Khamis, Mac 18, 2021

Pasukan Liga Malaysia 2021



Kejohanan sukan di stadium/venue dengan kehadiran penonton dibenarkan berkuat kuasa 1 April 2021

18 Mac 2021 - Dua perlawanan Liga Super keenam iaitu pertemuan Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Melaka United FC pada 2 April 2021 dan Kuala Lumpur City FC bertemu Sabah FC pada 3 April 2021 bakal dijadikan projek perintis bagi perlawanan kemasukan penonton pada Liga Malaysia musim ini.

Formula jumlah kemasukan penonton bergantung kepada lapisan peringkat PKP.

Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) menyaksikan sebanyak 25 peratus atau 8,000 penonton daripada kapasiti tempat duduk penonton atau tertakluk kepada kebenaran penganjur dibenarkan.

Manakala Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pula menyaksikan 10 peratus atau maksima 2,000 penonton dibenarkan.

25 Jan 2021: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) membuat keputusan menunda tarikh sepak mula Liga Malaysia (Liga-M) yang dijadualkan membuka tirainya 26 Februari ini kepada 5 Mac susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).



LIGA SUPER 2021

JOHOR DARUL TA'ZIM FC
Ditubuhkan: 1972
Nama Lama: PKENJ FC (1972), Johor FC (1996), Johor Darul Ta'zim FC (2013)
Venue Tuan Rumah: Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri
Ketua Jurulatih: Benjamin Mora
Kedudukan Liga Super 2020: Juara
Kejayaan Liga: Johan Liga Super 7x (2014, 2015, 2016, 2017, 2018, 2019, 2020)
Johan Liga (Johor - 1991)

KEDAH DARUL AMAN FC
Ditubuhkan: 1924
Nama Lama: Kedah FA (KFA)
Venue Tuan Rumah: Stadium Darul Aman, Alor Setar
Ketua Jurulatih: Aidil Shahrin Sahak
Kedudukan Liga Super 2020: Tempat ke-2
Kejayaan Liga:
Johan Liga Super (2006/07, 2007/08)
Johan Divisyen 1 (1993)

KUALA LUMPUR CITY FC
Ditubuhkan: 1974
Nama Lama: Wilayah Persekutuan kemudian Kuala Lumpur FA (KLFA)
Venue Tuan Rumah: Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras
Ketua Jurulatih: Bojan Hodak
Kedudukan Liga Super 2020: Tempat ke-3 Liga Premier
Kejuaraan Liga: Johan Liga (1986, 1988)

MELAKA UNITED FOOTBALL CLUB
Ditubuhkan: 1924
Nama Lama: Melaka United Soccer Assocation
Venue Tuan Rumah: Stadium Hang Jebat, Melaka
Ketua Jurulatih: Zainal Abidin Hassan
Kedudukan Liga Super 2020: Tempat ke-9
Kejuaraan Liga: Johan Liga (1983)

PENANG FC
Ditubuhkan: 1921
Nama Lama: Football Assocation of Penang (FAP)
Venue Tuan Rumah: Stadium Bandaraya, Pulau Pinang
Ketua Jurulatih: Tomas Trucha
Kedudukan Liga Super 2020: Juara Liga Premier
Kejuaraan Liga: Johan Liga (1982)

PERAK FC
Ditubuhkan: 1921
Nama Lama: Perak FA (PAFA)
Venue Tuan Rumah: Stadium Perak, Ipoh
Ketua Jurulatih: Chong Yee Fatt
Kedudukan Liga Super 2020: Tempat ke-4
Kejuaraan Liga: Johan Premier Satu (1982, 1983)

PJ CITY FC
Petaling Jaya City FC
Ditubuhkan: 2004
Venue Tuan Rumah: Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya
Ketua Jurulatih: P. Maniam
Kedudukan Liga Super 2020: Tempat Ke-7

SRI PAHANG FC
Ditubuhkan: 1959
Nama Lama: Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP)
Venue Tuan Rumah: Stadium Darul Makmur, Kuantan
Ketua Jurulatih: Thomas Dooley
Kedudukan Liga Super 2020: Tempat ke-8
Kejuaraan Liga:
Johan Liga (1987, 1995)
Johan Divisyen Satu (1992)
Johan Liga Super (2004)

SABAH FC
Ditubuhkan 1977
Nama Lama: Persatuan Bolasepak Sabah (Sabah FA)
Venue Tuan Rumah: Stadium Likas, Kota Kinabalu
Ketua Jurulatih: Kurniawan Dwi Yulianto
Kedudukan Liga Super 2020: Tempat ke-10
Kejayaan Liga: Johan Liga (1996)

SELANGOR FC
Ditubuhkan: 1936
Nama Lama: Persatuan Bolasepak Selangor (FAS - Football Assocation of Selangor)
Venue Tuan Rumah: Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya
Ketua Jurulatih: Karsten Neitzel
Kedudukan Liga Super 2020: Tempat ke-5
Kejayaan Liga:
Johan Liga (1984)
Johan Divisyen Satu (1989, 1990)
Johan Premier Satu (2000)
Johan Liga Super (2009, 2010)

TERENGGANU FOOTBALL CLUB
Ditubuhkan: 1956
Nama Lama: Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT)
Venue Tuan Rumah: Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak
Ketua Jurulatih: Nafuzi Zain
Kedudukan Liga Super 2020: Tempat ke-3

UiTM FC
Universiti Teknologi MARA FC
Ditubuhkan: 2008
Venue Tuan Rumah: Stadium UITM, Shah Alam
Ketua Jurulatih: Frank Bernhardt
Kedudukan Liga Super 2020: Tempat ke-6



LIGA PREMIER 2021

JOHOR DARUL TA'ZIM II
Ditubuhkan: 1955
Nama Lama: Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) Johor FA
Venue Tuan Rumah: Stadium Tan Sri Dato' Hj Hassan Yunos, Larkin
Ketua Jurulatih: Rafael Gil
Kedudukan Liga Premier 2020: Tempat Ke-5

KELANTAN FC
Ditubuhkan: 1946
Nama Lama: Kelantan FA (KAFA)
Venue Tuan Rumah: Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu
Ketua Jurulatih: Marco Ragini
Kedudukan Liga Premier 2020: Tempat Ke-6

KELANTAN UNITED FC
Ditubuhkan: 2016
Venue Tuan Rumah: Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu
Ketua Jurulatih: Akira Higashiyama
Kedudukan Liga Premier 2020: Tempat Ke-8

KUCHING CITY FC
Ditubuhkan: 2016
Venue Tuan Rumah: Stadium Negeri, Kuching
Ketua Jurulatih: Irfan Bakti
Kedudukan Liga Premier 2020: Tempat Ke-4

NEGERI SEMBILAN FC
Ditubuhkan: 1923
Nama Lama: Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS)
Venue Tuan Rumah: Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi
Ketua Jurulatih: K. Devan
Kedudukan Liga Premier 2020: Tempat Ke-11

PDRM FC
Polis DiRaja Malaysia FC
Venue Tuan Rumah: Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras
Ketua Jurulatih: Mat Zan Mat Aris
Kedudukan Liga Premier 2020: Tempat Ke-12 Liga Super

PERAK FC II
Ditubuhkan: 2015
Nama Lama: Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC (2015), Perak FC II (2019)
Venue Tuan Rumah: Stadium Perak, Ipoh
Ketua Jurulatih: Syamsul Saad
Kedudukan Liga Premier 2020: Tempat Ke-12

SARAWAK UNITED FC
Ditubuhkan: 2020
Venue Tuan Rumah: Stadium Majlis Perbandaran Selayang
Ketua Jurulatih: E. Elavarasan
Kedudukan Liga Premier 2020: Tempat Ke-10

SELANGOR FC 2
Ditubuhkan: 1967
Nama Lama: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) FC
Venue Tuan Rumah: Stadium Majlis Perbandaran Selayang
Ketua Jurulatih: Michael Feichtenbeiner
Kedudukan Liga Premier 2020: Tempat Ke-7

SKUAD PROJEK FAM-MSN
Skuad Projek Persatuan Bolasepak Malaysia dan Majlis Sukan Negara (Bawah 20 Tahun)
Ditubuhkan: 2021
Venue Tuan Rumah: Stadium UiTM, Shah Alam
Ketua Jurulatih: Yusri Che Lah

TERENGGANU FC II
Ditubuhkan: 2006
Nama Lama: T-Team (2006), Terengganu II (2017)
Venue Tuan Rumah: Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu
Ketua Jurulatih: Badrul Afzan Razali
Kedudukan Liga Premier 2020: Tempat Ke-2



Tiada ulasan: