Khamis, Disember 10, 2020
Skuad Projek FAM-MSN (B-20 Tahun)
SIARAN MEDIA: FAM DAN MSN BENTUK SKUAD PROJEK KHAS SEBAGAI LALUAN KERJAYA LEPASAN NFDP
10 Disember 2020 - Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Majlis Sukan Negara (MSN) menjalin usaha sama bagi membentuk pasukan yang bersifat pembangunan bergelar Skuad Projek FAM-MSN.
Skuad Bawah 20 tahun itu akan bersaing dalam Liga Premier 2021 sebagai antara usaha FAM dan MSN mencipta laluan kerjaya produk Program Pembangunan Bolasepak Negara (PPBN), termasuk graduan Akademi Mokhtar Dahari (AMD), dalam memudahkan mereka melakukan transisi ke pentas senior.
Pemain yang terpilih akan menjalani latihan pusat rasmi di MSN, diberi elaun, tempat penginapan dan makanan, sokongan perubatan, pendedahan pertandingan dalam negara, pendedahan antarabangsa serta peluang melanjutkan pelajaran di universiti terpilih.
Sebagai permulaan, seramai 30 pelatih dalam kalangan lepasan AMD, produk Piala Belia dan Piala Presiden serta Sekolah Sukan Malaysia dan Negeri serta Pusat Latihan Daerah (PLD) di bawah NFDP akan membentuk skuad perintis itu bermula Januari ini.
Bekas pemain kebangsaan, Yusri Che Lah, dilantik melatih pasukan yang menjadi pasukan ke-11 beraksi dalam Liga Premier sebagai antara langkah mendedahkan mereka kepada saingan kompetitif sepanjang musim.
Keputusan ini dibuat selepas beberapa siri perbincangan dan sumbang saran di antara pihak FAM dan MSN sejak beberapa bulan lalu dalam memastikan kelompok terpilih lepasan NFDP dan AMD tidak terlepas aksi kompetitif pada usia 18-20 tahun.
Labels:
Skuad Projek FAM-MSN (B-20) 2021
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan