Rabu, Mei 20, 2015

Rombakan Kejohanan AFC


AFC MA Ranking as at 3 November 2014

AFC MA
Rank
MAClub Points
(Max 70)
NT Points
(Max 30)
TOTAL POINTS
(Max 100)
1KOREA REPUBLIC68.29426.57194.866
2SAUDI ARABIA70.00018.26888.268
3I.R IRAN50.79430.00080.794
4JAPAN47.16129.94677.107
5UZBEKISTAN35.59326.67962.272
6AUSTRALIA38.70819.23257.940
7UNITED ARAB EMIRATES35.66722.12557.792
8CHINA P.R37.89219.76857.660
9QATAR36.33519.76856.103
10IRAQ26.05221.05447.106
11KUWAIT31.44113.98245.423
12JORDAN21.05923.25044.309
13THAILAND27.5855.46433.049
14OMAN9.64020.94630.586
15VIETNAM16.61011.14327.753
16BAHRAIN9.04716.50025.547
17LEBANON11.86413.17925.043
18INDONESIA18.0936.91125.004
19SYRIAN ARAB REPUBLIC14.6338.25022.883
20HONG KONG14.2375.83920.077
21MYANMAR7.86011.08918.949
22MALAYSIA10.9757.17918.153
23INDIA10.3816.37516.756
24SINGAPORE9.9366.16116.097
25PALESTINE0.00015.91115.911
26MALDIVES6.0819.80415.884
27PHILIPPINES0.00012.26812.268
28TAJIKISTAN0.29711.46411.761
29AFGHANISTAN0.00011.46411.464
30TURKMENISTAN0.00010.55410.554
31KOREA DPR0.0009.0009.000
32KYRGYZSTAN0.2978.4648.761
33LAOS0.0007.5547.554
34GUAM0.0005.9465.946
35YEMEN1.9283.3215.249
36SRI LANKA0.0004.0714.071
37BANGLADESH0.0003.6433.643
38NEPAL0.0003.2683.268
39PAKISTAN0.0002.7322.732
39TIMOR LESTE0.0002.7322.732
41MACAU0.0002.6252.625
42CAMBODIA0.0002.4642.464
43CHINESE TAIPEI0.0002.0892.089
44MONGOLIA0.0001.5541.554
45BRUNEI DARUSSALAM0.0000.8040.804
46BHUTAN0.0000.0000.000

Diterbitkan pada 25 Januari 2014 dari laman AFC.

Muscat: Jawatankuasa Pertandingan AFC telah membuat keputusan untuk merombak pertandingan pasukan kebangsaan konfederasi asia bagi memberi peluang lebih banyak perlawanan antarabangsa.

Jawatankuasa, yang bermesyuarat ketika Kejohanan AFC Bawah-22 Tahun pada hari Sabtu, juga membuat keputusan untuk memudahkan kriteria penilaian untuk penyertaan didalam kejohanan kelab AFC.

Dibawah format baru, acara kemuncak Asia - Piala Asia AFC - akan mempunyai 24 pasukan pada kejohanan sebenar berbanding dengan 16 sekarang ini. Piala Cabaran Asia (AFC Challenge Cup) 2014 yang akan diadakan di Maldives pada Mei 2014, adalah edisi terakhir kejohanan ini.

Untuk lebih lanjut, pusingan kelayakan untuk Piala Dunia FIFA dan kelayakan Piala Asia AFC akan di gabungkan untuk pusingan awal. Bergantung kepada jumlah penyertaan, Ahli Persatuan akan di bahagikan kepada lapan kumpulan selepas peringkat awal. Lapan juara kumpulan dan empat pasukan terbaik di tangga kedua akan layak ke Piala Dunia FIFA pusingan akhir peringkat kelayakan dan juga kejohanan akhir Piala Asia AFC. Pada masa sekarang, hanya sepuluh pasukan yang bertarung di pusingan akhir kelayakan Piala Dunia FIFA.

Pasukan di tangga kedua dan ketiga dari pusingan kelayakan awal (24 pasukan) akan bersaing untuk baki tempat (slot) yang ada pada kejohanan akhir Piala Asia AFC dalam enam kumpulan yang terdiri dari masing-masing empat pasukan.

Pusingan akhir kelayakan Piala Dunia FIFA dan kelayakan Piala Asia AFC akan di asingkan.

Disebabkan bertambahnya minat Ahli Persatuan untuk menyertai kejohanan kelab AFC peringkat seterusnya, kriteria penilaian telah dipermudahkan.

Jawatankuasa memutuskan kedudukan (ranking) Ahli Persatuan berdasarkan kepada prestasi pasukan kebangsaan dan kelab untuk empat tahun lepas dalam kejohanan AFC. Tiga puluh peratus mata akan di peruntukkan untuk prestasi pasukan kebangsaan manakala tujuh puluh peratus lagi untuk prestasi kelab

Selepas pengesahan kedudukan (ranking) pasukan, Ahli Persatuan di tangga 1-24 akan layak menerima slot secara langsung pada Liga Juara-Juara Asia. Selain dari di kedudukan 24 teratas, Ahli Persatuan mesti memenuhi kriteria pelesenan kelab, mempunyai program integriti didalam Ahli Persatuan, organisasi liga professional dan tadbir urus, kemudahan (fasiliti) yang diperlukan dalam peraturan dan sistem sokongan yang kukuh untuk tujuan logistik.

Ahli Persatuan di tangga ke 25 hingga 32 akan layak untuk menyertai peringkat kumpulan Piala AFC manakala Ahli Persatuan di tangga ke 33 hingga 47 akan diberi peluang untuk bermain pada peringkat playoff Piala AFC.

Penilaian akan di buat pada 2014 dan diguna pakai untuk 2015 dan 2016 manakala penilaian pada 2016 akan di guna pakai untuk 2017 hingga 2020.

Keputusan jawatankuasa ini perlu disahkan oleh Jawatankuasa Eksekutif AFC untuk dikuatkuasakan.

Tiada ulasan: