Rabu, Februari 01, 2023

LIGA MALAYSIA 2023


26 Januari 2023 - Liga Malaysia 2023

Enam trofi kejuaraan
1. Piala Sultan Haji Ahmad Shah (Perlawanan Sumbangsih)
2. Liga Super
3. Piala FA
4. Piala Malaysia
5. MFL Challenge Cup
6. Piala MFL (Liga Simpanan B-23)

Liga Super 2023 14 kelab
1. Johor Darul Ta’zim (JDT)
2. Terengganu FC
3. Sabah FC
4. Negeri Sembilan FC
5. Selangor FC
6. Kuala Lumpur City FC
7. Sri Pahang FC
8. Kedah Darul Aman FC
9. Penang FC
10. Kelantan FC
11. Kuching City FC
12. Kelantan United FC
13. PDRM FC
14. Perak FC

* Dua kelab Liga Super musim 2022, PJ City FC dan UiTM FC menarik diri.

UiTM FC telah menarik diri daripada bertanding kerana gagal mendapatkan dana pasukan manakala PJ City FC gagal menyelesaikan proses pengambilalihan pelabur baharu.

Piala MFL 15 pasukan (Skuad bawah 23 tahun)
Terdiri dari kelab Liga Super serta satu pasukan daripada Skuad Projek FAM-MSN.

Dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu A dan B, sebanyak 15 pasukan dari Liga Simpanan bawah 23 tahun bakal bersaing dalam memburu empat kedudukan teratas di peringkat kumpulan untuk mara ke pusingan akhir.

Kumpulan A (8 pasukan): iaitu membabitkan Skuad Projek FAM-MSN, PDRM FC, Kedah Darul Aman FC, Penang FC, Johor Darul Ta'zim II, Terengganu FC II, Sabah FC dan Kelantan United FC.

Kumpulan B, (7 pasukan):
Selangor FC, Kuala Lumpur City FC, Perak FC II, Negeri Sembilan FC, Sri Pahang FC, Kuching City FC dan Kelantan FC.

1. Johor Darul Ta’zim (JDT)
2. Terengganu FC
3. Sabah FC
4. Negeri Sembilan FC
5. Selangor FC
6. Kuala Lumpur City FC
7. Sri Pahang FC
8. Kedah Darul Aman FC
9. Penang FC
10. Kelantan FC
11. Kuching City FC
12. Kelantan United FC
13. PDRM FC
14. Perak FC
15. Skuad Projek FAM-MSN

Format Bagi Perlawanan Sumbangsih untuk merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2023:

i. Perlawanan ini merupakan perlawanan pertama bagi Pertandingan Liga Super. Pungutan mata perlawanan akan dikira sebagai mata di dalam Liga Super 2023.

ii. Perlawanan melibatkan Johor Darul Ta’zim (Juara Liga Super 2022) melawan Terengganu FC (Naib Juara Liga Super 2022) dan dijadualkan pada 24 Februari 2023.

iii. Venue perlawanan adalah di venue kelab juara Liga Super tahun 2022 iaitu venue Pasukan Tuan Rumah bagi Johor Darul Ta’zim.

iv. Manakala, penentuan pemenang Perlawanan Sumbangsih ini akan ditentukan mengikut susunan berikut:-

a. Kelab yang menang dalam Perlawanan pada masa penuh, dan jika seri;

b. Kelab yang menang penentuan sepakan dari tanda penalti mengikut undang -undang permainan FIFA.

c. Pungutan mata hanya akan dikira mengikut keputusan masa penuh (90 minit) bagi perlawanan tersebut.

Format Bagi Pertandingan Piala MFL (Liga Simpanan B23)

i. Pertandingan ini akan dikenali sebagai Piala MFL.

ii. Sebanyak 15 pasukan telah mengesahkan penyertaan.

iii. Pasukan akan dibahagikan di dalam dua kumpulan secara undian iaitu kumpulan “A” dan “B”

iv. Kumpulan “A” akan mempunyai 8 pasukan manakala kumpulan “B” akan mempunyai 7 pasukan.

v. Undian bagi menentukan kedudukan pasukan di dalam Kumpulan A dan B dibahagikan mengikut zon iaitu Zon Tengah, Zon Utara, Zon Selatan, Zon Timur, Zon Borneo dan negeri yang mempunyai dua pasukan.

vi. Empat (4) kelab teratas setiap kumpulan A dan B akan layak ke pusingan ke-2 iaitu Liga Juara (Liga 1 pusingan).

vii. Dua (2) pasukan teratas Liga Juara akan layak ke Perlawanan Akhir Piala MFL.

Format Bagi Pertandingan Piala FA 2023:

Pertandingan Piala FA 2023 akan dijalankan secara satu pusingan termasuk perlawanan-perlawanan suku akhir, separuh akhir dan akhir. Format terkini adalah seperti berikut:

i. Akan dimainkan secara kalah mati satu pusingan.

ii. Tiga (3) kelab terbawah Liga Super & Tiga (3) kelab terbawah Liga Premier 2022 akan bermain Pusingan Pertama (FA1) sebagai pasukan tuan rumah menentang Kelab Liga M3;

iii. 6 Kelab teratas Liga Super 2022 dan 2 Kelab teratas Liga Premier 2022 akan layak secara automatik ke Peringkat Pusingan 16 dan akan bermain sebagai Pasukan Tuan Rumah menentang pemenang perlawanan FA1.

iv. Venue Perlawanan Akhir Piala FA akan ditetapkan oleh MFL.

Format Bagi Pertandingan Piala Malaysia 2023:

Format Baharu Piala Malaysia 2023 adalah seperti berikut:

i. Pertandingan akan melibatkan 14 kelab-kelab Liga Super dan 2 kelab teratas dari Liga M3 2023 (Pusingan 16 pasukan).

ii. Pertandingan Piala Malaysia akan bermula selepas pertengahan musim iaitu selepas pusingan pertama (kedudukan pasukan untuk jadual perlawanan akan ditentukan selepas perlawanan Liga Super pada minggu ke-13);

iii. Proses undian/kelayakan adalah seperti berikut:

a. Pasukan yang berada di kedudukan pertama hingga kelapan (selepas perlawanan ke 13 Liga Super 2023) merupakan pasukan seeded.

b. Pasukan yang berada di kedudukan 9 hingga 14 selepas perlawanan ke 13 Liga Super 2023) dan kedudukan pertama dan kedua Liga M3 akan diundi untuk menentukan posisi pasukan ke pusingan 16 yang akan bertemu pasukan-pasukan seeded.

iv. Perlawanan Pusingan 16 Pasukan, Perlawanan Suku Akhir, Separuh Akhir akan dimainkan secara timbal balik;

v. Venue Perlawanan Akhir Piala Malaysia akan ditetapkan oleh MFL.

Format Bagi Pertandingan MFL Challenge Cup 2023:

i. Pada tahun 2023, MFL Challenge Cup akan dipertandingkan semula.

ii. Lapan (8) pasukan yang tidak layak ke perlawanan Suku Akhir Piala Malaysia akan bermain di perlawanan Suku Akhir pertandingan MFL Challenge Cup 2023.

iii. Penentuan jadual perlawanan akan ditetapkan secara seeding atau seperti yang diputuskan oleh MFL

iv. Perlawanan Suku Akhir, Separuh Akhir dan Akhir akan dimainkan secara timbal balik di venue pasukan-pasukan yang layak.

Bagi Penentuan Kelayakan AFC Champions League 2024 dan AFC Cup 2024:

Penentuan kelayakan dan jumlah penyertaan kelab dari Malaysia ke Pertandingan AFC Champions League (ACL) atau AFC Cup adalah tertakluk kepada keputusan MFL selepas AFC membuat pengumuman rasmi berkenaan format pertandingan tersebut.



Penstrukturan baharu Liga Malaysia bermula tahun ini menyaksikan pertandingan Liga Simpanan yang dikenali sebagai Piala MFL diadakan buat kali pertama manakala MFL Challenge Cup dipertandingkan semula selepas tiga tahun sejak dianjurkan pada 2018 dan 2019.

Sejumlah 14 kelab akan merebut kejuaraan dalam saingan Liga Super 2023 iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT), Terengganu FC, Sabah FC, Negeri Sembilan FC, Selangor FC, Kuala Lumpur City FC, Sri Pahang FC, Kedah Darul Aman FC, Penang FC, Kelantan FC, Kuching City FC, Kelantan United FC, PDRM FC dan Perak FC.

Manakala bagi saingan Piala MFL akan disertai skuad bawah 23 tahun daripada kelab Liga Super serta satu pasukan daripada Skuad Projek FAM-MSN.


20 Julai 2022 - Hasil persetujuan Rakan Kongsi Liga menerusi Mesyuarat Luar Biasa (EGM) yang berlangsung pada hari ini (20 Julai 2022), MFL memperkenalkan penstrukturan semula piramid bola sepak domestik yang lebih relevan dengan arus permodenan bola sepak, aspek komersial dan meletakkan keutamaan kepada pembangunan pemain tempatan bermula musim depan.

Pembaharuan ini akan melibatkan enam aspek utama:

1. Liga Super akan membabitkan penyertaan 18 kelab berbanding hanya 12 kelab sejak 2013.

2. Liga Premier akan dimansuhkan dalam tempoh tertentu sebelum akan dilancarkan semula sebagai Liga Semi-Pro selepas program pembangunan kelab dilaksanakan bersama AFL untuk pasukan pasukan M3.

3. Liga Simpanan (Reserve League) akan diperkenalkan sebagai liga yang bakal menjadi jambatan untuk memperbaiki jurang pembangunan dilihat dalam struktur liga tempatan.

Liga Simpanan ini juga bertindak sebagai landasan perantara Liga Super untuk pemain pemain mendapat minit permainan, adaptasi dan persediaan ke Liga Super. Dengan itu, konsep Reserve Team akan berakhir dan kesemua pasukan Liga Super akan mempunyai pasukan bawah 23 tahun (B-23) dan ini sekali gus akan memberi daya saing lebih seimbang kepada semua pasukan.

4. Kuota pemain import sejajar dengan pergerakan AFC tetapi juga berasaskan jaminan slot kepada pemain tempatan di atas padang sambil memastikan peningkatan kualiti dan peluang setiap pasukan di dalam sesebuah liga elit kebangsaan juga diutamakan serta kuota pemain import sama rata kepada semua pasukan Liga Super.

5. Format Piala FA dan Piala Malaysia akan dirumus semula dengan peningkatan perlawanan liga dan juga perubahan kalendar Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) musim depan.

6. Perstrukturan semula dan peningkatan perlawanan Piala Belia dan Piala Presiden bersama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

1. Liga Super
Liga Super tahun 2023 akan melihat 18 pasukan bersaing untuk 16 slot Liga Super 2024 di mana format 16 pasukan Liga Super akan kekal untuk tahun tahun berikutnya.

Tahun ini (2022), dua pasukan paling bawah Liga Premier akan bersaing dengan 2 pasukan Liga M3 untuk slot ke-17 dan ke-18 Liga Super tahun 2023 namun wakil M3 wajib memenuhi kriteria pelesenan kelab MFL sebelum diterima masuk ke Liga Super di mana bagi musim 2023 pula, Liga Super akan bergerak ke liga 16 pasukan.

2. Liga Simpanan (Reserve League) dan Konsep Reserve Team berakhir

Liga Super 2023 turut akan disokong oleh Liga Simpanan (Reserve League) yang menjadi pentas kepada pembangunan pemain B-23 bagi memastikan jaminan minit permainan berdasarkan kajian MFL di mana pemain-pemain muda tidak mendapat minit di pasukan utama.

Untuk makluman, jarak umur pemain Piala Presiden dan Piala Belia adalah begitu besar, oleh itu Liga Simpanan ini diwujudkan bagi memastikan perkembangan pemain muda dengan mendapat minit permainan.

Untuk memastikan kualiti perlawanan Liga Simpanan dipertingkatkan, pembangunan diutamakan dan adaptasi pemain B-23 bersedia beraksi di Liga Super pada bila-bila masa, setiap pasukan Liga Super akan dibenarkan untuk menyenaraikan lima (5) pemain lebih umur dalam Liga Simpanan tetapi hanya tiga (3) pemain lebih umur termasuk import (maksimum dua (2) pemain) dibenarkan beraksi di atas padang bagi menjamin minit permainan untuk sekurang-kurangnya lapan (8) pemain tempatan B-23 pada setiap masa.

Slot lebih umur dan kelibat pemain import ini akan mengimbangkan dan meningkatkan penanda aras liga selain menjadi landasan buat pemain B-23 untuk menyesuaikan diri dengan jurang Liga Super.

Ini juga membuka peluang kepada pasukan Liga Super untuk mengunakan Liga Simpanan sebagai platform pemulihan pemain senior ataupun memastikan pemain pasukan utama diberi peluang pengekalan prestasi.

Liga Simpanan ini bukan sahaja perlu dilihat daripada aspek pembangunan sebaliknya Liga Simpanan ini adalah pembaharuan positif untuk pemain tempatan di mana ia akan beroperasi sebagai ‘persediaan pemain’ untuk melangkah ke Liga Super.

3. Liga M3
MFL tidak melupakan kepentingan lebih banyak kelab bola sepak profesional dan kaitannya dengan ekosistem yang semakin meningkat untuk menyokong industri profesional di Malaysia.

Bagaimanapun MFL juga sedar bahawa jurang antara kelab dalam M3 dan M2 atau M1 adalah terlalu besar. Oleh itu, MFL akan bekerjasama rapat dengan Amateur Football League (AFL) dalam melancarkan program Pembangunan Kelab yang akan memastikan MFL berusaha ke arah meningkatkan kumpulan profesional kelab yang akan meningkatkan standard struktur liga tempatan pada masa hadapan.

Walaupun Liga Premier akan berhenti sementara, peluang pasukan M3 tidak ditutup sepenuhnya dengan peluang beraksi di Piala FA dan terbaharu peluang beraksi di pentas play-off Piala Malaysia sedang dikaji.

Bagi kelab-kelab amatur Liga M3 musim ini, mereka juga masih berpeluang beraksi dalam Liga Super 2023 di mana dua slot akan diberikan menerusi aksi play-off di antara pasukan juara dan naib juara Liga M3 musim 2022 dengan dua pasukan paling bawah Liga Premier.

Bagaimanapun seperti dikatakan di atas, kelayakan kelab Liga M3 menyertai Liga Super musim ini ataupun musim-musim seterusnya wajib memenuhi syarat-syarat Peraturan Pelesenan Kelab dan kelulusan Ahli Lembaga Pengarah sebelum diterima masuk ke Liga Super.

4. Kuota pemain import
Sedia maklum, kuota pemain import Liga Malaysia menimbulkan sedikit percanggahan semasa dimana Kelab yang tiada pasukan Reserve hanya menpunyai 5 pemain import berbanding dengan Kelab yang mempunyai pasukan Reserve yang menpunyai peluang memilih daripada 9 pemain import setiap perlawanan.

Juga dengan mengambil kira pertukaran terbaharu kuota pemain import yang dimaklumkan AFC iaitu enam pemain import (5+1), MFL telah menetapkan format baharu pendaftaran sembilan (9) pemain import ada diberikan kepada kesemua pasukan Liga Super bermula tahun 2023.

Walaupun MFL akan mengikut ketetapan AFC dalam pengunaan 6 pemain import namun MFL masih kekal dengan hanya menbenarkan 5 pemain import (iaitu 3+1 (Asia)+1 (ASEAN)) diatas padang pada satu satu masa dengan hanya tambahan seorang pemain di bangku simpanan bagi menjaga slot pemain tempatan di atas padang tidak terjejas.

Sebelum ini penggunaan sembilan pemain import hanya melibatkan pasukan yang memiliki pasukan simpanan (Reserve Team) tetapi kini kuota itu sama rata kepada kesemua 18 pasukan.

Bagaimanapun penggunaan pemain import tidak diwajibkan dan bergantung kepada kesesuaian dan percaturan pasukan masing-masing.

MFL masih akan menguatkuasakan penggantian lima (5) pemain semasa perlawanan seperti yang dilaksanakan tahun lalu dan tahun ini. Peluang lima (5) pengantian pemain dilihat sebagai satu unsur positif dimana ‘intensity’ perlawanan dikekalkan dan juga pemain muda diberikan peluang dan kepercayaan.

5. Format Piala FA dan Piala Malaysia
Kalendar kebangsaan juga dijadikan penekanan disebabkan pertukaran kalendar AFC dan berubah mengikut musim sekali gus memberi impak kepada format Piala FA dan TM Piala Malaysia yang akan diadakan bersesuaian dengan kalendar pada tahun 2023 serta tertakluk kepada keputusan Ahli Lembaga Pengarah MFL.

Kalendar Kebangsaan perlu dicatur awal dengan FAM bagi memastikan sebarang pindaan perlawanan dapat dielakkan.

6. Piala Belia (B-19) dan Piala President (B-21)
Diterajui FAM, MFL akan berkerjasama dengan FAM untuk memastikan format dan jumlah perlawanan pasukan dalam Piala Belia dan Presiden Piala akan memenuhi semua piawaian antarabangsa dan memastikan bahawa liga pembangunan ini menyediakan peluang yang diperlukan untuk semua bakat muda tempatan berkembang dan dan menyediakan industri dengan kumpulan bakat yang semakin berkualiti.

Tiada ulasan: