Ahad, Januari 31, 2016

Liga Malaysia 2016

<

ATM
The Gladiators

Head Coach: Azhar Abdullah

PENJAGA GOL
Shahrizan Syafiq Adzman, Safril Hafizzie Safari, Mohamad Hafizuddin Azuhar

PERTAHANAN
Shukri Mat Hamidi, Zabeel Mat Noor, Shahidan Moen, Iqbal Shah Taufik, Zamri Yusof, Raja Mohd Ridzuwan Effendy Raja Kamaruddin

TENGAH
Faizul Azlie Saad, Faiz Ibrahim, Azim Faris Shari, Taufik Mat Radi, Megat Hasliq Fitri Hasni, Mohd Rafizol Roslan, Aifaa Mat Baliya, Hanafi Azizan, Venice Elphi, Badrul Hisham Mohd Suffian

PENYERANG
Zainal Jakaria, Zaironi Yusof, Izzat Zaini

DRB-HICOM FC
D'gReat Bees

Head Coach: Chong Yee Fatt

Stadium Proton, Tanjung Malim

PENJAGA GOL
Mohd Hafidz Romli, Mohd Hafiz Abu Bakar, Mohd Jibrail Kamaron Baharin

PERTAHANAN
Mohamad Hamirul Hakim Mohamad Akher, Nasrullah Haniff Johan, K. Shathiya, Abdullah Yusoff (kapten), Mohd Faizal Mansor, B. Sanjef Dinesh, Godiwn Antwi Birago (Ghana).

TENGAH
A. Puvanarajah, Muhammad Nazri Mohd Kamal, Hairil Irwan Jamaludin, Kim Jin Ryong (Korea Selatan), Muhammad Zikry Kamaruzaman, Ashadi MohdYusoff, Muhamad Azmi Hamzah, Mohamad Khairul Asyraf Ramli, M. Yoganathan, Muhammad Daniel Azeem Mohd Fauzi.

PENYERANG
Ivan Babic (Croatia), Mohd Arip Amiruddin, Philip Lund (Denmark), Muhammad Fakrul Aiman Sidid, Mohamad Hakimi Isa.

JOHOR DARUL TA'ZIM II
The Southern Tigers (Harimau Selatan)

Head Coach: Benjamin Mora

Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang

PENJAGA GOL
Samuel Somerville, Mohd Fazli Paat, Muhammad Al-Hafiz Hamzah

PERTAHANAN
Curran Ferns, Nicholas Swirad, Amirul Ikmal Hafiz,Hafiy Haikal Ismail, Dominic Tan, Mohd Fandi Othman, Mohd Alif Mohd Yusof, Mohd Irfan Abdul Ghani, Baihakki Khaizan (Singapore), Che Rashid Che Ismail, Muhammad Tuah Iskandar Jamaluddin

TENGAH
Shazalee Ramlee, Yazid Zaini, Nurul Azwan Roya, Ramzi Haziq Mohamad, Mohd Afiq Fazail, Hasbullah Abu Bakar, Mohd Faizol Hussien, Mohd Irfan Fazail

PENYERANG
Stuart Wark, Paulo Rangel (Brazil), Shahril Ishak (Singapore), Muhammad Akmal Ishak, Shafiq Shaharudin, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak

KUALA LUMPUR
The Hawks

Head Coach: Ismail Zakaria

Stadium Majlis Perbandaran Selayang

PERTAHANAN
Syamim Ramli, Norhadi Ubaidollah, Badrulzaman Abdul Halim, Mohd Soffuan Tawil

PERTAHANAN
Zaiful Abdul Hakim, Leonardo Moreira de Carvalho atau Leo Carioca (Brazil), Naufal Naim Tony Rosdin, Nik Zul Aziz Nawawi, Helmi Remeli,, Ahmad Azlan Zainal (Kapten), Mohd Fadhli Mohd Hashim

TENGAH
Irfan Zakaria, Hafiz Johar, Na'im Nazmi Zainudin, Zhafri Yahya, Rashid Aya,Hardee Shamsuri, Muhammad Nurikhwan Mohd Ismail, Modibo Konté (Mali), Mohd Rosdi Zakaria, Abdul Halim Zainal, Fahrul Razi Kamaruddin, Isma Alif Mohd Salim, Azidan Sarudin, Mario Karlović (Australia), Shoufiq Kusaini

PENYERANG
Anselmo Arruda Da Silva atau Casagrande (Brazil), Arif Anwar, Thamil Arasu Ambumamee

Piala Sumbangsih/Liga Super 2016 bermula pada 13 Februari 2016.
Perlawanan Liga Premier 2016 bermula pada 12 Februari 2016.

Liga Super 2016
1. Johor Darul Ta'zim
2. Selangor
3. Pahang
4. Terengganu
5. Felda United FC
6. PDRM
7. Perak
8. Kelantan
9. Sarawak
10. Kedah (Juara Liga Premier 2015)
11. Pulau Pinang (Naib Juara Liga Premier 2015)
12. ATM/T-Team (pemenang playoff ke Liga Super 2016 menggantikan Lions XII)

Liga Premier 2016
1. ATM/T-Team (kalah playoff ke Liga Premier 2016)
2. Sime Darby FC
3. PKNS FC
4. Johor Darul Ta'zim II
5. Negeri Sembilan
6. Sabah
7. UiTM FC
8. Kuantan FA
9. DRB Hicom FC
10. Kuala Lumpur
11. Melaka (Juara Liga FAM 2015)
12. Perlis (Naib Juara FAM 2015)

Perlawanan playoff ke Liga Super 2016
30 Januari 2016 (Sabtu): ATM 1-2 T-Team FC (Std Perak, Ipoh)
*T-Team FC layak Liga Super 2016.
*ATM ke Liga Premier 2016.

Pahang Hilang Enam Mata Liga Super 2015

24 November 2015 - Berikut beberapa ketetapan dibuat pada mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM kali keenam bagi sesi 2014-2018 di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur, malam tadi seperti dinyatakan Timbalan Presiden FAM,Dato' Sri Afandi Hamzah pada sidang media sejurus mesyuarat itu berakhir.

1. Jawatankuasa Eksekutif FAM memutuskan bahawa memorandum persefahaman (MoU) ditandatangani antara FAM dan Persatuan Bolasepak Singapura (FAS) pada tahun 2011 yang berakhir pada tahun ini tidak akan dilanjutkan.

Ini bermakna, pasukan jemputan dari Singapura iaitu Lions XII tidak akan lagi beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) mulai musim 2016.

2. Bagi mengisi satu kekosongan tempat ditinggalkan Lions XII dalam saingan Liga Super 2016, satu perlawanan playoff akan diadakan antara pasukan tempat ke-11 Liga Super 2015, ATM menentang pasukan tempat ke-3 Liga Premier 2015, T-Team.

Perlawanan playoff ini akan diadakan hanya satu perlawanan saja yang mana venue dan tarikhnya akan ditetapkan oleh Football Malaysia LLP (FMLLP) dalam masa terdekat.

3. ATM dan T-Team sepatutnya akan beraksi dalam Liga Premier 2016. Namun apabila salah satu pasukan itu perlu menggantikan Lions XII dalam Liga Super 2016, maka satu kekosongan slot dalam Liga Premier 2016 akan diisi oleh Kuala Lumpur yang pada asalnya telah turun ke Liga FAM 2016 kerana menduduki tangga kedua tercorot Liga Premier 2015.

4. Dua opsyen tarikh sepak mula Liga-M 2016 iaitu sama ada pertengahan Januari 2016 atau pada Februari 2016 akan ditetapkan selepas kedua-dua opsyen itu dibentangkan pada satu bengkel khas melibatkan pasukan-pasukan bertanding dalam masa terdekat ini bagi mengambil kira pandangan semua pihak.

5. Jawatankuasa Pasukan Petugas FAM telah mencadangkan program Harimau Muda tidak lagi diteruskan dan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM malam tadi bersetuju dengan cadangan berkenaan.

Para pemain Harimau Muda B dan Harimau Muda C akan dikembalikan ke negeri masing-masing.

Namun memandangkan Malaysia bakal menjadi tuan rumah Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur, satu pasukan projek khas dinamakan Projek Sukan SEA 2017 akan dikumpulkan tetapi ia hanya untuk persiapan menghadapi Sukan SEA 2017 yang melibatkan pemain bawah 23 tahun.

6. Bagi jawatan ketua jurulatih B-23 negara yang akan mengendalikan skuad Projek Sukan SEA 2017 itu, tiga calon akhir telah disenarai pendek dan panel pemilihan akan menemuduga mereka pada minggu hadapan sebelum Jawatankuasa Pasukan Petugas FAM mengumumkannya segera tanpa perlu menunggu mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM berikutnya.

7. Datuk Ong Kim Swee akan kekal sebagai ketua jurulatih sementara skuad kebangsaan sehingga pemilihan ketua jurulatih tetap skuad kebangsaan dibuat pada penghujung Disember 2015 atau awal Januari 2016.

8. Pecahan peratusan pengagihan hasil perolehan Liga Malaysia (Liga-M) mulai musim 2016 kepada pasukan-pasukan bertanding akan diberikan sekurang-kurangnya 40 peratus, peningkatan sebanyak 10 peratus berbanding 30 peratus seperti yang dicadangkan sebelum ini.

9. Status Pahang sebagai naib juara Liga Super 2015 telah dilucutkan kerana Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) baru saja menghantar surat mengarahkan FAM untuk memotong enam mata Pahang dalam saingan liga domestik musim ini.

Ia disebabkan kelewatan Pahang dalam proses menyelesaikan masalah gaji dan pampasan oleh bekas pemain importnya pada musim 2013, Mohamed Borji.

Dengan itu, Pahang kini jatuh ke tempat ketiga dan Selangor pula naik ke tempat kedua Liga Super 2015 di belakang Johor Darul Ta'zim (JDT).

10. Selangor akan menjadi wakil Malaysia ke saingan Piala AFC 2016 bersama-sama JDT. FAM akan memaklumkan perkara ini kepada pihak AFC untuk mencalonkan Selangor sebagai pasukan yang menggantikan tempat Pahang menerusi slot selaku naib juara Liga Super.

JENDELA PERPINDAHAN PEMAIN TAHUN 2016
11 November 2015
Lembaga Pengarah Football Malaysia LLP telah memutuskan tarikh Tempoh Pendaftaran Pemain bagi Liga Super dan Liga Premier 2016 selaras dengan ketetapan FIFA Regulations on the Status and Transfers of Players.

Tempoh Jendela Perpindahan Pemain bagi Liga Super dan Liga Premier 2016 adalah seperti berikut:
TEMPOH PEMAIN TEMPATANTEMPOH PEMAIN ASING
Pendaftaran Pertama
23 November 2015 – 14 Februari 2016
Jam 12.00 tengahari
23 November 2015 – 14 Februari 2016
Jam 11.59 malam
Pendaftaran Kedua
20 Jun – 15 Julai 2016
Jam 12.00 tengahari
20 Jun – 15 Julai 2016
Jam 11.59 malam

Tiada ulasan: