Khamis, September 22, 2011

Cardiff City/QPR

Ranking bola: Safee hadapi masalah dapat permit
Sep 22, 2011
Isu yang dihadapi penyerang Safee Sali berhubung permit kerja untuk bermain di kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) City dikatakan berpunca daripada tindakan kelab itu yang tidak merujuk isu berkenaan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, FAM sedar isu berkenaan akan timbul sekiranya Safee yang kini menjalani latihan selama dua minggu bersama Cardiff City berhasrat untuk terus menyarung jersi kelab tersebut.

Menurutnya, pemilik Cardiff City dari Malaysia, Datuk Chan Tien Ghee perlu bertanggungjawab mengenai isu permit kerja Safee selepas pihak imigresen di United Kingdom enggan mengeluarkan permit tersebut kepada pemain itu.

"Isu ini sepatutnya dijawab sendiri oleh pemilik Cardiff City.

"Cardiff City tidak merujuk dengan sekretariat FAM berhubung isu tersebut sehingga saat-saat terakhir sebelum pemain itu berlepas ke London (pada 11 September lepas),” katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama hari ini.

Penyerang sensasi Malaysia itu kini dikatakan menghadapi masalah mendapatkan permit kerja untuk bermain dengan Cardiff City berikutan pihak imigresen di United Kingdom mensyaratkan pemain yang mahu bermain dengan kelab di negara itu mestilah datangnya dari negara di ranking 70 terbaik dunia.

Malaysia kini berada di ranking ke-146 dunia.

- Bernama

Safee Sali Jalani Ujian Percubaan Bersama Cardiff City
Sept 8, 2011 - Penyerang negara Safee Sali di laporkan akan menghadiri latihan uijian percubaan bersama kelab Liga Kejuaraan Inggeris Cardiff City selama dua minggu mulai September 12-27, 2011.

Pengurus peribadi Safee, Zakari Rahim di laporkan berkata "Safee akan menjalani latihan bersama pasukan utama Cardiff City di bawah pengawasan pengurus pasukan, Malky Mackay."

Jika Safee berjaya dalam ujian itu, dia berpeluang bermain terus secara pinjaman dengan tidak perlu menunggu jendela perpindahan Januari 2012 di buka nanti.

Safiq Rahim Ke Cardiff City Untuk Ujian Pemilihan
Ogos 26, 2011 -Kapten Malaysia Safiq Rahim (24 tahun) akan menjalani ujicuba pemilihan dengan kelab Cardiff City sebaik sahaja selesai Piala Malaysia bulan Oktober nanti.

Ini terhasil apabila perbincangan antara pengerusi Cardiff City, Datuk Chan Tien Ghee dan Safiq hari ini. Ianya telah disahkan bahawa Safiq akan menjalani ujicuba pemilihan itu selama tiga minggu dengan pasukan utama kelab itu sebaik sahaja kempen Piala Malaysia Selangor tamat.

Surat jemputan akan dihantar kepada Safiq dan akan mengatur segala persiapan Safiq ketika di Cardiff nanti, menurut Datuk Chan lagi.

Info Pemain
Nama: Mohd Safiq Bin Rahim
Tarikh Lahir: 5 Julai, 1987 (24 tahun)
Ketinggian: 1.67m
Posisi: Tengah
Pasukan: Selangor

Info Kelab
Nama Penuh: Cardiff City Football Club
Nama Gelaran: The Bluebirds
Ditubuhkan: 1899
Padang: Cardiff City Stadium (Kapasiti 26,828)
Alamat: Cardiff City Football Club, Cardiff City Stadium, Leckwith Road, Cardiff CF11 8AZ
Liga The Championship (Liga Divisyen Dua England)

Tony Fernandes Ambil Alih QPR
Ogos 18, 2011 - Taikun perniagaan Malaysia Tony Fernandes telah menyempurnakan pengambilahan kelab Liga Perdana Inggeris Queens Park Rangers.

Melalui kumpulan Tune Group, Fernandes telah membeli pegangan majoriti kelab QPR, dengan membeli saham majoriti dari pemegang saham terdahulu iaitu Flavio Briatore dan Bernie Ecclestone.

Pengasas Air Asia berusia 47 tahun itu, yang juga prinsipal pasukan Formula Satu Team Lotus dan rakan kongsinya, telah menguasai saham sebanyak 66% dan akan berkerja bersama-sana Keluaraga Mittal, yang mengekalkan pegangan saham 33% mereka

Nama Penuh: Queens Park Rangers Football Club
Nama Gelaran: QPR, The Hoops, Rangers
Ditubuhkan: 1882
Gelanggang: Lotus Road (Kapasiti: 18,360)

Vincent Tan Tambah Lagi Dana Buat Cardiff City
Okt 20, 2010 - Pemilik kelab Liga Kejuaraan Cardiff City dari Malaysia, Tan Sri Vincent Tan semakin membabitkan dirinya dalam urusan kelab Cardiff City. Kelab itu bercadang menambah tiga lagi pengarah - yang mana dilihat lebih kearah pengaruh Timur Jauh.

Kelab itu yang berada di kedudukan kedua Liga kejuaraan Inggeris dilaporkan akan menambah lebih banyak dana ke kelab itu, manakala rakan niaganya Dato Chan Tien Ghee telah berada di barisan hadapan dan menjadi pengerusi kelab.

Sehingga ini beliau telah melabur lebih dari £10juta kedalam kelab itu dan mungkin akan bertambah lagi.

Anak lelaki beliau Eugene, juga adalah pengarah Bluebirds dan sekarang pelaburan tambahan nampak semakin pasti.

Ini mungkin membabitkan terbitan saham baru dan lebih dana ke dalam kelab, memberikan pengurus Dave Jones wangtunai untuk mengukuhkan skuadnya kembali ketika jendela perpindahan Januari nanti.

Vincent Tan bersungguh untuk memastikan pelaburannya di dalam Bluebirds berakhir dengan kenaikan ke Liga Perdana Inggeris.

PosChampionship LeaguePMSKJBPGMata
1QPR128402432128
2Cardiff City1282221111026
3Watford126332516921
4Burnley1255221111020
5Norwich City126241815320
6Swansea City126241512320

Sumber: walesonline

Tiada ulasan: