abdul Rahman KadirPahangShahzan Muda
Jaluluddin Abu JaafarPahangShahzan Muda
Shahril Faizal ShariffuddinPahangShahzan Muda
Azrul Hazran Amaluddin BakiPerakT-Team
Shafuan Aidil ShaariPerakT-Team
Zamri HassanPerlisProton FC
Haris SafwanPlus FCT-Team
Rosdi TalibPlus FCT-Team
Fakhurazi MusaPlus FCT-Team
G. MahathevanSabahShahzan Muda
Khairul IzwanTerengganuFelda United

Azraai Letak Jawatan
Okt 15 2009 - Ketua jurulatih Kedah Mohd Azraai Khor Abdullah dilaporkan telah mengumumkan perletakkan jawatannya berkuatkuasa sertamerta. Dia mendakwa tidak berminat lagi untuk bersama pasukan Kedah kerana berasa kecewa kerana tidak mendapat sokongan sewajarnya dari Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) dalam beberapa perkara.

Azraai telah membimbing Kedah sejak 2004 membantu pasukan itu menjuarai Liga Perdana pada musim 2005/2006 dan memenangi tiga kejuaraan (treble) berganda serentak iaitu Piala Malaysia, Piala FA dan Liga Super pada 2007 dan 2008. Dia akan menjadi Ketua Jurulatih skuad Harimau Muda bawah 19 kebangsaan yang akan bermain dalam Liga Super musim 2010 mulai November 1 2009.

Kem latihan Malaysia Bawah-23
Mei 6–12 2009 (Fasa 2)
Mohd Farizal Bin Marlias (Perlis), Ahmad Fakri Bin Saarani (Perlis), Amar Bin Rohidan
(Perlis), Baddrol Bin Bakthiar (Kedah), Mohd Kyril Muhymeen Bin Zambri (Kedah), Mat Sabre Bin Mat Abu (Kedah), Razali Bin Umar Kandasamy (Perak), Mohd Nasril Bin Nourdin
(Selangor), Mohd Nasriq Bin Baharom (Selangor), Mohd Amirulhadi Bin Zainal (Selangor), Mohd Asraruddin Putra Bin Omar (Selangor), Mohd Aidil Zafuan Abd Razak (
N.Sembilan), Mohd Zaquan Abd Razak (N.Sembilan), Kunalan a/l Subramaniam (N.Sembilan), Shahurain Bin Abu Samah (N.Sembilan) Mohd Sharbinee Allawee Bin Ramli
(Terengganu), Mohd Bunyamin Umar (UPB My Team), Mohd Azmi Bin Muslim (UPB My Team), Norshahrul Idlan Talaha (UPB My Team), Mohd Faizal Bin Muhamad (Harimau Muda), Mohd Muslim Bin Ahmad (Harimau Muda), Mohd Nazrin Bin Baharuddin (Harimau Muda), Abdul Shukur Bin Jusoh (Harimau Muda), K.Gurusamy Govandar (Harimau Muda), Mohd Fandi Bin Othman (Harimau Muda), Mahalli Bin Jasuli (Harimau Muda), Ahmad Shakir Bin Mohd Ali (Harimau Muda), Izzaq Faris Bin Ramlan (Harimau Muda), Farderin Bin Kadir (Kuala Muda NAZA), Mahathevan Gengatharan (Shahzan Muda Port), Kamarul Afiq Bin Kamaruddin (Felda United FC), Mazlizam Bin Mohamad (Perlis)

Malaysia vs Lesotho
Malaysia membelasah Lesotho 5-0 perlawanan persahabatan di Stadium MBPJ.

Malaysia mendahului menerusi kesilapan pertahanan Lesotho dan penjaga golnya tetapi disambar oleh Zaquan Adha sebelum merembat kencang untuk gol pertama sebelum rehat.

Norshahrul Idlan Talaha menebus kegagalannya pada babak pertama apabila penyerang UPB-MyTeam menyudahkan peluang sukar daripada sayap kiri pada minit ke-44.

Gol ketiga hadir apabila penjaga gol gantian Syed Adney Syed Hussein, melambungkan bola ke Badrol Bakhtiar yang tidak bersikap tamak sebaliknya menolak ke Abdul Manaf Mamat tujuh minit sebelum tamat.

Amirulhadi Zainal menambah gol keempat pada minit ke-88 dengan gerakan solo dan Abdul Manaf mendapat gol kedua peribadinya pada detik akhir permainan.

Skuad negara mencapai keputusan ini setelah kembali dari Asia Barat dengan kalah 1-2 kepada Arab Saudi, tewas 1-0 kepada kelab Al-Qadisiyah di negara sama dan seri 0-0 dengan Jordan, sebagai persedian ke Sukan SEA Laos.


Sept 11 2009 (Jumaat) - Perlawanan Persahabatan Antarabangsa "A"
Malaysia
Mohd. Zaquan Adha Razak (40'), Norshahrul Idlan Talaha (44'), Abd. Manaf Mamat (83', 90'), Amirul Hadi Zainal (87')
5-0LesothoStadium MBPJ, Kelana Jaya

Skuad Malaysia:
Penjaga gol: Mohd Farizal Marlias (Perlis), Syed Adney Syed Hussien (MyTeam)

Pertahanan: Mazlizam Mohamad (Perlis), Mohd Sabree Abu (Kedah), Khairul Helmi (Kedah), Mohd Asraruddin Putra (Selangor), Mohd Aidil Zafuan (Negri Sembilan) (Kapten), Mohd Azmi Muslim (MyTeam), Mohd Faizal (Harimau Muda)

Midfield: Amar Rohidan (Perlis), Baddrol Bakthiar (Kedah), Mohd Amirulhadi (Selangor),S. Kunalan (Negri Sembilan), Mohd Bunyamin Omar (MyTeam), Mahali Jusalli (Harimau Muda), Mohd Muslim Ahmad (Harimau Muda), K. Gurusamy (Harimau Muda), Safiq Rahim (PLUS FC)

Penyerang: Ahmad Fakri Saarani (Perlis), Mohd Zaquan Adha (Negri Sembilan), Farderin Kadir (Kuala Muda NAZA), Norshahrul Idlan (MyTeam), Abdul Manaf Mamat (Terengganu), Ahmad Shakir (Harimau Muda).

Vietnam, Indonesia tuanrumah bersama AFF Piala Suzuki 2010
Persekutuan Bola sepak Asean (The Asean Football Federation) (AFF) pada April 20 telah memilih Vietnam dan Indonesia untuk menjadi tuanrumah bersama AFF Piala Suzuki 2010, manakala Malaysia telah dinamakan sebagai venue pengganti (stand-by) untuk kejohanan itu.

Lapan pasukan, termasuk juara bertahan Vietnam, akan menyertai kejohanan ini dari 1-29 Disember 2010.

Seperti tahun sebelumnya, Vietnam, Thailand, Indonesia, Malaysia, Myanmar dan Singapore tidak akan bermain di pusingan kelayakan. Manakala dua pasukan lain akan ditentukan dari peringkat kelayakan akan diadakan pada 14-24 Oktober yang berlangsung di Laos dan tiga pasukan dari Laos, Cambodia dan Philippines akan mengambil bahagian.

Dalam perkembangan lain, Australia telah menghantar surat permohonan kepada AFF untuk menjadi ahli. Badan induk itu belum meluluskan permohonan tersebut

Skuad Wanita di gantung sementara

KEKALAHAN demi kekalahan memalukan yang dialami skuad wanita negara menyaksikan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengambil tindakan 'menggantung' mereka daripada menyertai sebarang aksi kompetitif berkuat kuasa tahun depan.

Keputusan itu diambil pada mesyuarat Majlis FAM semalam selepas keaiban 14-0 kepada Thailand yang disusuli 8-0 kepada Vietnam, dan skuad itu hanya akan dibenarkan kembali beraksi dalam kejohanan selepas menunjukkan peningkatan.

AFC Tetapkan Tarikh Perlawanan Pertama Kelayakan Piala Dunia 2014
Disember 7 2009 - AFC mengumumkan tarikh perlawanan pertama kelayakan Piala Dunia 2014, selepas hanya sehari undian pusingan akhir Piala Dunia 2010, dengan segelintir negara Asia sudah boleh mengadakan persiapan bagi kempen kelayakan Piala Dunia 2014.

Perlawanan Kelayakan Asia Piala Dunia 2014 bermula pada Oktober 8 2010 dengan Hari Perlawanan 1 (MD 1) pusingan pertama. Hari Perlawanan kedua (MD2) adalah pada Oktober 12 2010.

Jabatan Pertandingan AFC belum mengumumkan format kelayakan untuk kejohanan akhir 2014 yang akan diadakan di Brazil.

FAM batalkan Pestabola Merdeka 2009
Pestabola Merdeka yang dijadualkan pada Ogos 1-15 2009 di Kuala Lumpur telah dibatalkan berikutan nasihat dari Kementerian Kesihatan akibat dari ancaman virus A (H1N1). Jemputan kepada Singapura, Indonesia, Thailand, Myanmar, Laos dan satu pasukan dari Timur Tengah telah dimaklumkan.

Kejohanan AFF B16 di Bangkok Ditunda
Kejohanan AFF Bawah-16 yang dijadualkan pada Ogos 6-19 di Bangkok telah ditunda kepada satu tarikh akan datang. Persatuan Bolasepak Thailand (FAT) dalam surat rasmi kepada AFF memberi alasan meningkatnya kebimbangan terhadap selsema A(H1N1) dinegara itu. Malaysia telah diundi di kumpulan B bersama-sama Thailand, Indonesia, Laos dan Philippines

Feb 01 2009 - Jurulatih skuad bola sepak kebangsaan, B. Sathianathan dan pengurus pasukan, Datuk Soh Chin Aun ditamatkan kontrak mereka oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). FAM melantik Datuk Gulzar Mohamad Naib Presiden FAM sebagai pengurus pasukan kebangsaan yang baru.


Jawatan Jurulatih Kebangsaan Masih Kosong, K. Rajagopal Dilantik Jurulatih Bawah 23

PETALING JAYA, 11 April (Bernama) -- Mesyuarat anggota Majlis Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang diadakan hari Sabtu belum memutuskan calon bagi mengisi jawatan jurulatih kebangsaan.

Timbalan Presiden FAM, Datuk Redzuan Tan Sri Sheikh Ahmad berkata terdapat beberapa perkara lagi yang perlu diselaraskan sebelum pengumuman rasmi dapat dibuat.

"Sebenarnya kita telah menyenarai pendek tiga nama untuk jawatan itu namun individu terbabit masih berkecimpung secara aktif dengan salah sebuah pasukan negeri di dalam saingan Liga Malaysia yang sedang rancak berlangsung," katanya pada sidang media di Wisma FAM petang ini.

Redzuan berkata masalah yang berbangkit dijangka dapat diselesaikan dalam masa dua minggu dan FAM akan menawarkan kontrak sekurang-kurangnya dua tahun bagi beliau membentuk pasukan kebangsaan selain mengadakan beberapa perlawanan kelas 'A' bagi membaiki ranking.

"Jurulatih ini telah membawa kejayaan kepada pasukan berstatus negeri itu, jadi persatuan negeri enggan melepaskan beliau buat masa ini tapi kita akan berbincang dengan lebih lanjut," katanya.

Beberapa jurulatih tempatan sebelum ini dilaporkan akan mengisi jawatan itu seperti K. Devan (Selangor), Mohd Azraai Khor Abdullah (Kedah) dan Dollah Salleh (Shahzan Muda).

Jawatan jurulatih kebangsaan itu kosong setelah mesyuarat FAM pada 1 Feb lepas memutuskan untuk menamatkan kontrak jurulatih sebelum ini iaitu B. Sathianathan.

Bagi mengisi jawatan jurulatih bawah 23 tahun kebangsaan, mesyuarat terbabit yang dipengerusikan oleh Presidennya Sultan Ahmad Shah telah bersetuju untuk melantik K. Rajagopal bersama-sama dua pembantunya iaitu Tan Cheng Hoe dan Mohd Faozi Mukhlas.

"Rajagopal akan bertanggungjawab untuk membimbing skuad ini bagi menghadapi Sukan Sea di Laos (Disember), Piala Antara Benua (Julai) dan Pestabola Merdeka (Ogos)," katanya.

Redzuan berkata Rajagopal juga akan kekal selaku jurulatih skuad bawah 19 tahun kebangsaan (Harimau Muda) yang kini beraksi di dalam Liga Perdana.

"Kini terdapat sekurang-kurangnya lapan pemain daripada skuad kebangsaan lepas berumur bawah 23 tahun dan layak untuk bermain di Loas yang akan digabungkan dengan beberapa pemain skuad Harimau Muda," katanya.

Mengenai tindakan FAM mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada beberapa individu sebelum ini kerana mengeluarkan kenyataan media, Redzuan berkata semua jurulatih dan pegawai persatuan negeri boleh melakukannya asalkan tidak menyentuh dasar badan induk bola sepak kebangsaan itu.

Sementara itu, mesyuarat itu juga memutuskan kemenangan 3-0 KL Plus ke atas Kelantan ditarik balik setelah mesyuarat meneliti secara mendalam perkara itu.

FAM sebelum ini telah bertindak memberikan kemenangan percuma kepada KL Plus setelah mendakwa Kelantan gagal menyediakan gelanggang dengan sempurna pada perlawanan yang berlangsung pada 3 Januari lepas.

Mesyuarat itu juga telah memutuskan Kongres FAM ke-46 akan diadakan pada 21 Jun ini.


Piala Selangor 2009
Julai 31 2009: Stadium Shah Alam (8.45mlm)
Selangor 2-0 Persib Bandung
Bambang Pamungkas(m-56,60)
Edisi sulong perlawanan bola sepak jemputan Piala Selangor 2009 diraih oleh Selangor yang membawa pulang wang tunai RM30,000 berserta piala pusingan manakala Persib selaku naib juara memperolehi wang tunai RM10,000.

SELANGOR: 21.Hamsani Ahmad, 3.Razman Roslan (19.D.Surendran), 5.Khairul Anuar Baharom, 6.Nasriq Baharom, 15.P.Gunalan (4.Asraruddin Putra Omar), 8.Elie Aiboy (25.Fazilidin Khalid), 14.Hardi Jaafar, 17.Amri Yahyah (c), 23.R.Surendren (28.Amirulhadi Zainal), 10.Safee Sali (9.Rudie Ramli), 20.Bambang Pamungkas (24.Fitri Shazwan Raduwan).

PERSIB BANDUNG: 20.Cecep Supriyatna (c), 2.Edi Hafid Murtado (4.Wildansyah), 5.Maman Abdulrahman, 7.Atep, 8.Siswanto (17.Rendi Saputra), 9.Airlangga (22.Rudi Geofani Somantri), 10.Christian Alfaro Gonzales, 12.Gilang Angga Kusuma, 16.Munadi, 23.Jejen Zaenal Abidin (3.Irwan Wijasmara), 30.Nova Arianto.


Brunei tersingkir
Oleh Lokman Zainal Abidin
(Harian Metro) SKUAD Brunei DPMM sah tidak akan menyertai Liga Super musim 2009 selepas Persatuan Bola Sepak Brunei gagal memenuhi permintaan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk memberikan reaksi balas berhubung masalah dengan pejabat pendaftar pertubuhan di negara itu.

Minggu lalu, status Brunei DPMM menjadi tanda tanya selepas pejabat pendaftar pertubuhan di negara berkenaan membatalkan pendaftaran Persatuan Bola Sepak Brunei dan FAM yang mendapat tahu perkara itu menerusi akhbar, pantas menghantar surat bagi meminta penjelasan.

Bagaimanapun, Persatuan Bola Sepak Brunei yang diberi tempoh hingga Sabtu lepas, masih gagal memberikan sebarang penjelasan sekali gus membuatkan Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM terpaksa menyingkirkan penyertaan Brunei DPMM daripada saingan Liga Super musim depan.

Perkara itu disahkan Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad sejurus selepas bermesyuarat dengan JKPT yang dipengerusikan Datuk Che Mat Jusoh, malam tadi dan mereka sebulat suara menolak penyertaan Brunei DPMM.

“Keputusan itu adalah selaras dengan peraturan badan induk bola sepak antarabangsa, Fifa yang menyebut setiap kelab bola sepak hendaklah mendapat kelulusan daripada pejabat pendaftaran di negara masing-masing.

“Ini adalah masalah teknikal dan disebabkan Persatuan Bola Sepak Brunei gagal memenuhi kehendak kita yang mahukan penjelasan mengenai status mereka, maka kita terpaksa menyingkirkan Brunei DPMM,” kata Azzuddin.

Penyingkiran Brunei itu sekali gus menyaksikan saingan Liga Super musim depan hanya disertai 14 pasukan dan angka itu cukup melegakan JKPT yang lebih mudah untuk mengatur semua jadual perlawanan.

“Penyingkiran Brunei DPMM bukan kerana kita hendak memudahkan kerja kita tetapi status mereka adalah melanggar peraturan Fifa dan apa yang berlaku itu hanyalah sebagai kebetulan walaupun kita memang suka apabila jadual untuk perlawanan membabitkan 14 pasukan adalah lebih mudah berbanding 15 pasukan,” katanya.

Azzuddin berkata, semua jadual perlawanan Liga Super dan Liga Perdana untuk musim 2009 sudah disiapkan oleh JKPT dan ia akan dihantar kepada semua pasukan mulai hari ini.

“Sebaik mendapat tahu mengenai masalah yang menimpa Brunei, kita sudah merangka dua jadual iaitu satu membabitkan skuad Brunei dan satu lagi tanpa skuad berkenaan. Justeru, apabila kita membuat keputusan untuk menyingkirkan Brunei, kita menggunakan jadual yang tidak membabitkan pasukan itu,” katanya.
-Harian Metro


Perlawanan persahabatan dan Kejohanan pra-musim 2009
Dis 28 2008 Kuala Lumpur 1-1 Harimau Muda (Std Bolasepak KL)
Dis 27 2008 Kuala Muda Naza 0-1 Kedah (Kompleks Sukan Guar Chempedak)
Dis 27 2008 KL Plus 2-0 Sinar DiMaja Mai Sara (Std Bolasepak KL)
Dis 27 2008 Proton FC 3-0 T-Team
Dis 26 2008 Melaka 0-4 Selangor (Std Hang Tuah)
Dis 26 2008 Perak 2-2 Kelantan (Std Perak, Ipoh)
Dis 25 2008 Johor 1-1 Negeri Sembilan (Std Tan Sri Datuk Hj Hassan Yunos, Larkin)
Dis 24 2008 MBJB FC 0-1 Negeri Sembilan (Pdg Seri Gelam, JB)
Dis 24 2008 Perlis 2-1 Kelantan (Std Utama, Kangar)
Dis 24 2008 Selangor 1-2 Proton FC (Std MBPJ)
Dis 23 2008 Selangor 5-1 Perak (Std Shah Alam)
Dis 22 2008 Pahang 3-1 Shahzan Muda (Std Darul Makmur)
Dis 21 2008 Johor FC 0-0 Negeri Sembilan(Std JCorp, Pasir Gudang)
Dis 20 2008 Selangor 1-1 Johor (Std Shah Alam)
Dis 19 2008 Perak 1-0 Perlis (Std Perak)
Dis 16 2008 Kuala Lumpur 0-1 Selangor (Std KLFA, Cheras)
Dis 13 2008 Perak 1-1 Kuala Muda Naza (Std Perak)
Dis 13 2008 Selangor 3-1 UPB-MyTeam (Pdg SUK, Shah Alam)
Dis 12 2008 T-Team 0-0 KL Plus (Std Sultan Ismail Nasiruddin Shah, KT)
Dis 6 2008 Selangor 2-1 Terengganu (Pdg SUK, Shah Alam)
Dis 5 2008 Kedah 4-0 Felda United (Stadium Darulaman)
Dis 5 2008 Pahang 1-1 Terengganu (Std Darul Makmur)
Dis 3 2008 MBJB 1-1 Johor FC (Pdg Seri Gelam ,JB)
Dis 3 2008 Perak 3-0 PKNS (Std Perak)
Dis 3 2008 UPB/MyTeam 5-3 Kelantan (Std MBPJ)
Dis 2 2008 Selangor 8-0 ATM (Pdg SUK, Shah Alam)
Dis 1 2008 Melaka 0-1 Kelantan (Std Hang Jebat)
Nov 29 2008 PKNS FC 1-1 Johor FC (Kompleks Sukan PKNS, Kelana Jaya)
Nov 29 2008 Pahang 1-1 Terengganu (Std Darul Makmur)
Nov 29 2008 Harimau Muda 0-3 Selangor (Pdg Wisma FAM)
Nov 29 2008 Negeri Sembilan 2-3 Kelantan (Std Tuanku Abdul Rahman, Paroi)
Nov 27 2008 PKNS 0-1 Kelantan (Pdg Kompleks PKNS, Kelana Jaya)
Nov 13 2008 Kelantan 1-0 Harimau Muda (Std Sultan Muhamad Ke IV)
Nov 13 2008 Negeri Sembilan 2-0 T-Team (Std Tuanku Abdul Rahman, Paroi)
Kuala Muda Naza 1-1 Felda United
Kuala Muda Naza 2-1 Harimau Muda

MBJBT 0-6 Johor FC

Piala Menteri Besar Terengganu (Std Sultan Ismail Nasiruddin Shah, KT)
Dis 14 2008 Kelantan 0-1 Negeri Sembilan, Terengganu 4-1 KL Plus
Dis 15 2008 Negeri Sembilan 2-0 KL Plus, Terengganu 2-1 Kelantan
Dis 16 2008 Kelantan 3-0 KL Plus FC, Terengganu 0-0 Negeri Sembilan
*Terengganu - Johan

Datuk M. Saravanan Challenge Trophy (Labuan)
Dis 14 2008 DPMM FC 2-1 Pahang
Dis 13 2008 Sabah 0-1 Pahang
Dis 12 2008 Sabah 1-0 DPMM FC
*DPMM FC - Johan

Kejohanan Empat Penjuru Jemputan Masum
(Nov 22-26 2008 - Kompleks Sukan UPM, Serdang)
Nov 22 2008 Negeri Sembilan 1-3 KL Plus, Masum 1-1 Kuala Lumpur
Nov 24 2008 Masum 2-0 KL Plus, Negeri Sembilan 4-1 Kuala L umpur
Nov 26 2008 KL Plus - Kuala Lumpur, Masum 0-2 Negeri Sembilan
*Negeri Sembilan Juara

Kejohanan Pramusim 2008/09 (anjuran Felda United/Kuala Lumpur FA)
Nov 15 2008 (A)Selangor 0-0 Proton FC (Std MPSJ, Subang Jaya)
Nov 15 2008 (A) Felda United 3-0 CIMB FC (Stadium BSN, Bangi)
Nov 15 2008 (B) KL Plus 2-0 Kuala Lumpur (Pdg PKNS, Kelana Jaya)
Nov 15 2008 (B) T-Team 2-1 Ban Hoe Leong (Stadium UPM, Serdang)
Nov 17 2008 (A) Selangor 4-0 CIMB FC (Std BSN, Bangi)
Nov 17 2008 (A) Proton FC 1-0 Felda United (Pdg Pusat Latihan Petronas Permata, Bangi)
Nov 17 2008 (B) T-Team 2-2 Kuala Lumpur (Pdg Pusat Latihan Petronas Permata, Bangi)
Nov 17 2008 (B) KL Plus 3-0 Ban Hoe Leong (Std MPSJ, Subang Jaya)
Nov 19 2008 (A) Selangor 0-1 Felda United (Std BSN, Bangi)
Nov 19 2008 (A) Proton FC - CIMB FC
Nov 19 2008 (B) KL Plus - 1-4 T-Team (Std MPS,Selayang)
Nov 19 2008 (B) Kuala Lumpur 3-1 Ban Hoe Leong
Nov 21 2008 Separuh Akhir :
Felda United 0-1 KL Plus (Padang B Petronas Permata, Bangi)
T-Team 2-0 Proton FC (Pdg PKNS, Kelana Jaya)
NoV 23 2008 Akhir
T-Team 1-0 KL Plus (Stadium KLFA, Cheras)


Johor FC dicalon ke Piala AFC
KUALA LUMPUR 17 Dis 2008 (Utusan) - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mencalonkan Johor FC sebagai pasukan kedua dari negara ini selain Kedah ke Piala AFC 2009 selepas Negeri Sembilan dan Selangor yang turut dinamakan sebelum ini, menolak tawaran itu atas alasan kewangan.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, pihaknya akan menantikan maklum balas Gabungan Bola Sepak Asia (AFC) sama ada mereka meluluskan penyertaan kelab selatan Semenanjung itu yang dicalonkan atas status pasukan ketiga terbaik Liga Super 2007-2008.
"Setelah Negeri Sembilan (naib juara Liga Super) dan Selangor (naib juara Piala FA musim lalu) menolak, kami menawarkan slot itu kepada Johor FC sebagai ganti dan mereka menunjukkan minat tetapi kelulusan penyertaannya masih tertakluk kepada budi bicara AFC.

"Sekiranya AFC pula menolak, ada kemungkinan cuma Kedah (juara Liga Super dan Piala FA musim lalu) yang menjadi pasukan tunggal Malaysia ke Piala AFC (persaingan bahagian dua Asia selepas Liga Juara-Juara Asia)," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Hamidin Amin berkata, Gergasi Merah terpaksa menolaknya kerana mahu menumpukan persaingan liga tempatan selain kerana tidak memiliki pemain import untuk dipertaruhkan ke Piala AFC.

"Keputusan ini turut diambil kerana hasrat Exco FAS yang bermesyuarat (kelmarin) untuk mengawal peruntukan kewangan tahunan. Kami juga tidak dapat menerimanya kerana belum bersedia setelah cuma layak bukan atas dasar merit," katanya.
---UTUSAN


Fernando Torres, Pemain Pilihan Di Kalangan Peminat Malaysia

KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Peminat bola sepak di negara ini telah memilih penyerang pasukan Liverpool Fernando Torres sebagai pemain pilihan utama mereka, menurut hasil kajian terbaru Barclays Global yang dikeluarkan hari Khamis.

Kajian tersebut, yang melibatkan 32,000 respondan dari 185 negara, menunjukkan Torres, pemain Sepanyol, menerima 44 peratus undian dari peminat Malaysia diikuti penyerang Manchester United Christiano Ronaldo (43 peratus) dan pemain tengah Liverpool Steven Gerrald yang menerima 35 peratus undian.

Pemain lagenda Manchester United (MU) Eric Cantona menerima undian sebanyak 37 peratus sebagai pemain pilihan sepanjang masa, mengatasi penyerang Barcelona Thierry Henry (30 peratus) dan bekas pemain MU David Beckham.

Kajian yang dijalankan oleh Barclays, penaja rasmi Liga Perdana Inggeris, menunjukkan peminat Malaysia telah memilih Sir Alex Ferguson sebagai pengurus pilihan (37 peratus), Stadium Old Trafford sebagai gelanggang pilihan dan pasukan MU sebagai kelab pilihan.

Selain itu, 60 peratus peminat di negara ini juga ingin melihat penyerang Barcelona Lionel Messi (Argentina) beraksi pada Liga Perdana Inggeris (EPL).

Kajian itu juga menunjukkan secara purata peminat Malaysia menghabiskan masa lebih lima jam dalam seminggu untuk mengikuti perlawanan EPL dengan 88 peratus menyaksikan perlawanan secara langsung menerusi televisyen manakala 24 peratus peminat menggunakan internet untuk melihat aksi-aksi utama perlawanan.

Menurut Barclays, bola sepak menjadi 91 peratus topik perbualan di kalangan rakan diikuti tajuk am (40 peratus) dan politik (39 peratus) manakala sukan itu menduduki tangga kedua dalam kehidupan peminat berbanding aktiviti kekeluargaan.

Kajian itu dijalankan oleh Barclays bagi memahami lebih dekat mengenai sikap dan cara hidup peminat bola sepak di seluruh dunia.-- BERNAMA


Tunggakan lebih RM4j
Oleh Lokman Zainal Abidin

BUKAN setakat ratusan ribu tetapi mencecah lebih RM4 juta! Itulah jumlah tunggakan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang masih gagal dilunaskan sembilan persatuan bola sepak (FA) negeri.

Persatuan Bola Sepak Kedah mengetuai senarai itu dengan tunggakan sebanyak RM838,983 diikuti Kelantan (RM827,156), Perak (RM650,383), Perlis (RM500,000); Pahang (RM373,778); Sarawak (RM352,512); Melaka (RM219,200); Johor (RM185,224) dan Sabah (RM138,997).

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad ketika mendedahkan perkara itu berkata angka sebanyak lebih empat juta itu adalah setakat 6 Ogos lalu iaitu ketika badan induk kebangsaan itu menerima surat daripada KWSP.

“Jumlah itu mungkin sudah berkurangan sekarang kerana FA negeri terbabit mungkin sudah membuat pembayaran secara beransur-ansur kepada KWSP,” katanya. Jumlah sebesar itu secara tidak langsung mendedahkan kelemahan pentadbiran di dalam FA negeri dan Azzuddin mengakui pihaknya sudah kehabisan idea bagaimana untuk membantu ahli gabungannya menyelesaikan masalah berkaitan

“Setiap tahun, semua FA negeri menerima geran tahunan dan mereka tahu jumlah yang akan mereka terima. Justeru, saya tidak faham mengapa mereka boleh gagal melunaskan pembayaran caruman kepada KWSP.

“Ini soal pentadbiran FA negeri dan FAM tidak boleh menolong. Kami tidak boleh masuk campur di dalam soal pentadbiran FA negeri,” kata Azzuddin.

Kelmarin, PFA dilaporkan disaman oleh KWSP selepas didapati gagal menjelaskan caruman seperti yang diwajibkan dan difahamkan, PFA bukanlah satu-satunya FA negeri yang dikenakan tindakan serupa.

Azzuddin berkata, hanya lima negeri iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Terengganu dan Negeri Sembilan yang tidak terbabit dengan masalah itu dan beliau memuji kecekapan pentadbiran FA di lima negeri terbabit.

“Kalau hendak dikatakan FAM tidak bertanggungjawab terhadap ahli gabungannya, mengapa lima negeri ini tidak berdepan masalah dengan KWSP? Ini buktikan bahawa pentadbiran dan corak perbelanjaan dijalankan dengan teliti dan bijak.

“Kita faham mengapa ada negeri yang kekurangan dana untuk dibelanjakan tetapi kami di FAM tidak boleh mengajar mereka semua perkara. Soal penaja bergantung kecekapan FA negeri dalam mencarinya,” katanya.


Pemain kurang imaginasi

IMPIAN untuk kembali menguasai pentas Pestabola Merdeka seperti yang pernah dilakukan pada tahun 1970-an sedikit terencat gara-gara kekalahan kepada Vietnam pada perlawanan akhir 25 Oktober lalu.

Pada malam itu, skuad bola sepak negara hampir mencatat kejuaraan kedua berturut-turut pada kejohanan yang sudah memasuki edisi ke-40 itu, satu pencapaian yang sememangnya sudah lama tidak kecapi.

Bagaimanapun, ketika harapan tersebut merimbun di dada peminat, skuad negara terpaksa akur kepada Vietnam yang rata-rata dibarisi pemain bawah 23 tahun.

Tunduk 5-6 menerusi penentuan sepakan penalti sesudah perlawanan berkesudahan tanpa jaringan sepanjang 120 minit termasuk masa tambahan, ia amat perit untuk ditelan.

Ramai peminat menarik nafas kecewa melihat sepakan deras pemain pertahanan tengah, Norhafiz Zamani Misbah ditampan penjaga gol lawan, Bui Tan Truong.

Lebih mengecewakan, kegagalan itu menutup persembahan cemerlang skuad negara dalam empat perlawanan terdahulu yang menyaksikan mereka mengumpul 18 gol tanpa bolos.

Sepanjang kejohanan kali ini skuad bimbingan B. Sathianathan itu begitu garang dengan membenam Nepal 4-0, Sierra Leone 4-0, Afghanistan 6-0 pada saingan peringkat kumpulan.

Pada saingan peringkat separuh akhir pula, skuad negara membelasah naib johan tahun lalu yang juga juara 2006, Myanmar 4-0.

Berikutan itu ramai menganggap Vietnam terlalu kerdil apatah lagi skuad berjersi merah itu berhempas pulas menumpaskan Sierra Leone sebelum mara ke perlawanan akhir.

Mereka menganggap Vietnam lauk enak yang ditakdirkan menjadi 'santapan' skuad negara pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional di Bukit Jalil itu.

Tidak ramai peminat ambil pusing dengan kenyataan jurulatih skuad negara Indochina itu, Mai Duc Chung yang percaya bahawa anak-anak buahnya mampu mengekang skuad negara.

Di celah-celah keyakinan banyak pihak bahawa skuad negara mampu membenam Vietnam, jurulatih lawan itu merencanakan strategi menjulang kejuaraan.

Dia yang menyedari skuad Malaysia kemas di segenap posisi dan garang melancarkan serangan, akhirnya bertindak membina kubu dan bergantung kepada serangan balas pantas.

Taktik tersebut menyebabkan Malaysia kebuntuan jaringan walaupun mencipta deretan peluang daripada segenap arah iaitu kiri, kanan, dan tengah.

Skuad negara Indochina itu pintar melengah-lengahkan permainan dan melakonkan aksi cedera walaupun cuma bersentuh jersi dengan pemain skuad negara.

Hal itu menyebabkan pemain negara diserang emosi hingga tumpuan mereka memburu jaringan terjejas selain beberapa kali nyaris dibolosi pemain muda pihak lawan.
Mengulas perlawanan tersebut, pengkritik sukan terkenal yang juga tokoh akademik,

Profesor Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim berkata skuad negara tewas dari segi strategi.
Dia percaya keputusan perlawanan akan menjadi sebaliknya jika skuad negara pintar menyerap taktik pihak lawan selain mengubah strategi pada separuh masa kedua.

Sambil mengakui skuad negara lebih unggul pada perlawanan itu berdasarkan 14 sepakan sudut berbanding satu milik Vietnam, dia berkata pemain negara kurang kreatif.

Katanya, dalam bola sepak imaginasi yang merangkumi aspek kreativiti, berani, pantas, dan cerdas amat penting diimplementasikan.

Bagaimanapun katanya, tidak semua aspek itu diperlihatkan pemain pada perlawanan akhir lalu, malah mereka terkongkong oleh satu strategi sahaja.

"Sepanjang perlawanan malam itu kita lihat pemain hantar bola lambung ke kubu lawan dan saling bertukar hantaran di depan petak penalti.

"Itu berlaku sejak separuh masa pertama. Hasilnya serangan kita mudah dipatahkan pertahanan lawan. Setiap kali bola dilambung, pertahanannya menanduk.

"Pemain kita juga suka hantar bola sesama sendiri depan petak penalti sedangkan di depan mereka ada tujuh hingga sembilan pemain lawan.

"Tidakkah pemain terfikir bahawa dengan jumlah pemain lawan seramai itu membentuk kubu depan gawang, kita sukar menjaringkan gol?

"Inilah masalah pemain kita, terikat oleh satu strategi. Mereka ingat itulah cara yang boleh memberikan mereka kemenangan dalam empat perlawanan terdahulu.

"Empat pasukan sebelum itu main secara terbuka bukannya bertahan atau bermain secara negatif. Malam itu Vietnam main cara lain, jadi kenalah ubah strategi ," katanya.

Menurutnya, pemain yang pintar, kreatif, berani, dan cerdas tidak perlu menunggu arahan jurulatih untuk mengubah gaya permainan sekiranya keadaan sudah terdesak.

Menurut Kay Kim, apabila keadaan sudah menuntut mereka berbuat demikian, mereka mestilah bertindak dan sepakat melaksanakannya.

Semua itu, katanya, memerlukan penghayatan yang penuh oleh semua pemain dan langkah itu boleh dimulakan oleh ketua pasukan.

"Aspek inilah yang tiada pada pemain kita masa kini. Zaman era kegemilangan kita dulu, pemain kita mempunyai kualiti seperti ini. Ketika itu, (Datuk) Soh Chin Aun boleh dianggap sebagai 'jurulatih' kepada pemain kita di tengah padang.

"Jika rentak permainan kita pada masa itu kurang berkesan, Chin Aun akan mengarahkan semua pemain ubah rentak permainan. Inilah yang perlu ada pada pemain kita supaya lebih kreatif dan bijak membawa percaturan lawan," katanya.

Mengenai kekurangan kreativiti pemain Malaysia dalam usaha mengubah pola serangan malam itu dia berkata, tidak kelihatan aksi menggelecek ke kubu lawan.

Katanya, hampir tiada pemain negara berani menggelecek dan menyelinap ke celah benteng sedangkan itulah antara cara memecah kubu lawan.

Menurut Kay Kim lagi, kemasukan dua pemain sayap kiri iaitu Mohd. Ashaari Shamsuddin dan sayap kanan iaitu Khyril Muhymeen Zamri mengubah sedikit pola serangan skuad negara.

Bagaimanapun, katanya, kedua-duanya lewat dibawa masuk dan mereka kekurangan waktu untuk mengkucar-kacirkan benteng lawan.

"Ashaari agak 'malu-malu' tetapi gerakannya bagus. Kalau dia masuk lebih awal dan dia membuang sifat takut menggelecek, mungkin kita boleh dapat gol.

"Khyril Muhymeen lebih yakin dan lincah menyelinap ke kubu lawan cuma dia kekurangan sokongan untuk kerap bertindak begitu.

"Hal ini perlu kita ubah dalam penampilan seterusnya kalau kita berhasrat menamatkan sesuatu kejohanan dengan lebih bergaya.

"Dari satu aspek, menggelecek dianggap kemahiran individu yang menggambarkan ketamakan, tapi taktik ini berguna untuk kita memecah benteng lawan.

"Kemahiran menggelecek dapat menarik pertahanan lawan keluar dari kawasan. Mereka kucar-kacir. Pada masa itu kita berpeluang mencipta jaringan," katanya.

Menurutnya, kemahiran menggelecek di kalangan pemain, khususnya pemain tengah dan serangan perlu dipertingkatkan dalam tempoh terdekat ini.

Beliau berkata, kebolehan itu nampak terserlah pada diri dua pemain sayap skuad kebangsaan tadi ketika mereka bermain dengan pasukan negeri masing-masing.

Bagaimanapun, katanya, hal yang seumpama itu kelihatan agak terbatas pada perlawanan akhir Pestabola Merdeka baru-baru ini.

Kay Kim turut mengesyorkan aspek kepantasan pemain diberi keutamaan dalam setiap sesi latihan agar skuad negara mampu bergerak pantas dalam perlawanan.

"Pada zaman sebelum perang, pemain sayap perlu mencatat kepantasan bawah 11 saat ketika berlari pada jarak 100 ela.

"Sekarang kita tak begitu nampak adanya pemain yang mempunyai kepantasan sedemikian. Yang kita nampak, larian mereka sederhana saja.

"Sepatutnya kini pemain sayap perlu berlari sekitar 10 saat bagi jarak 100 meter. Hal ini kerana pertahanan lawan kian pantas.

"Lagi satu, cuba lihat siapa dalam skuad kebangsaan yang kuat tendangan dan tepat ke sasaran. Tak ada pemain sekarang sehebat Allahyarham Mokhtar Dahari.

"Dulu sepakan kencang Mokhtar jadi aset kepada kejayaan pasukan negara tapi sekarang tendangan penyerang kita lemah serta liar," katanya.

Malaysia, katanya, banyak mengungguli Pestabola Merdeka pada dekad 1970-an hasil rembatan penyerang tersebut yang mendapat jolokan 'Supermokh'.

Beliau berkata, kebolehan yang sama turut dimiliki pemain Singapura, Awang Bakar yang pernah menjaringkan 14 gol dalam liga tempatan negara itu.

Katanya, pasukan yang diwakili Awang, Singapura Tiger Standard menewaskan Ras Litar 14-0 dan semua gol dihasilkannya melalui rembatan kencang serta kebolehan menggelecek.

Dalam pasukan Terengganu, katanya, Sulaiman Rejab yang mempunyai rembatan bak peluru menjadi antara faktor negeri itu muncul sebagai naib johan Piala Malaysia tahun pada 1972.

Ketika mengakhiri perbualan khas dengan Kosmo! mengenai perlawanan akhir Pestabola Merdeka 2008, beliau berkata, bola sepak di Malaysia memerlukan perubahan yang besar.

Menurutnya, semua pihak perlu melihat permainan ini dari sudut pendidikan dan menceburinya dengan penuh tanggungjawab.

Jika perkara itu tidak dianggap penting, katanya, kita akan ketinggalan dan kemenangan mungkin hanya datang sesekali dan 'secara kebetulan'.

Mengenai skuad bimbingan B. Sathianathan kini, katanya, harapan untuk menjadi pasukan disegani tetap cerah jika ada usaha yang lebih gigih.

Kegigihan itu, bagaimanapun katanya, tidak akan memberi pulangan besar selagi segala kesilapan tidak dianalisis dan dibuat tindak susul.

Tambahnya, beliau percaya Sathianathan mampu melakukan tindakan berani dalam tempoh terdekat ini sebelum bermula Kejohanan Piala Suzuki AFF di Thailand Disember nanti.

Katanya, berada dalam Kumpulan B bersama-sama skuad senior Vietnam, Malaysia perlu bertekad membalas dendam dan memulihkan maruah.

"Jadilah skuad berjiwa besar. Harungi cabaran dengan yakin. Sebagai rakyat bumi bertuah ini, saya mengkritik kerana itu tanda saya sayang akan skuad negara," katanya.


LIGA MALAYSIA 2007/08
KejohananJohanNaib-Johan
Liga SuperKedahNegeri Sembilan
Liga PremierKuala Muda NazaKL Plus FC
Piala FAKedahSelangor
Piala MalaysiaKedahSelangor
Piala FAM PBDKT-T-TeamMBJB
Piala Presiden(B-21)SelangorPerak


FAM Perkenal Liga Futsal Kebangsaan

PETALING JAYA, -- Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan memulakan liga futsal peringkat kebangsaan iaitu Liga Futsal Felda FAM mulai Okt 30-Feb 23 membabitkan 24 pasukan bagi pertandingan lelaki dan wanita.

Tiga kejuaraan iaitu Piala Liga FAM-Felda (pusingan awal enam-kumpulan dengan empat pasukan), Piala Futsal (Pertandingan kalahmati) dan Piala Premier (membabtikan juara enam kumpulan)

Tiga kejohanan ini menawarkan hadiah wang tunai RM213,000. Pasukan terlibat adalah 14 ahli gabungan, Polis, ATM dan pasukan kelab dari Liga Super Malaysia (MSL) - Johor FC, Kuala Muda Naza, Proton FC, UPB-MyTeam FC, KL Plus FC, Shahzan Muda, PKNS dan Felda United.

Chelsea ke Malaysia 29 Julai
Chelsea, yang dibawah pengurus baru Luiz Felipe Scolari, akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang Pilihan Malaysia di Stadium Shah Alam bermula pada 8.45 malam pada 29 Julai 2008.

Chelsea akan juga mengadakan perlawanan di Guangzhou, China, pada 23 Julai dan di Macau pada 26 Julai. Ini merupakan kunjungan ketiga Chelsea ke Malaysia sejak 1999.

Chelsea akan tiba di Malaysia pada 27 Julai. Tiket berharga RM33, RM53, RM83 dan RM103 selain tiket VIP berharga RM303 akan dijual mulai Jun 20 menerusi kedai jualan TicketPro dan 33 kedai jualan Adidas di seluruh negara, atau menerusi ticketpro.com.my.


Perlawanan Persahabatan
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memutuskan untuk menggunakan keseluruhan khidmat pemain tempatan dalam skuad Pilihan Malaysia bagi perlawanan menentang Chelsea.

Skuad kebangsaan di bawah bimbingan B.Sathianathan akan menjalani latihan pusat di Wisma FAM bermula 5 Julai sebagai persiapan menentang Chelsea pada 29 Julai. Skuad ini juga akan mengadakan sesi latihan luar negara dengan perlawanan persahabatan menentang skuad Olimpik China. Skuad Bawah-23 ini akan berada di China dari 11 hingga 14 Julai dan akan menentang skuad Olimpik China pada 13 Julai.


Pasukan Chelsea:
Pengurus: Luiz Felipe Scholari
Pemain: Nicolas Sebastien Anelka, Jose Bosingwa Da Silva, Michael Ballack, Wayne Michael Bridge, Ricardo Carvalho, Petr Cech, Ashley Cole, Joseph Cole, Carlo Cudicini, Anderson Luis De Sauza (Deco), Franco Matias Di Santo, Alex Rodrigo Dias Da Costa, Michael Essien, Paulo Renato Rebocho Ferreira, Henrique Hilario, Branislav Ivanovic, Saloman Armand Kalou, Frank James Lampard, Florent Malouda, John Obi Mikel, Andriy Shevchenko, John George Terry, Shaun Wright Phillips.



(Safee Sali)
(Khyri Muhymeen)(Indra Putra)(Hardi Jaafar)(Amirul Hadi)


(Shukor Adan)
(Shafizan Hashim)(Norhfiz Zamani)(Aidil Zafuan)(Fauzi Nan)


(Helmi Eliza)

SHAH ALAM – Jurulatih skuad Malaysia, B. Sathianathan buat pertama kali akan menggunakan formasi baru ‘4-1-4-1' apabila menentang skuad bola sepak Liga Perdana England, Chelsea pada perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam, malam ini. Formasi baru itu agak janggal berbanding tradisi 4-4-2

Menerusi format 4-1-4-1, Safee Sali akan diletakkan sebagai penyerang tunggal sambil dibantu empat pembantu penyerang iaitu Khyril Muhymeen, Indra Putra Mahayuddin, Hardi Jaafar dan Amirulhadi Zainal.

Turut disenaraikan untuk mengisi posisi pembantu penyerang ialah Hairuddin Omar.
Ketua pasukan, Mohd. Shukor Adan akan bertindak bersendirian di posisi tengah.
Empat pertahanan ialah Shafizan Hashim, Norhafiz Zamani Misbah, Aidil Zafuan Abd. Razak dan Fauzi Nan manakala posisi gawang adalah Helmi Eliza Elias.

Tambah Sathianathan, selepas melihat latihan skuad Chelsea semalam, dia menjangkakan jurulatih skuad ‘The Blues’, Felipe Scolari akan menggunakan taktik percubaan dari jauh untuk menghasilkan gol.

Pilihan Malaysia:
Jurulatih: B.Sathianathan
Pemain: Azi Shahril Azmi, Mohd Fauzie Nan (Perlis), Mohd Khyril Muhymeen, Mohd Helmi Eliza Elias (Kedah), S.Subramaniam, Mohd Hardy Jaafar (Perak), Indraputra Mahayuddin, Muhammad Shukor Adan, Mohd Safee Mohd Sali, Mohd Amirulhadi Zainal (Selangor), Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak, Mohd Zaquan Adha Abd Razak (Negeri Sembilan), Norhafiz Zamani Misbah, Hairuddin Omar (Pahang), Syed Adney Syed Hussien, Irwan Fadzly Idrus (UPB-MyTEAM), Nizaruddin Yusof (PDRM), Zairo Anuar Zalani, Mohd Ashaari Samsuddin (Terengganu), Badrulzaman Abd Halim, Mohd Daudso Jamaluddin, Shafizan Hashim (Johor FC)


Senarai Bawah 23 Ke China dan Skuad kebangsaan Melawan India
Manakala pasukan senior kebangsaan, tumpuan utama ke kejohanan AFF hujung tahun ini, akan menentang India pada Julai 22 di Hyderabad. Sathianathan dan penolongnya Zaki Sheikh Ahmad, Ismail Ibrahim serta Mazlan Wahid telah memilih 18 pemain untuk ke China. Dari 18, tujuh pemain juga telah dipanggil untuk ke India. Mereka ialah Aidil Zafuan Abdul Radzak, S. Subramaniam, Daudsu Jamaluddin, midfield Azi Shahril Azmi, Amirulhadi Zainal dan penyerang Zaquan Adha Abdul Radzak dan Khyril Muhymeen Zambri.

Pasukan kebangsaan Bawah 23 ke China:

Penjaga Gol: Syed Adney Syed Hussein, Nasril Nourdin;

Pertahanan: Aidil Zafuan Abdul Radzak, S. Subramaniam, Nasriq Baharom, Chun Keng Hong, Daudsu Jamaluddin, Asraruddin Putra Omar;

Tengah: Azi Shahril Azmi, Amirulhadi Zainal, Safiq Rahim, Norshahrul Idlan Talaha, Bunyamin Umar, Baddrol Bakhtiar;

Penyerang: Farderin Kadir, Zaquan Adha Abdul Radzak, Ashari Shamsuddin, Khyril Muhymeen Zambri.

*Azlan Ahmad (Perak) di panggil menggantikan Nasriq Baharom yang mengalami kecederaan.

Pasukan senior kebangsaan ke India:

Penjaga gol: Helmi Eliza Elias, Badrulzaman Abdul Halim;

Pertahanan: S. Subramaniam, Aidil Zafuan Abdul Radzak, Fauzie Nan, Daudsu Jamaluddin, Norhafiz Zamani Misbah, Irwan Fadzli Idrus, Shafizan Hashim;

Tengah: Shukor Adan, Hardi Jaafar, Amirulhadi Zainal, Azi Shahril Azmi;

Penyerang: Hairuddin Omar, Nizaruddin Yusof, Indra Putra Mahayuddin, Khyril Muhymeen Zambri, Zaquan Adha Abdul Radzak.


Liga Malaysia 2008/2009
Saingan bola sepak Liga Super dan Perdana musim 2008/2009 yang bermula 1 Nov depan akan menyaksikan 14 pasukan setiap liga bertanding berbanding 13 pasukan musim ini.

Pada musim ini (2007/2008) hanya satu pasukan akan diturunkan ke Liga Perdana iaitu Sarawak yang menduduki tangga terbawah setelah saingan Liga Super berakhir bulan lepas.

Hanya satu pasukan Liga Super akan diturunkan ke Liga Perdana, manakala dua pasukan teratas Liga Perdana dinaikkan ke Liga Super iaitu Kuala Muda NAZA (juara) dan KL Plus (naib juara).

Nasib dua pasukan tercorot Liga Perdana iaitu Kuala Lumpur dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang sepatutnya tersingkir ke saingan Piala FAM akan ditentukan kemudian.

Liga Super 2008/09(14 Pasukan)
1.Kedah
2.Negeri Sembilan Naza
3.Johor FC
4.Selangor
5.Perak
6.Terengganu
7.Perlis
8.Pahang
9.PDRM
10.DPMM FC, Brunei
11.UPB-MyTeam FC
12.Pulau Pinang
13.Kuala Muda Naza (dinaikkan dari Liga Premier)
14.KL Plus FC (dinaikkan dari Liga Premier

Liga Premier 2008/09(14 Pasukan)
1.Sarawak (diturunkan dari Liga Super)
2.Kelantan
3.Sabah
4.Johor Pasir Gudang
5.Felda United FC
6.Proton FC
7.Harimau Muda
8.Melaka
9.K.Port/Shahzan Muda
10.PKNS FC
11.Kuala Lumpur (akan ditentukan kemudian)
12.ATM (akan ditentukan kemudian)
13.Pasukan dari Piala FAM (akan ditentukan kemudian)
14.Pasukan dari Piala FAM (akan ditentukan kemudian)

Piala FAM 2007/08
1.Persatuan Bolasepak Daerah(PBD) Kuala Terengganu
2.Sinar Dimaja(SD) Mai Sarah, Pulau Pinang
3.Majlis Perbandaran Muar, Johor
4.Majlis Bandaraya Johor Bahru, Johor
5.KSK Tambun Tulang, Perlis
6.Kelab Sukan Bolasepak Juara(SBJ) Ban Hoe Leong, Selangor
7.Kelab Sukan Melodi Jaya, Johor
8.Kor RAMD, ATM

B.Sathianathan Lega

Jurulatih kebangsaan, B Sathianathan kini mampu menarik nafas lega selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyatakan pendirian untuk tidak melepaskan pemain dalam skuad kebangsaan semata-mata untuk beraksi di temasya Sukma.

Sementara itu, Sathianathan mengendalikan sesi latihan pertama yang dihadiri semua 38 pemain pelatih kelmarin selepas tujuh pemain daripada skuad Bawah 23 tahun kebangsaan (B-23) yang beraksi di Piala Antara Benua melaporkan diri.

Tujuh pemain itu ialah Shukor Adan, Amirulhadi Zainal, Safee Sali, Daudsu Jamaluddin, Kyril Muhymeen Zambri, S Subramaniam dan Zaquan Adha Abdul Radzak.


Latihan Pusat Melawan Indonesia

Seramai 26 orang pemain senior kebangsaan dipanggil melaporkan diri untuk latihan pusat semalam di Wisma FAM, Kelana Jaya sebagai menghadapi perlawanan persahabatan menentang pasukan kebangsaan Indonesia di Jakarta pada Jun 6 2008.Skuad pelatih ini juga sebagai persiapan Kejohanan AFF (Bolasepak Asean), yang akan diadakan pada bulan Disember.
Terdapat beberapa bekas pemain antarabangsa didalam skuad latihan ini diantaranya ialah Mohd Nizaruddin Yusop, Rosdi Talib, Hasmawi Hassan, Chan Wing Hong, Idris Karim, Irwan Fadly Idrus, Juzaili Samion dan Liew Kit Kong.

Tiga pemain senior di dalam skuad Bawah-23 untuk Piala Antara Benua yang sedang berlangsung iaitu Kapten Mohd Shukor Adan, pertahanan tengah Norhafiz Zamani Misbah dan penyerang Mohd Safee Sali, telah diberi rehat beberapa hari sebelum menyertai semula skuad latihan ini. Sementara empat pemain lagi yang dipanggil dari skuad Bawah-23 adalah Amirulhadi Zainal (Selangor), S.Subramaniam (Perak), Zaquan Abdul Razak (NSembilan) dan Khyril Muhmeen (Kedah).
Skuad Pelatih Kebangsaan
Jurulatih: B.Sathiathan
Penjaga gol: Mohd Helmi Eliza Elias (Kedah), Mohd Farizal Marlias (Shahzan Muda), Badrul Zaman Halim (PKNS).
Pertahanan: Fauzie Nan, K. Soley (Perlis), Shafizan Hashim, Ahmad Fauzie Shaari, V. Thirumurugan (Kedah), S.Subramaniam, Chan Wing Hong (Perak), P. Gunalan (Selangor), Mohd Aidil Zafuan (NSembilan), Irwan Fadly Idrus, Juzaili Samion (UPB-MyTeam), Chun Ken Hong (PPinang), Rosdi Talib (Pahang).
Midfielders: Mohd Hardi Jaafar, K. Nanthakumar (Perak), Idris Karim, Shahurian Abu Samah (NSembilan), Eddie Helmi Abdul Manan (Johor FC).
Penyerang: Saramsak Kram, Hasmawi Hassan (Kedah), Akmal Rizal Rakhli, Indra Putra Mahayuddin (Selangor), Liew Kit Kong (Kuala Muda), Mohd Nizaruddin Yusop (PDRM).

Tiada ulasan: