Ahad, Oktober 23, 2011

Kejohanan Bola Sepak Pantai Kebangsaan 2009

Kejohanan Bola Sepak Pantai Felda FAM 2011
Oktober 21-23, 2011
Pantai Telok Chempedak, Kuantan, Pahang


Wanita:
Perlawanan Akhir: Perlis 3-2 Sabah

Lelaki:
Separuh Akhir: Terengganu 5-3 ATM, Pahang 6-5 Selangor
Perlawanan Akhir: Terengganu 5-4 Pahang


Kejohanan Bola Sepak Pantai Kebangsaan akan diadakan di Pantai Teluk Chempedak, Kuantan pada Okt 15-19. Sebanyak 16 ahli FAM, termasuk Polis dan Angkatan Tentera, akan mengambil bahagian dalam kejohanan tiga hari itu untuk lelaki dan wanita.

Juara akan menerima RM10,000, naib-juara RM5,000, pasukan tempat ketiga dan keempat masing-masing RM1,500. Pemain terbaik dan penjaring terbanyak masing-masing menerima RM1,500.
Kumpulan
(Untuk kedua-dua pasukan lelaki dan Wanita)
Kumpulan A: Angkatan Tentera, Kuala Lumpur, Polis, Sarawak.
Kumpulan B: Johor, Melaka, Sabah, Perlis.
Kumpulan C: Kelantan, Negeri Sembilan, Selangor, Terengganu (lelaki sahaja).
Kumpulan D: Perak, Kedah, Pahang, Pulau Pinang.
Pasukan Terengganu dan Sabah muncul juara masing-masing bagi kategori lelaki dan wanita pada perlawanan akhir Kejohanan Bola Sepak Pantai FAM 2009 di Teluk Chempedak di sini, semalam.

Terengganu merangkul gelaran tersebut pada kejohanan yang julung kali diadakan selepas berjaya menewaskan pasukan Kedah 8-2.

Manakala bagi kategori wanita pula, Sabah berjaya menewaskan pasukan Perlis 2-0.

Pada perlawanan separuh akhir, Terengganu berjaya menewaskan Kuala Lumpur 5-4 manakala Sabah pula menang 2-1 selepas mengalahkan Kedah.

Manakala pada perlawanan suku akhir, Terengganu mendahului Pahang 9-1 dan Sabah pula menewaskan Kuala Lumpur 2-1.

Pemain Terbaik Perlawanan Akhir (Lelaki): Hamidi Alias (Terengganu)
Pemain Terbaik Perlawanan Akhir (Wanita): Surina Abd. Akub (Sabah)

Penjaring Terbanyak (Lelaki): Zaharim Yusof (Terengganu) 9 gol
Penjaring Terbanyak (Wanita): Nurul Ashikin Mohd. Juzi (Perlis) 12 gol

Tiada ulasan: