Rabu, Disember 07, 2016

Liga Malaysia 2017


Piala Sumbangsih 2017
20 Januari 2017: Johor Darul Ta'zim mln Kedah (Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, Larkin)

Liga Premier 2017 bermula pada 20 Januari 2017

Liga Super 2017 bermula pada 21 Januari 2017

7 Disember 2016 - Kelab Bolasepak PKNS (PKNS FC) memaklumkan kelab itu telah menjadi ahli gabungan Persatuan Bolasepak Melayu Selangor berkuatkuasa pada 6 Disember 2016. PKNS FC dengan itu mengesahkan penyertaan kelab itu dalam Liga Super 2017.

Kelab itu keluar dari Persatuan Bolasepak Selangor (FA Selangor) selepas konflik berlaku akibat pengesahan kelab itu dalam Liga Super 2017 tanpa sokongan FA Selangor.

6 Disember 2016 - AirAsia FC pasukan yang bermain di Piala FAM 2017 mengumumkan penukaran mana kepada kepada Petaling Jaya Rangers FC

AirAsia FC
Ditubuhkan pada 2011 mula bermain di Liga Super Selangor.

2015 - Bermain di Piala FAM (tempat ke 7)

2016 - Separuh Akhir Piala FAM.

2 Disember 2016 - Kelab Bolasepak DRB-HICOM (DRB-HICOM FC) telah menarik diri daripada menyertai Liga Premier 2017.

DRB-HICOM FC
Nama Gelaran: The Great Bees.

Ditubuhkan : 2008 sebagai Po Malaysia FC dalam Liga Perdana Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA)

2009 - Juara Piala FAM

2010 - Bermain di Liga Premier Malaysia

1 Disember 2016 -  Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menggantikan KL DRB-Hicom FC yang menarik diri dari Liga Premier 2017. ATM berada di kedudukan ke 11 pada Liga Premier 2016.

Pasukan ATM di beri masa sehingga 9 Disember 2016 untuk pengesahan penyertaan dalam Liga Premier 2017.

PIALA PRESIDEN 2017

Kumpulan AKumpulan B
A1 KelantanB1 PBDKT/T-Team
A2 JDT IIIB2 Selangor
A3 KedahB3 Pahang
A4 TerengganuB4 Perak
A5 SarawakB5 Sabah
A6 MelakaB6 ATM
A7 Felda United FCB7 PKNP FC
A8 PDRMB8 PKNS FC
A9 Pulau PinangB9 Negeri Sembilan
A10 UiTM FCB10 Kuala Lumpur

Sepakmula 23 Februari 2017 (Khamis)

PIALA BELIA 2017

Kumpulan AKumpulan B
A1 KedahB1 Sabah
A2 Pulau PinangB2 Felda United FC
A3 KelantanB3 Selangor
A4 JDT IVB4 Perlis
A5 SarawakB5 Negeri Sembilan
A6 SSMP B17B6 Kuala Lumpur
A7 TerengganuB7 Melaka
A8 PKNS FCB8 Perak
A9 PahangB9 SSTMI B16
A10 SSTMI B17

Sepakmula 26 Februari 2017 (Ahad)

Bagi ketiga-tiga pertandingan Piala FAM, Piala Presiden dan Piala Belia 2017, format musim lalu dikekalkan iaitu empat pasukan teratas setiap kumpulan selepas perlawanan liga dua pusingan akan layak ke peringkat kalah mati iaitu suku akhir, separuh akhir dan final yang akan dijalankan secara timbal balik.

Tiada ulasan: