Rabu, Julai 28, 2010

TEKNOLOGI MAKLUMAT

Mozilla Firefox 4.0 Beta 2 Di lancarkan Jumaat
Julai 21, 2010 - Mozilla berada di landasan yang betul apabila beta kedua Firefox 4.0 dijangka dilancarkan pada Julai 23 (Jumaat). Beta 2 kebanyakannya ditumpukan kepada pelayar yang stabil memperbaiki kelemahan dan ia menunjukkan lebihkurang 33% kurang crash berbanding dengan beta pertama. Lima lagi beta dirancang menyusul sehingga awal Oktober.

Firefox 3.6.7 dan Thunderbird 3.1.1 Dilancarkan Julai 20, 2010
Julai 21, 2010 - Mozilla juga melancarkan Firefox 3.6.7 bagi menutup lubang keselamatan menjelang persidangan Blackhat para hacker yang akan dibuka pada Julai 28. 14 lubang keselamatan telah diperbaiki berbanding dengan Firefox 3.6.6

Versi baru Mozilla Thunderbird email 3.1.1 dilancarkan Julai 20, 2010. Versi terkini Thunderbird 3.1.1 memperbaiki beberapa isu keselamatan dan kestabilan, seperti versi terkini Firefox 3.6.7 yang dilancarkan awal hari ini.

73,000 blog WordPress Ditutup
Julai 18 2010 - Pihak berkuasa Amerika Syarikat telah menutup lebihkurang 73,000 laman blog percuma WorldPress yang menggunakan laman hos Blogetery.com yang dipunyai oleh BurstNet,Inc pada Julai 9 2010 (Jumaat) secara mengejut dan penuh misteri

Kurang dari seminggu dari itu laman forum percuma lpbfree.com juga mengalami nasib yang sama.

Mozilla Firefox 4.0 Beta
Mozilla pada Julai 7 2010 (Selasa) mengumumkan versi pertama beta Fifefox 4, pelayar terkininya telah bersedia untuk dimuaturun dan diuji.

Versi beta ini terdapat beberapa pembaharuan, termasuk privasi dan penambambahan pecutan. Ia juga menyokong format Google WebM, dan memperbaiki kelemahan dalam sebahagian ciri Web nya yang boleh menyebabkan sejarah pelayar pengguna terdedah, Mozilla menambah.

Google melancarkan WebM, iaitu ciri terbuka untuk mengkompres kandungan video pada Mei lalu.

Mozilla telah mengubah tabnya ke bahagian atas, mengubah rupa muka pelayar. Versi beta ini menukar bar Menu pada komputer peribadi (PC) Windows 7 dan Window Vista dengan satu butang. Mozilla menambah, perubahan ini juga akan menyusul kedalam pelayar versi Linux dan Mac.

Perlindungan crash yang pertama kali diperkenalkan pada Firefox 3.6.4, yang dikeluarkan pada April juga dimasukkan pada Firefox 4 Beta 1 ini. Apabila pemalam (plug-in) crash atau beku, Pengguna Firefox boleh meneruskan melayari dengan hanya memulakan kembali muka tersebut.

Ciri lain adalah memperbaiki tindakbalas di masa mula dan ketika muka surat di muatkan. Kit pembangunan perisian (SDK) Mozilla Jetpack, bagi memudahkan penerbit mereka tambah-nilai (add-ons) yang tidak memerlukan pengguna memula kembali (restart) pelayar mereka untuk memasukkannya.

Terdapat webSocket, yang membenarkan pemaju membina interaksi dalam talian pada masa sebenar seperti permainan dan applikasi chat; menyokong ciri CSS 3 baru (Cascading Style Sheet).

Mozilla bercadang mengeluarkan versi beta setiap dua atau tiga minggu, mengubah pelayar itu berdasarkan komen pengguna beta.

Kemas Kini Google Chrome
Jul 3 2010 - Google Chrome melancarkan versi 5.0.375.99 untuk Windows, Mac, dan Linux adalah keluaran untuk memperbaiki-keselamatan, dengan empat pembaikan korupsi memori yang di label sebagai peringkat "tinggi". Satu pembaikan di peringkat sederhana dan memperbaiki empat diperingkat "rendah".

Pasaran Pelayar Web Di Malaysia
Jul 1 2010 - Mengikut data dari StatCounter pasaran pelayar web di Malaysia, Internet Explorer juga mengikut aliran global dan Amerika Syarikat apabila berjaya menyekat penurun pasarannya. IE meningkatkan penguasaannya +2.26% dari angka bulan Jun 2010 iaitu yang terendah (42.28%) dalam statistik  ke angka terbaru Julai 2010 (44.54%).

Firefox terus mengalami penurunan kepada -1.62%.

Chrome yang mencapai paras tertinggi pada bulan Jun 2010 (15.18%), mengalami penurunan -0.51%.

Julai 2010 (Jun 2010)
  1. Internet Explorer 44.54% (42.28%)
  2. Firefox 38.48% (40.1%)
  3. Chrome 14.67% (15.18%)
  4. Opera 0.71% (0.77%)
  5. 5 Safari 1.27% (1.28%)
IE Tambah 0.57% Pasaran Global Pada Bulan Jun
Jul 1 2010 - NetApplications melaporkan  Internet Explore berjaya mengembalikan penurunan dalam pasaran pelayar web di Amerika pada bulan Mei 2010, telah juga berjaya menyekat penurun dalam pasaran global dalam bulan Jun 2010 apabila berjaya meningkat 0.57% dalam kesemua sistem operasi dengan Internet Explorer 8.0 meningkat 0.66% secara global. Pertambahan ini disebabkan penurunan di Firefox (-0.51%). Pecutan pasaran penggunaan Chrome perlahan ke +2% untuk Jun.

Peningkatan IE paling banyak adalah di Eropah dan Asia. Di Eropah IE +88% dan di Asia +81%.

Peratusan Pasaran Pelayar Web Bulan Jun 2010 (Mei 2010)
  1. Internet Explorer 60.32% (59.75%)
  2. Firefox 23.81% (24.32%)
  3. Chrome 7.24% (7.04%)
  4. Safari 4.85% (4.77%)
  5. Opera 2.27% (2.43%)
  6. Opera Mini 0.66% (0.74%)
  7. Lain-lain 0.79% (0.95%)
Peningkatan ini dipercayai kesan dari kempen aggresif Microsoft. Manakala data dari StatCounter menunjukkan aliran yang sama, walaupun dengan angka yang berbeza.

  1. IE 54.75% (52.86%)
  2. Firefox 29.75% (31.15%)
  3. Chrome 9.02% (9.04%)
  4. Safari 4% (4%)
  5. Opera 1.7% (1.9%)
Opera 10.6 Dilancarkan
Jul 1 2010 - Opera mempekenalkan versi terkini pelayar webnya Opera 10.6. Pelayar ini termasuk dengan enjin baru (Preto 2.6.30) dan menyokong Geolocation, Web Workers, aplikasi luar talian dan juga  format video Google WebM dan juga sokongan untuk HTML5.

Menurut Opera 10.60 ini  50% lebih laju dari versi sebelumnya 10.54 pada JavaScript dan senario DOM. Ciri baru lain adalah menu baru dan pilihan tapak pencarian baru. Ia boleh dimuatturun mulai hari ini.

Google Halang Pemalam Usang Di Chrome
Jun 29 2010 - Selepas langkah Google memperkenalkan kemaskini automatik untuk pemalam (plug-in) Adobe Flash, versi akan datang Google Chrome akan memasukkan teknologi yang menghalang pemalam usang/ketinggalan zaman dan membantu pengguna mengemaskininya, Langkah ini bagi mempastikan ia tidak mengandungi pepijat keselamatan yang boleh dipergunakan oleh laman web perosak.

Firma itu tidak menyediakan jangka masa untuk ciri ini, kecuali mengatakan "jangka masa pertengahan" didalam pos Chrome Blog hari Isnin.

Pelayar (browser) itu akan juga menawarkan amaran apabila pengguna mula menggunakan pemalan jarang tersebut.

"Terdapat pemalam yang meluas dipasang tetapi biasanya tidak diperlukan untuk pengalaman Internet hari ini. Untuk kebanyakan pengguna, sebarang percubaan untuk secara sengaja menggunakan pemalam mencurigakan  dan Google Chrome akan memberi amaran keadaan ini."

Google Chrome sudah menawarkan kemampuan untuk mematikan pemalam perseorangan ini atau hanya menjalankan pemalam yang berada didalam senarai nama yang dipercayai, dan menawarkan kemaskini auto untuk Adobe Flash Player. Chrome juga mempunyai sokongan PDF melalui pemalam dalaman.

Hanya Firefox adalah pelayar lain yang memberi amaran kepada pengguna tentang penggunaan pemalam ini. Sementara Firefox memeriksa dan mematikan pemalam ini, ia tidak mengemaskininya secara automatik seperti yang dilakukan oleh Chrome. Mozilla berkata piihaknya bercadang untuk menambah kemaskini auto ke Firefox 4, dijangka akhir tahun ini.

Chrome Memintas Safari Di Amerika
Firma Analitikal Web, StatCounter telah melaporkan bahawa Google Chrome yang diperkenalkan pada 2008, telah berjaya memintas  Apple Safari untuk pasaran pengguna di Amerika Syarikat. Pada minggu  Jun 21-27, StatCounter memantau 874 juta muka web, dengan 8.97 peratus dari pelawat menggunakan Chrome dan 8.88 peratus menggunakan pelayar Safari. Ini adalah kali pertama Chrome telah memintas Safari untuk catatan mingguan.

Kedua-dua pelayar itu masih jauh dari pendahului pasaran Internet Explorer (52 peratus) dan Mozilla Firefox (28.5 peratus)

Kemampuan Chrome memintas Safari dalam masa kurang dari dua tahun sejak ia dilancarkan adalah pencapaian menakjubkan Apple melancarkan beta awam Safari pada tujuh tahun lalu. Manakala pengguna PC boleh menggunakan Safari, yang lazimnya ia digunakan di Mac disebabkan pelayar tetap (default) pada platform tersebut. Chrome boleh didapati pada kedua-dua platform.

Firefox 3.6.6 Dilancarkan
Mozilla pada Jun 27 2010 melancarkan versi terkini Firfox 3.6.6 untuk mengemaskini ciri perlindungan crash bagi memberi masa lebih lama kepada Firefox menunggu sebelum menamatkan pemalam (plugin) yang tidak memberi tindak balas.

Ciri perlindungan crash ini, yang julung kali diperkenalkan pada Firefox 3.6.4, melindungi pengguna Window dan Linux dari crash dan beku disebabkan oleh pemalam pihak ketiga seperti Flash dan Silverlight. Apabila pemalam crash, pengguna boleh membuka  laman Web untuk memulai semula pemalam dan meneruskan melayari web. Dalam versi terkini ini Firefox menambah masa menunggu pemalam memberi tindak balas semula dari 10 saat kepada 45 saat.

Adobe akan memperbaiki lubang kritikal Reader minggu depan.Jun 25 2010- Adobe akan mengeluarkan kemaskini untuk Reader dan Acrobat pada Jun 29 2010 (Selasa) yang akan memperbaiki isu kritikal masalah keselamatan, termasuk menutup lubang yang boleh digunakan untuk mengambilalih komputer yang mana telah di manfaatkankan secara liar mengikut laporan dari firma tersebut pada hari Khamis.

Adobe memberi amaran terhadap kelemahan itu, yang juga membabitkan Flash Player, sekitar tiga minggu lepas dan telah menutup lubang di Flash pada Jun 10.

Kemaskini keselamatan pada hari Selasa adalah untuk Adobe Reader 9.3.2 bagi Windows, Mac, dan Unix, Adobe Acrobat 9.3.2 bagi Windows dan Macintosh, dan Adobe Reader 8.2.2 dan Acrobat 8.2.2 bagi Windows dan Mac, firma itu melaporkan dalam pos blognya

Kemaskini ini akan mengambil alih tempat kemaskini keselamatan suku berikutnya yang dijadualkan pada Julai 13, Adobe menambah.

Motorola Lawan Kembali Dengan Droid X

Jun 24 2010 - Motorola memperkenalkan versi terbaru smartphone popularnya iaitu Android Droid di Amerika Syarikat. Ia dikenali sebagai Milestone di UK.

Droid X, yang mana adalah versi terbaru telefon Google Android diperbuiat oleh Motorola, menawarkan HDMI, paparan 4.3-inch dan tangkapan video 720p. Ia di datangkan dengan pemproses yang lebih pantas yang bakal menawarkan pelayaran web lebih pantas Ia juga mempunyai kamera definisi-tinggi 8-megapixel.

Dell Akan Beroperasi Dengan Google Chrome OS.Jun 21 2010 - Amit Midha, President Dell untuk China dan Asia Selatan, dipetik oleh Reuters sebagai berkata Dell sedang berbincang bagi menggunakan sistem operasi Google Chrome (Chrome OS) dalam keluaran komputer bukunya. Ini bermakna Microsoft Window akan menghadapi saingan apabila Dell mula menggunakan sumber bebas Google Chrome OS berbanding dengan Windows sekarang ini. Google berkata notabuku Chrome OS bakal dikeluarkan akhir tahun ini.

Apple iPhone 4 Dilancarkan

Apple memperkenalkan versi 4G terkini yang dikenali sebagai iPhone 4 mula dijual di dunia Jun 24 2010. Antara lain kamera video 5 megapixel dengan paparan LED, bermuka hadapan yang boleh digunakan sebagai panggilan video, bateri yang lebih besar serta jangkahayat lebih lama yang diperbaharui, skrin resolusi tinggi yang mampu menangkap gambar definisi-tinggi dan bentuk yang lebih ramping.

Microsoft Keluarkan pratonton IE9

Jun 24 2010 - Microsoft maju setapak lagi dalam fasa pembangunan Interner Explorer 9 (IE9) apabila mengeluarkan Platform Pratonton 3 (Platform Preview 3 -PP3) Internet Explorer 9 hari ini, iaitu pelayar web generasi terbaru.

Antara elemen yang dimasukkan adalah kanvas HTML5 dan audio HTML5, dan tag video. HTML5 baru berfungsi bagi membolehkan IE9 menghantar kandungan interaktif dan video dalamtalian (online video) pada pelayar kompat. - sama dengan apa yang anda jangkakan dari Adobe Flash, tetapi tanpa memerlukan aplikasi pihak ketiga atau pemalam pelayar (browser plugins).

Juga terdapat perubahan pada kelajuan dan prestasi. Menurut tandaaras ujian SunSpider IE9 PP3 berada pada keseluruhannya 347milisaat - mengatasi Chrome4 dan Firefox.

IE9 menyokong Muka Fon CSS3 (CSS3 Font Face) dan Format Fon Terbuka Web (Web Open Font Format - WOFF) memaparkan fon yang lebih banyak dan lebih jelas.

IE9 menggabungkan enjin Chakra JavaScript, dengan sokongan untuk CPU multicore, GPU berdedikasi, dan pemecut perkakasan video (hardware video acceleration) untuk memberikan prestasi luar biasa. Microsoft dapat memberikan animasi mulus tanpa cacat pada kadar frame yang sangat tinggi dengan IE9.

Pra-tonton Ketiga ini memansuhkan versi awal, yang pertama ketika di persidangan Mix Mac 2010 lalu dan yang kedua telah dikeluarkan bulan lepas. Platform Pratonton 3 IE9 boleh dimuatturun bermula 8 pagi ini dengan hanya Window Vista dan Window 7 sahaja.

Firefox 3.6.4 Dengan Perlindung Crash

Mozilla pada Jun 23 2010 telah melancarkan Firefox 3.6.4, edisi terkini bagi pelayar web Firefox. Ia didatangkan bersama dengan penambahbaikan terbaru iaitu perlindungan nahas (crash).

Perlindung crash ini direka bagi menghalang pemalam (plugin) pihak ketiga (terutamanya Adobe Flash, Apple Quicktime dan Microsoft Siverlight) dari menarik sama keseluruhan pelayar itu sendiri mengalami crash.

Perlindungan crash ini diasingkan diluar proses Firefox, dikenali sebagai Out-of-Process Plug-in (OOPP) bagi memudahkan untuk menutup tab plugin yang sedang berjalan.

Kemudahan ini telah sedia ada pada pelayar saingannya seperti Google Chrome dan Internet Explorer terkini.

Perlindungan crash ini berfungsi pada Windows and Linux sahaja buat masa ini. Manakala bagi sistem operasi OS X (Mac) ianya akan di masukan pada Firefox 4 yang dijadualkan akan dilancarkan pada akhir 2010.

Dell Akan Beroperasi Dengan Google Chrome OS.

Jun 21 2010 - Amit Midha, President Dell untuk China dan Asia Selatan, dipetik oleh Reuters sebagai berkata Dell sedang berbincang bagi menggunakan sistem operasi Google Chrome (Chrome OS) dalam keluaran komputer bukunya. Ini bermakna Microsoft Window akan menghadapi saingan apabila Dell mula menggunakan sumber bebas Google Chrome OS berbanding dengan Windows sekarang ini. Google berkata notabuku Chrome OS bakal dikeluarkan akhir tahun ini.

Tiada ulasan: