Selasa, Julai 02, 2013

Kredibiliti Bojan Hodak mampu mengisi jawatan ketua jurulatih Harimau Malaya

Penulis: Zulkarnain Nordin (joeandzul @yahoo.com)

Nama : Bojan Hodak
Negara : Croatia
Kelab Dibimbing 2013 : Kelantan

Profil Kejayaan :
  • Memiliki Lesen Kelas A Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA)
  • Pernah dilantik menjadi ketua jurulatih bagi kelab My Team untuk musim pertama dan kedua iaitu hasil daripada program realiti tv pencarian pemain bola sepak bukan profesional di seluruh Malaysia
  • Pernah menjadi ketua jurulatih UPB-My Team (2006-2009)
  • Membawa pasukan UPB-My Team layak ke suku akhir Piala Malaysia tahun 2008 buat kali pertama
  • Membimbing UPB-My Team sehingga bergelar naib juara Liga Perdana Malaysia musim 2006/2007
  • Berjaya membawa pasukan kelab UPB-My Team ke kancah Liga Super Malaysia pada musim 2007/2008 buat pertama kali dalam sejarah kelab tersebut
  • Pernah menjadi ketua jurulatih kelab Kemboja Phnom Penh Crown FC (2010-2011) sekaligus membawa pasukan ini bergelar juara Liga Kemboja
  • Membimbing pasukan Phnom Penh Crown FC sehingga layak ke pusingan akhir Piala Presiden AFC untuk kali pertama dalam sejarah bola sepak Kemboja
  • Penolong jurulatih kelab China iaitu Shandong Luneng Taishan FC dan kelab ini muncul naib juara Piala FA di China
  • Berpengalaman luas sebagai pemain bola sepak di Crotia,Singapura dan Hong Kong selama 11 tahun selain menjadi jurulatih beberapa kelab di rantau Asia Tenggara
  • Pernah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Akademi Al-Hamra The Red Warriors(ARMY) di Kelantan
  • Membimbing Kelantan sehingga merangkul kejuaraan: treble pada musim 2012 iaitu juara Liga Super, Juara Piala FA dan Juara Piala Malaysia
  • Membawa Kelantan layak ke suku akhir Piala AFC 2012
  • Membimbing Kelantan sehingga berjaya mempertahankan Piala FA 2013 buat kali kedua berturut-turut
  • Berjaya menghasilkan pemain-pemain seperti Norshahrul Idlan Talaha, Shakir Shaari, Syed Adney Syed Hussein, Bunyamin Omar, Stanley Samuel, Azmi Muslim dan Azamuddin Akil

Harapan Penulis :
Jika pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ingin mencari jurulatih asing bagi membimbing skuad kebangsaan Malaysia, Bojan Hodak adalah salah seorang calon yang paling sesuai untuk jawatan tersebut. Beliau yang sudah lama menetap di Malaysia ditambah pula isterinya menetap di negara ini, maka sudah tentu beliau sudah masak dengan perkembangan bola sepak Malaysia. Lihat sahajalah rentetan kejayaan beliau bersama pasukan yang pernah dilatih oleh Bojan Hodak.

Nota: Penulisan ini tidak melambangkan pandangan atau pendapat blog malaysiafootball.

Tiada ulasan: