Sabtu, November 23, 2019

Pembesaran Piala Juara-Juara Asia 2021


23 Nov 2019 - Bermula 2021 Piala Juara-Juara Asia akan mengalami pembesaran dengan penyertaan 40 pasukan berbanding 32 pasukan sekarang ni dengan menambah Ahli Persatuan yang bertanding dari 12 ke 20.

Tempat (slot) sedia ada untuk enam tempat teratas Ahli Persatuan tidak berubah tetapi akan ada penambahan tempat (slot) untuk Ahli Persatuan di tangga ketujuh (7) hingga sepuluh (10) dan akan terdapat kumpulan tambahan dengan empat pasukan di kedua-dua zon Barat dan Timur bermula dari musim 2021. Zon Barat (A hingga D), manakala Zon Timur (E hingga H), bermakna setiap Zon bertambah masing-masing menjadi lima kumpulan

Pemenang Liga Juara-Juara Asia, jika mereka gagal layak melalui liga tempatan, di beri jaminan bermain dalam tempat Kelayakan Awal/Playoff dan pemenang Piala AFC akan ada tempat automatik dalam Kelayakan Awal/Playoff juga.

Tiada ulasan: