Rabu, Jun 01, 2022

Bekas Pemain Kebangsaan


Syed Ahmad Bin Syed Abu Bakar (1946 - 2022)

1 Jun 2022 - Legenda bola sepak negara, Syed Ahmad Abu Bakar, menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 76 tahun di Hospital Kangar, tengah hari tadi selepas bertarung lebih dua tahun dengan barah prostat.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Samihah Razali dan lima anak.

Dilahirkan di Pontian, Johor, pada 20 April 1946, Syed Ahmad dikenang sebagai wira yang membawa pasukan negara ke Sukan Olimpik Munich 1972 tetapi tidak tersenarai ke temasya berkenaan.

Menjaringkan lima gol ketika membantu anak buah Dave McLaren dan Jalil Che Din menewaskan Korea Selatan, Jepun, Filipina dan Taiwan pada kelayakan di Seoul pada 1971, Syed Ahmad malangnya digugurkan daripada skuad ke Munich.

Kali pertama mewakili Johor dalam pertandingan Combined School di peringkat sekolah rendah dan seterusnya ke peringkat Piala Burnley pada 1961, Syed Ahmad menyarung jersi negara dari 1966 hingga 1974 – membantu skuad kebangsaan menjulang gelaran Pestabola Merdeka 1966, 1968 dan 1974. Sekalipun memulakan kerjaya bersama negeri kelahirannya, Allahyarham mencipta nama dan meninggalkan legasi bersama tiga pasukan Utara, Pulau Pinang (1965-1972), Perak (1972-1980) dan Kedah (1980-1981).

Disebabkan bakatnya yang dikenal pasti dari kampungnya Nyior Gading, Syed Ahmad ditawarkan bekerja di Jabatan Penjara pada usia remaja.

Kejayaan pra-kelayakan Olimpik 1971 membawa seribu kenangan buat Syed Ahmad. Tandukan Syed Ahmad pada minit ke-54 hasil hantaran tepat Looi Loon Teik mengaibkan Korea Selatan, dua hari selepas meledak hatrik membenam pemenang pingat gangsa Olimpik 1968, Jepun 3-0.

Di Sukan Asia Tehran 1974, gabungan Syed Ahmad, Mokhtar Dahari dan Isa Bakar membentuk jentera penggempur Malaysia berbisa dengan mengumpul 20 gol sehingga mengutip gangsa menewaskan Korea Utara 2-1.

Tersepit di antara dua era – zaman Abdul Ghani Minhat selaku Raja Bola lewat 50-an hingga 60-an dan pada waktu Mokhtar Dahari bergelar Supermokh pada 70-an - Syed Ahmad berbangga dengan catatan gol dalam final Piala Malaysia pada 1968 dan 1969 bersama Pulau Pinang dan Perak pada 1974 tanpa mengecap kejayaan menjulang piala itu.

Serbegeth Singh (1960-2022)

12 Jan 2022 - Serbegeth Singh meninggal ketika aktiviti berbasikal 7.30 petang tadi di Iskandar Puteri, Johor.

Mendiang dikenali sebagai seorang pemain pertahanan kental sepanjang kerjaya bersama Johor FA, Kuala Lumpur FA, Pahang FA dan Negeri Sembilan FA sebelum menamatkan kerjayanya dengan Perak FA pada tahun 1996. Dia mencipta nama sebagai personaliti televisyen bermula 1997.

Selaku tonggak Kuala Lumpur, Shebby muncul juara liga 1986, 1987, 1988 dan 1989, juara Piala Malaysia pada 1987, 1988 dan 1989, juara Piala FA pada 1993 dan 1994 serta membantu skuad negara mengutip pingat emas Sukan SEA pada 1989 dan gangsa pada Sukan SEA 1985.

Dia mewakili Malaysia dari 1982 hingga 1991. Mula menyarung jersi negara dalam kejohanan Piala Presiden Korea Selatan pada 1982, Shebby mengumpul 61 caps sehingga persaraannya selepas beraksi menentang England di Stadium Merdeka pada 1991.

Selain menjadi penasihat global Blackburn Rovers pada 2012-2013, Serbegeth pernah menjadi penasihat rancangan realiti, MyTeam serta Telekom Melaka FC.

Dilahirkan pada 20 Ogos 1960, Shebby berasal dari Kluang, Johor. Bakatnya dikesan oleh Allahyarham Abdul Shatar Khan yang terkenal dengan reputasi sebagai jurulatih remaja. Seterusnya mendiang S. Subramaniam memujuk Shebby untuk meninggalkan Johor dan berhijrah ke Kuala Lumpur pada 1983, satu tindakan yang mengundang kontroversi apabila Shebby digantung setahun oleh Johor atas alasan berpindah tanpa kebenaran.

Mendiang Shebby meninggalkan isteri Harbans Kaur yang juga bekas pelari negara serta dua anak, Natassha Kaur dan Sonuljit Singh.

Abdul Hamid Ramli (1953 - 2022)

5 Jan 2022 - Abdul Hamid Ramli, meninggal dunia awal pagi tadi akibat komplikasi jantung pada usia 68 tahun di Kubang Kerian, Kelantan.

Abdul Hamid yang dilahirkan pada 9 April 1953, adalah bekas penjaga gol skuad negara yang beraksi di Piala Asia AFC di Tabriz, Iran pada 1976 dan Piala Asia AFC di Kuwait pada 1980.

Selain menjuarai Pestabola Merdeka 1976 dan 1979, Hamid menganggotai skuad negara yang mengutip pingat emas di Sukan SEA Jakarta pada 1979.

Karier bola sepak beliau bermula bersama pasukan negeri Kelantan sebagai penyerang pada tahun 1972. Namun, jurulatih Mohamad Che Su menukarkan posisi beliau kepada penjaga gol.

Seangkatan dengan mendiang Datuk R. Arumugam, mendiang Ong Yu Tiang dan mendiang Peter Rajah, Abdul Hamid bersaing hebat untuk mengawal gawang negara. Asalnya dipanggil menyertai skuad kebangsaan oleh Allahyarham Jalil Che Din pada 1975, Abdul Hamid menembusi pintu skuad utama apabila dipilih menjadi penjaga gol kedua kepada Arumugam pada pusingan akhir Piala Asia AFC di Iran pada 1976.

Pada 1979, Abdul Hamid akhirnya menjadi penjaga gawang utama, membantu skuad negara layak ke pusingan akhir Piala Asia AFC di Kuwait, menjuarai Pestabola Merdeka dan mengutip pingat emas Sukan SEA. Bagaimanapun, atas sebab komitmen kerja, Abdul Hamid menarik diri daripada skuad pra-Olimpik 1980.

Pada zaman kemuncaknya, Abdul Hamid menganggotai skuad Kelantan yang dibarisi nama-nama besar seperti Nik Fauzi Hassan, Mahadi Yussof, Kamaruddin Mohd Nor, Yassin Mohd Noor, Nik Salleh Nik Man dan Ramli Abdullah.

Menggantikan Awang Isa selaku penjaga gol utama Kelantan dari 1974 hingga berhijrah ke Sarawak pada 1985, Abdul Hamid meninggalkan jasa cukup besar buat bola sepak tempatan, secara umumnya.

Menemani mentornya yang juga bekas jurulatih negara, Mohamed Che Su, Abdul Hamid menghabiskan dua musim di Kuching sebelum kembali ke Kelantan dan mengumumkan persaraannya. Allahyarham meneruskan kerjaya selaku jurulatih penjaga gol bersama beberapa pasukan, termasuk Kelantan, Angkatan Tentera, KM Naza, Polis Diraja Malaysia dan Negeri Sembilan.

Kepuasan Allahyarham ialah mengasuh beberapa penjaga gol termasuk Halim Napi, Hamsani Ahmad, Yazid Yassin, Allahyarham Suffian Abdul Rahman dan Azizon Abdul Kadir.

Mendirikan rumahtangga dengan Fatimahwati Haji Dahlan, pasangan itu dikurniakan lapan anak.

M. Kuppan (1936 - 2021)

30 Dis 2021 - Dato’ Kuppan Muniandy, bekas pemain era 1960-an dan jurulatih kebangsaan pada dekad 1970-an meninggal dunia di Kuala Lumpur 5.30 petang tadi.

Lahir: 14 Oktober, 1936. Bukit Mertajam
Meninggal Dunia: 30 Disember 2021 di Kuala Lumpur, disemadikan di Butterworth.

Nama Jolokan: Harimau Kumbang atau the Black Panther from Penang, selain Jetboots.

Selepas menamatkan zaman persekolahan, Kuppan menjadi guru sementara sebelum berkhidmat untuk Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (PPC) selama 31 tahun.

Memulakan kerjayanya bersama Pulau Pinang sebagai seorang penyerang dan sayap kanan pada usia 19 tahun, Kuppan adalah anggota skuad Choo Seng Quee yang menjulang gelaran Pestabola Merdeka pada 1958, 1959 dan 1961.

Seangkatan dengan Tan Sri Abdul Ghani Minhat, Sexton Lourdes, Edwin Dutton, Ahmad Nazari Min Zohari, Yusof Bakar, M. Govindaraju, Majid Ariff dan Rahim Omar, Kuppan turut menganggotai skuad negara yang mengutip emas di Sukan SEAP 1961 tetapi tidak terpilih ke Sukan Asia 1962 di Jakarta.

He was a member of the first Malaysian team in 1964 that featured Singaporeans RW Skinner, Majid Ariff, Quah Kim Siak and Quah Kim Swee.

Mendiang bersama pasukan kebangsaan selama lapan tahun sehingga tahun 1965 selain tampil dalam 10 musim perlawanan bersama pasukan Pulau Pinang.

Mendiang mengambil keputusan untuk menamatkan kariernya sebagai atlet kebangsaan pada 1967.

Mendiang meneruskan kerjaya sebagai jurulatih yang berjaya selepas menghadiri kursus kejurulatihan pada 1972.

Mendiang kemudiannya beralih menjadi jurulatih kebangsaan dari tahun 1972 hingga 1978.

Sebagai jurulatih Pulau Pinang (1972-1974), beliau menerajui kemenangan Pulau Pinang buat kali keempat pada final Piala Malaysia pada 1974, Kuppan membimbing pasukan negara menjulang Pestabola Merdeka 1976, dua kali menjulang Piala Raja Thai iaitu pada 1975 dan 1976, pusingan akhir Piala Asia AFC 1976 di Tabriz, Iran dan pra-Piala Dunia 1977.

Selepas bersara, Kuppan menjadi pengasas kepada Kelab Sukan Blue Cross dan penasihat akademi Bintang Biru. Kali terakhir beliau ditawarkan menjadi jurulatih kebangsaan pada 1988 tetapi mendiang menolak dan akhirnya tugas itu dipikul oleh Richard Bate.

Namat Abdullah (1946 - 2020)
17 Disember 2020 - Dato' Namat Abdullah telah menghembuskan nafas terakhirnya di Kamunting, Perak, hari ini (17 Disember 2020) pada usia 74 tahun. Allahyarham menghidap barah usus dan angin ahmar telah kembali ke Rahmatullah di kediaman anaknya, jam 5.30 petang

Lahir pada tanggal 30 Mac 1946 di Butterworth, Dato’ Namat menyarung jersi negara dari tahun 1968 hingga 1975 yang mana bekas kapten Harimau Malaya itu turut merupakan anggota skuad Olimpik Munich 1972 dan Sukan Asia Teheran 1974.

Memulakan kerjaya beliau dengan Marines Sports Club di Pulau Pinang, Dato' Namat dikenali dengan rembatan deras dan lontaran ke dalam sejauh ke dalam petak penalti sepanjang kerjayanya sebagai pemain pasukan Penjara, Pulau Pinang dan Malaysia.

Memulakan karier sebagai pemain Pulau Pinang pada tahun 1965 dan pertama kali mewakili Malaysia pada Pesta Bolasepak Merdeka 1968.

Pada awal kariernya bertindak selaku penggempur ketika membantu Pulau Pinang menjuarai Piala Burnley pada 1965 sebelum ditukarkan sebagai bek kanan yang mana beliau mengutip pingat kemenangan Piala Malaysia

Selain mewakili Pulau Pinang dari tahun 1965 hingga 1975, beliau telah mewakili negara 115 kali. Kali terakhir beliau menyarung jersi kebangsaan adalah pada Kejohanan Ulangtahun Jakarta 1975.

Muncul juara Pestabola Merdeka dan memenangi pingat gangsa Sukan Asia di Teheran semuanya pada tahun yang sama iaitu 1974.

Selain penampilan yang tidak dapat dilupakan di Munich 1972, Pestabola Merdeka edisi 1974 di Ipoh telah membawa kenangan manis buat Dato’ Namat kerana beliau diberi penghormatan menjulang piala selaku kapten di sebalik ketiadaan Dato’ M. Chandran.

Buat julung kali dilantik sebagai kapten Harimau Malaya pada Pestabola Vietnam pada 1970, Dato’ Namat juga dikenang kerana penampilan beliau dan adik-adiknya, Shaharudin dan Ridzuan membintangi skuad Pulau Pinang pada 1970-an. Shaharudin turut mewakili negara ke Sukan Olimpik di Munich.

Dato’ Namat juga pernah menjulang Piala FAM bersama Penjara pada 1970, 1971 dan 1973.



Abdul Ghani Minhat
September 28, 2012 - Legenda bola sepak negara, Tan Sri Abdul Ghani Minhat meninggal dunia akibat komplikasi selepas pembedahan pintasan jantung di IJN pada kira-kira jam 10.34 pagi tadi.

Abdul Ghani begitu terkenal dengan gelaran Raja Bola Sepak meninggal pada usia 77 tahun. Allahyarham dilahirkan pada 23 Disember 1935 di Kampung Solok, Rantau, Negeri Sembilan.

Antara pencapaian Antarabangsa Abdul Ghani ialah juara Pestabola Merdeka 1958, 1959, 1960; pingat emas Sukan SEAP, 1961; pingat gangsa Sukan Asia 1962; tempat kedua Kejohanan Kelab Asia 1967 dan juara Piala Malaysia sebanyak 8 kali.

ACHIEVEMENTS (HIGHLIGHTS):
As Athlete
1952 - Represented the Police Depot in the Selangor League
1955 - Represented Selangor in the Malaya Cup
1956 - Champions of Malaya Cup (after 6 year draught)
1957 - Inaugural Merdeka Football Tournament [Champions (scored a goal from 40m)]
1959-60 - Merdeka Football Tournament [Champions]
1960 - Scored 34 goals in 9 matches (record)
1961 - SEAP Games [Gold medal]
1962 - Attachment with clubs in England and Germany
1968 - Malaysia Cup [Champions]



Anuar Abu Bakar
Tarikh Lahir: 28 April 1971
Tempat Lahir:
Posisi: Penyerang
1993-97 Selangor
1998-99 Johor
2000-2002: Kelantan
2002 Pulau Pinang

6 Mei 2019 Negara kehilangan seorang lagi legenda bola sepak apabila bekas pemain kebangsaan, Anuar Abu Bakar, menghembuskan nafas terakhir kira-kira 9.30 malam.

Allahyarham yang genap 48 tahun pada 28 April lepas, menghidap kanser hati tahap empat, telah disahkan meninggal dunia di Hospital Shah Alam, Selangor

Pemain kelahiran Muar, Johor yang beraksi dalam posisi tengah dan penyerang, pernah mewakili skuad Harimau Malaya antara 1993 hingga 1997 dalam kejohanan seperti Pestabola Merdeka (1995), Sukan SEA Thailand (1995) serta Kejohanan Piala Tiger di Singapura (1996).

Allahyarham yang terkenal di kancah Liga Malaysia dengan gelaran 'Supersub’ kerana kelincahannya menjaringkan gol pada minit-minit terakhir perlawanan yang mampu mengubah keputusan perlawanan pada era 90-an.

Beliau pernah membantu skuad ‘The Red Giants’ (Selangor) muncul juara Piala Malaysia, Piala FA dan Piala Sumbangsih, termasuk treble pada 1997 selain pernah bermain untuk pasukan Johor, Pulau Pinang, Kelantan dan MPPJ Selangor.

Anuar turut pernah menaruh bakti dalam bidang kejurulatihan apabila pernah berkhidmat sebagai jurulatih PKNS FC, T-Team dan pasukan Bawah-15 tahun Johor Darul Ta’zim selain menjadi penolong jurulatih Selangor.

Terakhir, beliau berkhidmat sebagai ketua jurulatih skuad Piala Presiden UiTM FC.

Mohd Sani Fahmi
Tarikh Lahir: 13 Ogos 1978
Tempat Lahir: Johor
Posisi: Penjaga Gol

1999-2000 Johor
2001 Kelantan

1997: Piala Dunia Remaja di Kuala Lumpur
1998-1999: Skuad Kebangssan

Tengku Hazman Raja Hassan
Tarikh Lahir: 6 Mac 1977
Tempat Lahir:
Posisi: Tengah

1996-1997: Skuad Olimpik Malaysia
1997: Piala Dunia Remaja di Kuala Lumpur (Kapten)

2000: Kelantan
2001: Selangor

Tuan Kamree Tuan Yahya
Tarikh Lahir: 28 Januari 1974
Tempat Lahir:
Posisi: Tengah

1992-1994: Piala Presiden Kelantan
1994: Skuad Olimpik Atlanta
1995 Kelantan
1996: Perak
1997-1998: Kelantan
1999: Negeri Sembilan
2000: Pahang/Kelantan
2001: Kelantan

Salim Mahmud
Tarikh Lahir: 27 Jun 1961
Tempat Lahir:
Posisi: Pertahanan dan Tengah
1976 Mewakili Malaysia ke kejohanan Sekolah-sekolah Asia di Singapura
1976~1980 Mewakili Kelantan untuk kejohanan Piala Razak dan Piala Rahman
1980 (19 tahun) Mewakili pasukan senior Kelantan bersama Rosli Hussein, Wan Affandi Yusoff dan Yasin Mohd Nor, Mohamad Nor Yaakob dan Anizan Daud
1981~1982 Terpilih menyertai pasukan Harimau Malaysia
1982-1991: Bermain bersama pasukan utama Malaysia
1982: Piala Ovaltine menentang Singapura bersama Soh Chin Aun, Dollah Salleh, Serbegeth Singh, Ibrahim Saad, Azizul Abu Hanifah, Ahmad Yusoff, Nasir Yusoff, Mohidin Husin, Hasan Sani dan Zulkifli Hamzah
1985 Mewakili Malaysia ke kejohanan Piala Presiden ke 15 di Seoul, Korea
1989 Mewakili Malaysia di Sukan SEA Kuala Lumpur pada tahun 1989 di mana kali terakhir Malaysia memungut pingat emas.

Dali Omar
Tarikh Lahir: 19 Mei 1946
Tempat Lahir: Bertam Baru, Kuala Krai, Kelantan
Posisi: Penyerang
1962: Kelantan
1963: Menjadi penjaring terbanyak dalam kejohanan Remaja Asia di Saigon
1963-1966: ATM
1963: ATM ke perlawanan akhir Piala Malaysia walaupun kecundang 0-1 kepada Selangor
1970: Kelantan
* Menjaringkan 21 dari 28 gol pasukan Kelantan dalam kempen Piala Malaysia
* Menjaringkan empat dari lapan gol ketika membelasah Singapura di separuh akhir Piala Malaysia 1970
* Membantu Kelantan ke perlawanan akhir Piala Malaysia 1970 walaupun tewas 0-2 kepada Perak
1972: Bermain di Azzuri, Australia


Ong Yu Tiang
Posisi: Penjaga Gol
Meninggal: 15 Dis 2003 (leukaemia)
Sebgai Pemain:
Terengganu (1976-1979),
Selangor (1980-1984 dan 1990)
PDRM (1993)

Johan Piala Malaysia: Selangor (1981 dan 1982
Johan Liga: Pahang (1987) dan Selangor (1991)

Isa Bakar Meninggal Dunia
28 Ogos 2010 - GEORGE TOWN (mstar): Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Isa Bakar, 58, meninggal dunia pada pukul 10.15 pagi tadi di Hospital George Town, Pulau Pinang.

Allahyarham telah dimasukkan ke hospital sejak semalam selepas mengalami batuk berdarah.

Isa dan Allahyarham abangnya, Ali mewakili negara sementara adiknya Omar menjadi pemain Pulau Pinang.

Pada era kegemilangannya, Allahyarham bertindak sebagai pemain penyerang yang berbisa ketika berpasangan dengan pemain legenda, Mokhtar Dahari.

Bukan itu sahaja, pasukan negara ketika itu turut dikuatkan dengan ketangkasan penjaga gol, R. Arumugam, pemain pertahanan, Santokh Singh dan Soh Chin Aun serta pemain tengah, Reduan Abdullah dan Shukor Salleh yang melengkapkan era kegemilangan bola sepak negara pada tahun 1970 an.

Isa pernah bermain untuk pasukan Malayawata ketika zaman remaja dan selepas itu beliau menyertai pasukan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang dan Telekom Utara.



Arthur Koh Meninggal Dunia
29 April 2010 - Bekas pemain kebangsaan Arthur Koh meninggal pada usia 74 tahun pada 26 April 2010 (Isnin)

Beliau adalah adalah salah seorang penyerang utama pada 1950an dan 1960an dan dikenali sebagai pakar tandukan dalam situasi bola tinggi. Salah seorang pemain utama kebangsaan yang berjaya memenangi kejuaraan di Asia. termasuk di Sukan SEAP dan Pestabola Merdeka.

Dia bermain bersama-sama legenda bola sepak Abdul Ghani Minhat dalam menerajui Selangor untuk menjuarai Piala Malaya-Malaysia pada tahun 1961, 1962, 1963 dan 1966. Pemain lain sezaman dengan beliau adalah Sexton Louis, Abdul Ghani Minhat, Abdullah Noordin, Stanley Gabrielle, Ng Boon Bee.

Pada era beliau pasukan kebangsaan kerap memasuki perlawanan akhir Pestabola Merdeka, yang ketika itu boleh dianggap sebagai kejuaraan Asia secara tidak rasmi untuk bertemu pasukan Korea.



Kenangan abadi ‘SuperMokh’
Sumber - Harian Metro

Allayarham Mokhtar tiada galang ganti, hanya memori indah jadi penyeri dan pengubat rindu

TANGGAL 11 Julai 1991 pasti diingati setiap peminat bola sepak tempatan, ia adalah tarikh negara kehilangan seorang pemain bola sepak terbaik yang pernah dilahirkan, iaitu Allahyarham Mokhtar Dahari atau lebih terkenal dengan nama “SuperMokh”.

Kini sudah 17 tahun pemergian Mokhtar akibat penyakit Mascular Dystrophy (MD), namun pepatah bahawa patah tumbuh hilang berganti yang sering digunakan tidak dapat disamakan dengan Mokhtar - sehingga ke hari ini tiada penyerang tempatan yang setanding dengan kelibat beliau dapat dihasilkan.

Mokhtar dilahirkan pada 13 November 1953 di Setapak, Kuala Lumpur dan bakat awalnya tersemai sejak di bangku sekolah lagi, di Sekolah Menengah Victoria (VI) potensi awalnya dalam bola sepak mula dikesan dan mendapat perhatian sehingga mewakili skuad Piala Burnley Selangor pada tahun 1971.

Selepas meninggalkan alam persekolahan, Mokhtar mula mewakili Selangor dalam saingan Piala Malaysia ketika berusia 19 tahun pada tahun 1972 hingga tahun 1986.

Dalam tempoh itu, Mokhtar membantu Selangor memenangi 10 kejuaraan Piala Malaysia, dan dua kali membantu pasukan negeri kelahirannya muncul naib juara pada tahun 1980 dan 1983.

Kali pertama kelibat Mokhtar dapat disaksikan pada perlawanan akhir Piala Malaysia ialah pada tahun 1972, Selangor menewaskan Perak 3-0 dan Mokhtar turut menjaringkan satu gol pada perlawanan itu.

Mokhtar mula mewakili negara pada tahun 1972 hingga 1985, dalam tempoh itu Mokhtar keluar daripada persaraan sebanyak tiga kali demi menyahut seruan membantu skuad negara.

Pestabola Merdeka adalah kejohanan yang banyak melonjakkan nama Mokhtar di peringkat antarabangsa, penampilan pertamanya di kejohanan itu ialah pada tahun 1973, skuad negara muncul juara menewaskan Maghribi 3-1 dan Mokhtar turut menjaringkan satu gol.

Penyerang legenda negara itu turut beraksi cemerlang pada perlawanan persahabatan bertemu Arsenal, pada tahun 1975 apabila menjaringkan dua gol menewaskan kelab gergasi Inggeris itu 2-0.

Ketika berusia 23 tahun, Mokhtar diiktiraf sebagai penyerang terbaik Asia oleh majalah World Soccer dan turut dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan pada tahun 1976.

Pada tahun 1978, Mokhtar berjaya menjaringkan gol penyamaan ketika Malaysia seri 1-1 dengan England B yang dilatih Sir Bobby Robson ketika itu, aksi Mokhtar dan skuad negara ketika itu turut mendapat pujian Robson.

Ketika kariernya sudah sampai ke penghujung, Mokhtar masih menampilkan ciri-ciri pemain hebat walaupun kudratnya tidak segagah dulu. Kali terakhir Mokhtar dipanggil mewakili negara ialah pada Pusingan Kelayakan Piala Dunia 1985 di Seoul, Korea Selatan namun skuad negara tewas 0-2..

Kali terakhir Mokhtar mewakili Selangor ialah pada tahun 1986 ketika berusia 33 tahun, namun faktor usia tidak menghalangnya membantu Selangor menjulang Piala Malaysia buat kali ke-26 dan juga diumum pemain terbaik perlawanan akhir.

Namun, Mokhtar menarik balik persaraannya di peringkat negeri dan mewakili Selangor semusim lagi pada tahun 1987 selaku jurulatih merangkap pemain.

Ketika menjadi jurulatih dan selepas pertama kali didedahkan beliau mengidap penyakit MND itu, tidak menghalang Mokhtar untuk terus menabur khidmatnya. Malah, ketika berkerusi roda, beliau masih bersama anak buahnya di padang dan stadium memberi tunjuk ajar.

Namun, ajal dan maut, Allah yang menentukan dan pada jam 8.25 pagi, Khamis, 11 Julai 1991, Mokhtar meninggalkan peminat buat selama-lamanya pada usia 38 tahun.

Data
Mokhtar Dahari
Jolokan:SuperMokh
Tarikh Lahir:13 Nov 1953
Tempat Lahir: Setapak
Bapa:Dahari Abeng
Karier
Kelab:Kelab Sultan Sulaiman (KSS), Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Talasco, Kwong Yik Bank
Mula Wakili Selangor:Piala Burnley 1971
Piala Malaysia:Wakili Selangor 1972
Mula Wakili Negara: Pestabola Merdeka 1972
Kali Terakhir Wakili Negara: Pra-Piala Dunia menentang Korea Selatan di Seoul 1985
Jumlah Perlawanan untuk negara:167
Gol Piala Malaysia:177
Gol Antarabangsa: 125
Jaringan Terbaik: Gol penyamaan menentang England B pada 1978
Pencapaian:Membantu Selangor memenangi Piala Malaysia 10 kali. Menang pingat gangsa Sukan Asia 1974 di Teheran
Anugerah: Olahragawan Kebangsaan 1976

R. Arumugam
Bekas penjaga gol legenda Malaysia, mendiang Datuk R Arumugam menghembuskan nafas terakhir selepas terbabit dalam nahas jalan raya di Lebuhraya Persekutuan berhampiran Petaling Jaya, pada 18 Disember 1988.

Arumugam atau popular dengan gelaran 'Spiderman' meninggal dunia di tempat kejadian pada usia 35 tahun selepas kereta Ford Telstar TX5 dipandunya hilang kawalan dan terbalik.

Ketika itu, mendiang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Pandamaran, Klang, Selangor pada 18 Disember 1988.

Profil: Arumugam Rengasamy

Tarikh lahir 31 Januari 1953

Tempat lahir: Pelabuhan Klang, Selangor, Malaysia

Tarikh kematian 18 Disember 1988 (umur 35)

Posisi: Penjaga Gol

Kerjaya: 1971-1988

Jumlah penampilan bersama Skuad Harimau Malaya: 196 kaps

Jumlah penampilan bersama Selangor: 394 kaps

INFO:

•Bakat Arumugam mula terserlah bersama Selangor dalam Piala Remaja Burnley 1971
•Wakili Selangor ke Piala Malaysia pada 1972 hingga 1988, menang 8 kali Piala Malaysia.
•Sarung jersi kebangsaan mulai 1973 ketika kempen kelayakan Piala Dunia di Korea Selatan
•Bantu Harimau Malaya muncul juara Pestabola Merdeka 1973, 1974, 1976, dan 1979
•Wakili Malaysia di Sukan SEA pada 1973, 1975, 1977, 1979, 1981, 1983 dan 1985.
•Kejayaan terbesar bersama skuad kebangsaan - pingat gangsa Sukan Asia 1974 di Teheran, Iran
•Bantu Malaysia layak ke Olimpik Moscow 1980.
Kehebatannya menarik perhatian Kelab Bola Sepak Seiko, Hong Kong pada 1973 dan Young Boys of Berne, Switzerland, pada tahun 1981, namun menolaknya tawaran menjadi pemain profesional atas alasan tertentu.

Tiada ulasan: