Rabu, Mac 27, 2024

Kelayakan Asia Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027


Siaran Media: Aksi Malaysia-Oman 26 Mac Sah Kekal Di Bukit Jalil

8 Mac 2024 :Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini ingin mengumumkan bahawa perlawanan keempat Kumpulan D, Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027, Malaysia lwn Oman pada Selasa, 26 Mac 2024 secara rasminya kekal akan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil, jam 10.00 malam.

Perlawanan ketiga Kumpulan D menentang Oman di Sultan Qaboos Sports Complex, Muscat pada 21 Mac, sebelum terbang pulang ke tanah air bagi perlawanan keempat di Bukit Jalil pada 26 Mac 2024.

Undian Kelayakan Awal Bersama Pusingan 1 dan Pusingan 2 Piala Dunia 2026 dan Piala Asia 2027 di Arab Saudi: 2 petang dan 4 petang 27 Julai 2023 di AFC House, Kuala Lumpur

Pusingan Pertama Kelayakan Bersama (PRELIMINARY JOINT QUALIFICATION - ROUND 1)
12 Oktober dan 17 Oktober 2023

12 October 2023 (Khamis)
WP1Afghanistan1-0MongoliaDushanbe
WP2Maldives1-1BangladeshMale
WP3Singapore2-1GuamSingapore
WP4Yemen3-0Sri LankaAbha
WP5Myanmar5-1MacauYangon
WP6Cambodia0-0PakistanPhnom Penh
WP7Chinese Taipei4-0Timor LesteKaoshiung City
WP8Indonesia6-0Brunei DSJakarta
WP9Hong Kong4-0BhutanHong Kong
WP10Nepal1-1LaosKathmandu
17 October 2023 (Oktober)
WP1Mongolia0-1
(agg 2-0
AfghanistanUlaanbaatar
WP2Bangladesh2-1
(agg 3-2)
MaldivesDhaka
WP3Guam0-1
(agg 1-3)
SingaporeGuam
WP4Sri Lanka1-1
(agg 1-4)
YemenColombo
WP5Macau0-0
(agg 1-5)
MyanmarMacau
WP6Pakistan1-0
(agg 1-0)
CambodiaIslamabad
WP7Timor Leste0-3
(agg 0-7)
Chinese TaipeiKaoshiung City
WP8Brunei DS0-6
(agg 0-12)
IndonesiaBandar Seri Begawan
WP9Bhutan2-0
(agg 2-4)
Hong KongThimphu
WP10Laos0-1
(agg 1-2)
NepalVientiane



Pusingan Kedua Kelayakan Bersama

RkKumpulan APMSKJBPGMata
1Kyrgyz Rep430111569
2Oman43017169
3Malaysia420257-26
4Chinese Taipei4004111-100
MD1 - 16 November 2023 (Khamis)
Oman3-0Chinese TaipeiBoshar-Sultan Qaboos Sports Complex, Muscat
Malaysia
Dion Cools (7', 77'), Khristiian Brauzman (72' OG), Faisal Halim (90'+3')
4-3Kyrgyz Rep.Stadium National Bukit Jalil
MD2 - 21 November 2023 (Selasa)
Chinese Taipei0-1Malaysia
Darren Lok (72')
Taipei Municipal Stadium, Taipei
Kyrgyz Rep.1-0OmanDolen Omurzakov Stadium, Bishkek
MD3 - 21 Mac 2024 (Khamis)
Chinese Taipei0-2Kyrgyz Rep.Nanzih Football Stadium, Gaoxiong
Oman2-0MalaysiaSultan Qaboos Sport Complex, Muscat
MD4 - 26 Mac 2024 (Selasa)
Kyrgyz Rep.5-1Chinese TaipeiDolen Omurzakov Stadium, Bishkek
Malaysia0-2Oman10.00 mlm, Stadium Nasional Bukit Jalil
MD5 - 6 Jun 2024 (Khamis)
Chinese TaipeivOmanStadium
Kyrgyz Rep.vMalaysiaStadium
MD6 - 11 Jun 2024 (Selasa)
OmanvKyrgyz Rep.Stadium
MalaysiavChinese TaipeiStadium

16 Nov 2023: Malaysia 4-3 Kyrgyz Rep
Dion Cools (7', 77'), Khristiian Brauzman (72' OG), Faisal Halim (90'+3')

16 Syihan Hazmi (PG), 2 Matthew Davies (C), 3 Sharul Saad (17 Paulo Josue 60'), 6 Dominic Tan (4 Daniel Ting 67'), 7 Faisal Halim (13 Mohamadou Sumareh 90'+6), 8 Stuart Wilkin, 9 Darren Lok (14 Endrick 60'), 12 Arif Hanapi, 18 Brendan Tan Seng Ling (19 Akhyar Rashid 60'), 21 Dion Cools, 22 La'Vere Corbin-Ong

Simpanan: 1 Azri Ghani (PG), 23 Sikh Izhan Nazrel, 4 Daniel Ting (67'), 5 Syahmi Safari, 10 Shahrul Nazeem, 15 Junior Eldstål, 14 Endrick (60'), 17 Paulo Josue (60'), 20 Afiq Fazail, 11 Safawi Rasid, 13 Mohamadou Sumareh (90'+6), 19 Akhyar Rashid (60')

Manager: Kim Pan-Gon

21 Nov 2023: Chinese Taipei 0-1 Malaysia
Darren Lok (72')
16 Syihan Hazmi (PG), 2 Matthew Davies, 7 Faisal Halim (3 Shahrul Saad 90'), 8 Stuart Wilkin, 12 Arif Aiman, 15 Junior Eldstål, 17 Paulo Josué (9 Darren Lok 62'), 19 Akhyar Rashid (18 Brendan Gan 76'), 20 Afiq Fazail (14 Endrick 62'), 21 Dion Cools (C), 22 La'Vere Corbin-Ong

Simpanan: 1 Azri Ghani (PG), 23 Sikh Izhan (PG), 3 Shahrul Saad, 4 Daniel Ting, 5 Mukhairi Ajmal, 6 Shahrul Nazeem, 9 Darren Lok, 10 Nooa Laine, 11 Safawi Rasid, 13 Sumareh, 14 Endrick, 18 Brendan Gan
Manager: Pan-Gon Kim

21 Mac 2024: Oman 2-0 Malaysia

16 Syihan Hazmi (PG), 3 Shahrul Saad (9 Darren Lok 84'), 4 Daniel Ting (5 Azam Azmi Murad 67'), 6 Dominic Tan, 7 Faisal Halim (19 Akhyar Rashid 76'), 8 Stuart Wilkin (17 Paulo Josué 76'), 12 Arif Aiman, 18 Brendan Gan (10 Endrick 67'), 20 Romel Morales, 21 Dion Cools, 22 La'Vere Corbin-Ong

Simpanan: 1 Azri Ghani (PG), 2 Shahrul Nazeem Zulpakar, 5 Azam Azmi Murad (67'), 9 Darren Lok (84'), 10 Endrick (67'), 11 Safawi Rasid, 13 Harith Haiqal Adam Afkar, 14 Syamer Kutty Abba, 15 Nooa Laine, 17 Paulo Jousué (76'), 19 Akhyar Rashid (76'), 23 Suhaimi Husin

Manager: Kim Pan-Gon

26 Mac 2024: Malaysia 0-2 Oman

5 Azam Azmi Murad (6 Daniel Ting 26'), 6 Dominic Tan, 7 Faisal Halim (19 Akhyar Rashid 81'), 8 Stuart Wilkin (17 Paulo Josué 73'), 9 Darren Lok (10 Endrick 46'), 12 Arif Aiman Hanapi, 14 Syamer Kutty Abba (18 Brendan Gan 46'), 16 Syihan Hazmi (PG), 20 Romel Morales, 21 Dion Cools (C), 22 La'Vere Corbin-Ong

Simpanan: 1 Azri Ghani (PG), 2 Shahrul Nazeem Zulpakar, 3 Shahrul Saad, 4 Daniel Ting (26'), 10 Endrick (46'), 11 Safawi Rasid, 13 Mukhairi Ajmal, 15 Nooa Laine, 17 Paulo Josué (73'), 18 Brendan Gan (46'), 19 Akhyar Rashid (81'), 23 Suhaimi Husin (PG)

Manager: Kim Pan-Gon Kim



Kumpulan AKumpulan BKumpulan C
QatarJapanKorea Rep.
IndiaSyriaChina PR.
KuwaitDPR KoreaThailand
WP1 Afghanistan/MongoliaWP5 Myanmar/MacauWP3 Singapore/Guam
Kumpulan DKumpulan EKumpulan F
OmanIR IranIraq
Kyrgyz RepUzbekistanVietnam
MalaysiaTurkmenistanPhilippines
WP7 Chinese Taipei/Timor LesteWP9 Hong Kong/BhutanWP8 Indonesia/Brunei DS
Kumpulan GKumpulan HKumpulan I
Saudi ArabiaUAEAustralia
JordanBahrainPalestine
TajikistanWP4 Yemen/Sri LankaLebanon
WP6 Cambodia/PakistanWP10 Nepal/LaosWP2 Maldives/Bangladesh

Kumpulan A: Qatar, India, Kuwait, WP1

Kumpulan B: Japan, Syria, DPR Korea, WP5

Kumpulan C: Korea Rep, China, Thailand, WP3

Kumpulan D: Oman, Kyrgyz Rep, Malaysia, WP7 (Chinese Taipei/Timor Leste)

Kumpulan E: IR Iran, Uzbekistan, Turkmenistan, WP9

Kumpulan F: Iraq, Vietnam, Philippines, WP8

Kumpulan G: Saudi Arabia, Jordan, Tajikistan, WP6 Cambodia/Pakistan

Kumpulan H: UAE, Bahrain, WP4, WP10

Kumpulan I: Australia, Palestine, Lebanon, WP2

Format kelayakan Piala Dunia 2026 juga Piala Asia 2027 diumumkan dimana Asia diuntukkan dengan lapan (8) pasukan akan layak secara langsung dan satu (1) pasukan akan layak melalui Playoff Antarabenua (Intercontinental Playoff) yang diperuntukkan kepada AFC oleh FIFA berikutan pembesaran Piala Dunia 2026 kepada 48 pasukan.

Kelayakan kejohanan Piala Dunia 2026 akan terdiri dari empat pusingan:

• Kelayakan Awal Bersama Pusingan 1:
18 pasukan - di kedudukan tangga ke 28 hingga ke 45, akan diundi bertemu secara timbal balik pada 12 Oktober dan 17 Oktober 2023, di mana 9 pemenang akan mara ke Kelayakan Awal Bersama Pusingan 2.

• Kelayakan Awal Bersama Pusingan 2:
36 pasukan - pasukan di kedudukan tangga 1 hingga ke 27, juga 9 pemenang dari pusingan 1 - akan dibahagikan kepada sembilan (9) kumpulan dengan empat pasukan setiap kumpulan, dengan setiap pasukan akan bermain secara satu pusingan timbal balik. Perlawanan akan dilangsungkan antara November 2023 dan Jun 2024. Dua pasukan teratas (Juara dan Naib Juara) dari setiap kumpulan - sejumlah 18 pasukan kesemuanya - akan mara ke Kelayakan Asia

• Kelayakan Asia Pusingan 3:
Seterusnya 18 pasukan tadi, juga layak secara automatik ke Piala Asia 2027, akan dibahagikan kepada tiga kumpulan dengan enam (6) pasukan satu kumpulan, bermain secara satu pusingan timbal balik, dengan dua pasukan teratas dari setiap kumpulan - 6 kesemuanya - layak secara terus ke Piala Dunia 2026.

• Playoff Asia:
Pusingan akhir akan terdiri dari pasukan di tempat ketiga dan keempat dari kesemua kumpulan Kelayalan Asia - enam (6) pasukan kesemuanya. Enam (6) pasukan ini akan diundi kepada dua (2) kumpulan dengan tiga (3) pasukan satu kumpulan dalam format satu pusingan.

• Dua pasukan teratas dari kumpulan Playoff Asia ini akan mara ke Piala Dunia 2026. Pasukan di tempat kedua dari setiap kumpulan akan bertemu di perlawanan playoff bagi menentukan pasukan yang akan mewakil Asia ke Playoff Antarabenua (Intercontinental Playoff).

• Kelayakan Piala Asia 2027 akan bersambung bermula dari Kelayakan Awal Bersama Pusingan 1 dan Pusingan 2, selari dengan pertandingan kelayakan Piala Dunia 2026.

• Kelayakan Playoff Piala Asia:
Sepuluh (10) pasukan yang tewas dari Kelayakan Awal Bersama Pusingan 1 akan diundi untuk bertarung dengan format timbal balik, dimana lima (5) pasukan akan mara ke Pusingan Kelayakan Akhir Piala Asia.

• Pusingan Kelayakan Akhir Piala Asia: Dua puluh empat (24) pasukan kesemuanya - satu (1) pasukan kalah di kedudukan dari Kelayakan Awal Bersama Pusingan 1, lapan belas (18) pasukan di tempat ketiga dan keempat dari setiap kumpulan Kelayakan Awal Bersama Pusingan 2 dan lima pemenang dari Kelayakan Playoff Piala Asia - akan dibahagikan kepada enam (6) kumpulan dengan empat (4) pasukan satu kumpulan, dimana hanya pasukan pertama dari setiap kumpulan akan layak ke Piala Asia 2027.

Format di atas adalah berdasarkan penyertaan kesemua 47 Persatuan Ahli dan tertakluk kepada perubahan bergantung kepada jumlah penyertaan terakhir.

Tiada ulasan: