Selasa, Julai 18, 2023

BOLA SEPAK KEBANGSAAN (NATIONAL TEAM)


Bekas jurulatih bola sepak kebangsaan, B. Sathianathan meninggal dunia.
9 Mei 1958 - 18 Jul 2023

18 Jul 2023 - Bekas jurulatih pasukan bola sepak Kebangsaan dan Liga Malaysia - B SATHIANATHAN, 65 tahun, meninggal dunia pada pukul 1.25 tengah hari 18 Julai 2023 di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur akibat kanser.

Pembantu Jurulatih untuk skuad Olimpik Kebangsaan dari 1997 hingga 1999 dan dari 2002 hingga 2004.

Beliau mengemudi skuad B-23 kebangsaan menjuarai Pestabola Merdeka 2007, seterusnya dilantik sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya sehingga awal tahun 2009.

Bekas pemain Negeri Sembilan itu turut pernah menjadi jurulatih beberapa pasukan tempatan antaranya Kelantan, ATM, Felda United, Selangor dan Sarawak United.

Mula bergelar jurulatih di Liga Malaysia bersama MPPJ FC pada 2006, Sathianathan pernah membawa skuad B-23 negara menjuarai Pesta Bola Merdeka pada tahun 2007. Beliau turut menjuarai Piala Malaysia bersama Kelantan pada tahun 2010.

Diumum sebagai ketua jurulatih Selangor pada tahun 2018, Sathianathan membantu pasukan dalam era pembinaan semula di bawah Raja Muda Selangor sebagai presiden kelab.

Beliau adalah jurulatih pertama dalam sejarah bolasepak Kelantan FC memenangi Piala Malaysia pada tahun 2010.

Angkatan Tentera Malaysia (2012 Juara Liga Perdana) dan Felda United (2018 Juara Liga Perdana).

Pernah meraih anugerah Jurulatih Terbaik Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) untuk tahun 2010, 2012 dan 2017.

Barisan Kejurulatihan Skuad Harimau Malaya B-23 Diketuai E. Elavarasan

1 Sept 2022 - Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini mengumumkan penolong ketua jurulatih kebangsaan, E. Elavarasan sebagai ketua jurulatih B-23 kebangsaan yang baharu bagi persediaan pasukan menghadapi beberapa kejohanan utama, tahun depan.

Antaranya termasuk Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja pada Mei 2023, Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China pada September 2023 serta Kelayakan Piala Asia B-23 2024 yang juga Kelayakan Olimpik 2024.

Barisan kejurulatihan skuad B-23 kebangsaan terdiri daripada:

•Juan Torres Garrido dari Sepanyol sebagai penolong ketua jurulatih;

•Jihyeon Park dari Republik Korea sebagai jurulatih kecergasan;

•Lee Jeyoon juga dari Republik Korea sebagai jurulatih analisis prestasi

•Kris Yong daripada barisan kejurulatihan sebelum ini yang dikekalkan sebagai jurulatih penjaga gol.

Biarpun telah dilantik sebagai ketua jurulatih B-23 kebangsaan, Elavarasan, 60, masih lagi kekal menjadi penolong ketua jurulatih skuad kebangsaan kepada pengendali Harimau Malaya, Kim Pan Gon untuk beliau menjadi penghubung kepada kedua-dua pasukan berkenaan.

Liga M3 2022

KEJUARAAN WANITA B18 TAHUN AFF 2022
AFF U18 Women's Championship 2022

22 Julai - 4 Ogos 2022

Palembang, Indonesia

Stadium Gelora Jakabaring dan Athletic Field

Kumpulan B: Australia, Myanmar, Malaysia, Philippines

25 Julai 2022 (Isnin): Myanmar 2-0 Malaysia (Athletic Field)

27 Julai 2022 (Rabu): Malaysia 0-8 Australia (Athletic Field)

29 Julai 2022 (Jumaat): Malaysia 2-1 Philippines (Gelora Jakabaring)

KEJUARAAN WANITA AFF 2022
AFF Women’s Championship 2022

4 - 17 Julai 2022

Rizal Memorial Stadium, Manila
Biñan Football Stadium, Biñan City
Imus City Grandstand, Imus, Cavite.

Kumpulan A: Australia, Indonesia, Malaysia, Philippines, Singapore, Thailand

4 Julai 2022 (Isnin): Singapura 0-0 Malaysia (Rizal Memorial Stadium, Manila)

6 Julai 2022 (Rabu): Indonesia 1-1 Malaysia (Biñan Football Stadium, Biñan City)
Steffi Sarge Kaur (90'+2)

8 Julai 2022 (Jumaat): Malaysia 0-4 Philippines (Rizal Memorial Stadium, Manila)

10 Julai 2022 (Ahad): Malaysia 0-4 Thailand (Biñan Football Stadium, Biñan City)

12 Julai 2022 (Selasa): Australia 6-0 Malaysia (City of Imus Grandstand)

Siaran Media: Tan Cheng Hoe Lepas Jawatan Ketua Jurulatih Kebangsaan

3 Januari 2022 - Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini ingin memaklumkan bahawa ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe telah membuat keputusan untuk melepaskan jawatannya.

Tan Cheng Hoe telah mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan FAM dan menyatakan hasratnya itu berikutan kegagalan skuad kendaliannya melangkah ke separuh akhir Piala Suzuki AFF 2020 di Singapura, baru-baru ini.
Selepas berbincang secara terbuka dari semua sudut, pihak pengurusan FAM akhirnya menghormati keputusan tersebut dan telah bersetuju untuk melepaskan Tan Cheng Hoe menerusi persetujuan bersama kedua-dua pihak.

Tan Cheng Hoe yang secara keseluruhannya telah berkhidmat selama 14 tahun bersama FAM sejak bergelar penolong jurulatih skuad B-20 kebangsaan pada 2005 hingga 2013 sebagai penolong jurulatih kebangsaan dan kembali semula pada 2017 sebagai penolong jurulatih kebangsaan kepada Nelo Vingada.

Antara kejayaan yang diraih beliau ialah membantu Malaysia memenangi pingat emas Sukan SEA 2009 dan menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 ketika bergelar pembantu kepada Datuk K. Rajagobal serta naib juara Piala Suzuki AFF 2018 selaku ketua jurulatih.

2005-2009 - Penolong Jurulatih B-20 Malaysia
2009 -2010 - Penolong Jurulatih B-23 Malaysia
2009 - 2013 - Penolong Jurulatih Malaysia
Mei 2017 - Dis 2017 - Penolong Jurulatih Malaysia
Dis 2017 - Dis 2021 - Ketua Jurulatih Malaysia

Ken Worden Meninggal Dunia 20 Sept 2021

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang Ken Worden, bekas jurulatih kebangsaan yang telah meninggal dunia pada usia 78 tahun, hari ini (20 Sep 2021).

Worden atau nama penuhnya Kenneth Joseph Worden, dilahirkan pada 2 Februari, 1943 di Preston, England tetapi lebih menyerlah kariernya sebagai pemain dan jurulatih di Australia sebelum berhijrah ke Malaysia pada 1991 untuk menjadi jurulatih Selangor yang muncul juara Piala FA dan naib juara Piala Malaysia di bawah kendaliannya.

Beliau kemudian telah dilantik sebagai jurulatih kebangsaan selama dua tahun, menggantikan Rahim Abdullah bermula Januari 1992 sehingga penghujung 1993. Dalam tempoh itu, pasukan kebangsaan menjuarai Kejohanan Jemputan Vietnam dan Piala Jakartaraya 1992 serta Pestabola Merdeka 1993. Bagaimanapun skuad negara yang membariskan antara lain Zainal Abidin Hassan, Mubin Mokhtar, Khairul Azman Mohamad, K. Gunalan, Azizol Abu Haniffah, Malek Rahman, Dollah Salleh dan Azman Adnan, tewas pada pra-Piala Dunia dan Sukan SEA Singapura 1993.

Selepas itu, Worden menyahut cabaran sebagai jurulatih Singapura untuk beberapa bulan sebelum meneruskan karier kejurulatihannya di Malaysia dengan kembali sebagai jurulatih Selangor, dengan menjulang Piala Malaysia 1995 dan 1996, disusuli tugasan dengan beberapa lagi pasukan tempatan lain seperti Sabah, Terengganu dan KL SPA. Worden kembali ke Selangor dan menjulang Piala Malaysia pada 2002.

SIARAN MEDIA: TAN CHENG HOE TANDATANGANI KONTRAK BAHARU BERSAMA FAM
8 Jan 2019 - Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini dengan sukacita mengumumkan bahawa Tan Cheng Hoe telah menandatangani kontrak baharu selama dua tahun untuk kekal sebagai ketua jurulatih skuad bola sepak kebangsaan, Harimau Malaya sehingga 31 Disember 2020.

Persetujuan itu telah tercapai antara kedua-dua pihak pada mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan FAM yang dipengerusikan oleh Presiden FAM, Dato' Haji Hamidin Haji Mohd Amin di Wisma FAM, Kelana Jaya, pagi tadi.

Pada kesempatan ini juga, FAM ingin menafikan dakwaan bahawa pihak kami lambat dan melengah-lengahkan proses menandatangani kontrak baharu bersama Cheng Hoe ini selepas kontrak lamanya telah pun berakhir pada 31 Disember 2018.

Untuk makluman, Cheng Hoe telah mengambil cuti selama lebih dua minggu selepas berakhirnya saingan Piala Suzuki AFF 2018 pada 15 Disember 2018 yang mana beliau berjaya membawa skuad Harimau Malaya muncul sebagai naib juara.

Sejurus kembali ke Wisma FAM pada 2 Januari 2019, Cheng Hoe telah pun berjumpa dengan pihak pengurusan tertinggi FAM bagi membincangkan hal kontrak baharunya.

Hasil perbincangan tersebut telah dibawa ke mesyuarat yang telah ditetapkan pada hari ini untuk diperdengarkan dan diluluskan sebelum kedua-dua pihak mencapai persetujuan mengenai kontrak baharu yang ditandatangani Cheng Hoe ini.

Akhir kata, FAM ingin mengucapkan tahniah kepada Cheng Hoe dan selamat maju jaya kepada beliau untuk terus mengemudi skuad Harimau Malaya dalam memburu kejayaan pada saingan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 dan juga saingan Piala Suzuki AFF 2020.

TAN CHENG HOE DILANTIK SEBAGAI KETUA JURULATIH BAHARU
07 Disember 2017 - Penolong jurulatih kebangssan Tan Cheng Hoe diumumkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebagai ketua jurulatih baharu skuad kebangsaan.



Rekod Dibawah Nelo Vingada
5 Kalah, 2 Seri.

13 Jun 2017: Malaysia 1-2 Lubnan
22 Ogos 2017: Malaysia 1-2 Syria
29 Ogos 2017: Malaysia 0-1 Myanmar
5 September 2017: Malaysia 1-1 Hong Kong
10 Oktober 2017: Malaysia 0-2 Hong Kong
10 November 2017: Malaysia 1-4 DPR Korea
13 November 2017: Malaysia 1-4 DPR Korea

NELO VINGADA LETAK JAWATAN KETUA JURULATIH KEBANGSAAN

06 Disember 2017 - Selepas mengadakan perbincangan dengan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor selaku Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), saya dengan ini bertanggungjawab di atas prestasi pasukan kebangsaan.

Atas rasa tanggungjawab dengan apa yang telah berlaku itu, saya dengan ini mengumumkan untuk melepaskan jawatan sebagai ketua jurulatih kebangsaan berkuat kuasa serta merta dan Tunku Presiden sendiri turut telah menerima keputusan yang saya buat ini.

Saya ingin memaklumkan juga bahawa dua pembantu yang saya bawa bersama ke sini iaitu Joao Arnaldo Correia De Carvalho dan Francisco Jose Bruto Da Costa turut bersama melepaskan jawatan mereka, masing-masing selaku penolong jurulatih dan jurulatih kecergasan skuad kebangsaan.

Akhir kata pada kesempatan ini, saya berharap dan berdoa agar bola sepak Malaysia kembali bersinar selepas ini dan saya berbangga kerana dapat menjadi sebahagian warga bola sepak Malaysia biarpun dalam tempoh masa yang agak singkat ini.

Nelo Vingada
Ketua jurulatih kebangsaan Malaysia

Nelo Vingada Di Lantik Ketua Jurulatih

15 Mei 2017 - Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menamakan Nelo Vingada sebagai Ketua Jurulatih Skuad Kebangsaan.

Tugas pertama beliau adalah Pusingan Kelayakan Piala Asia 2019 bertemu DPR Korea (8 Jun 2017 di Pyongyang) dan bertemu Lebanon (13 Jun di Larkin).

Beliau akan tiba di Malaysia pada 25 Mei 2017 bagi menggantikan tempat Ong Kim Swee.

Nama Penuh: Eduardo Manuel Martinho Braganza de Vingada

Nama Gelaran: 'The Professor'

Tarikh Lahir: 30 Mac 1953 (64 tahun)

Tempat Lahir: Serpa, Portugal

Karier Pemain:
1964-1974 Atletico CP
1974-1975 Sintrense
1975-1979 Belenenses

Karier Jurulatih:
1981-1982 Belenenses
1982-1983 Academica de Coimbra
1983-1984 Sintrense
1984-1986 Vilafranquense
1988-1991 Portugal B-20 (Pembantu)
1993-1994 Portugal
1994-1995 Portugal B-20
1995-1996 Portugal Olimpik
1996-1997 Arab Saudi
1997-1998 Benfica (Pembantu)
1999-2003 Maritimo
2003-2004 El Zamalek (Mesir)
2004-2005 Mesir Olimpik
2005-2006 Academica de Coimbra
2007 Wydad Casablanca (Maghribi)
2007-2009 Jordan
2009 Persepolis (Iran)
2009 Vitoria SC
2010 FC Seoul
2011- 2012 Dalian Shide (China)
2013-2014 Iran (Pembantu)
2014 Iran Oimpik
2016 Maritimo
2016-2017 NorthEast United FC (India)
15 Mei 2017 Malaysia



Ketua Jurulatih Malaysia sejak Tahun 2000

mulai 5 September Datuk Ong Kim Swee
1 Julai 2014 - 4 September 2015 Dollah Salleh
3 Februari 2014 - 28 Jun 2014 Ong Kim Swee (sementara)
20 April 2009 - 31 Disember 2013 K. Rajagobal
2007 - 2009 B. Sathianathan
2006 - 2007 Norizan Bakar
2004 - 2005 Bertalan Bicksei (Hungary)
2004 - 2004 Allan Harris (England)
1998 - 2000 Abdul Rahman Ibrahim

Dollah Salleh Letak Jawatan
5 Sept 2015 - Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini mengumumkan pelantikan jurulatih skuad B-23 negara, Datuk Ong Kim Swee, 45, sebagai pengendali sementara skuad kebangsaan berikutan peletakan jawatan Dollah Salleh, 52, sebagai ketua jurulatih kebangsaan, semalam.

Dollah menyatakan bahawa beliau bertanggungjawab sepenuhnya di atas kekalahan besar 10-0 skuad kebangsaan kepada UAE pada perlawanan tersebut dan membuat keputusan untuk meletak jawatan dengan serta merta.

Bagi mengisi kekosongan ditinggalkan Dollah, pihak persatuan telah mencapai persetujuan untuk melantik Kim Swee sebagai pengendali sementara skuad kebangsaan berkuatkuasa serta merta bagi menghadapi perlawanan keempat kelayakan bertemu Arab Saudi di Stadium Shah Alam, Selasa ini (8 September) dan seterusnya sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan.

Pemilihan Kim Swee dibuat atas dasar beliau seorang jurulatih yang berpengalaman termasuk pernah menjadi pengendali sementara skuad kebangsaan selama empat bulan pada tahun lalu iaitu dari 3 Februari 2014 (selepas kontrak Datuk K Rajagobal sebagai ketua jurulatih kebangsaan tamat) hingga 28 Jun 2014 (selepas Dollah dilantik ketua jurulatih kebangsaan yang baharu).

Selain itu, Kim Swee turut masih mempunyai kontrak bersama FAM sehingga penghujung tahun ini selepas beliau membimbing skuad B-23 negara pada Sukan SEA 2015 di Singapura, Jun lalu.

Selepas pemilihan itu dibuat semalam, Kim Swee menyatakan komitmen untuk menerima tawaran menjadi pengendali sementara skuad kebangsaan dan membawa bersama penolong jurulatih skuad B-23 negara, Brad Maloney serta jurulatih penjaga gol skuad B-23 negara, Yong Wai Hwang untuk menggantikan tempat dua penolong jurulatih kebangsaan, Reduan Abdullah dan Wan Mustaffa Wan Ismail serta jurulatih penjaga gol kebangsaan, Omar Salim.

Sementara itu, pihak persatuan telah memberi tanggungjawab kepada Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas (task force), Dato' Abdul Mokhtar Ahmad yang juga Timbalan Presiden FAM untuk memulakan proses pencarian jurulatih asing bagi skuad kebangsaan pada masa akan datang, jika difikirkan sesuai.

Dollah Salleh Ketua Jurulatih Pasukan Kebangsaan Malaysia
28 Jun 2014 - Persatuan Bolasepak Malaysia menlantik Ketua Jurulatih PDRM, Dollah Salleh sebagai Ketua Jurulatih Harimau Malaya yang baru.

Dollah akan membimbing selama dua tahun selepas jawatan itu kosong sejak 31 Disember 2013 apabila kontrak Datuk K. Rajagobal tidak disambung. Tugas utama Dollah Salleh adalah Piala AFF 2014 di Singapura dan Vietnam.

Kontrak selama dua tahun setengah bermula 1 Julai 2014 sehingga 31 Disember 2016.

Empat perlawanan pemanas badan telah disusun sebelum menghadapi Piala AFF iaitu bertemu Tajikistan (6 Ogos), Singapura (), Jordan (11 Oktober) dan satu pasukan lagi pada (18 November).

K. Rajagobal Ketua Jurulatih Baru Skuad Bolasepak Negara

20 April 2009 - Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan pelantikan jurulatih skuad Bawah 23 tahun kebangsaan, K.Rajagobal sebagai jurulatih skuad kebangsaan bagi menggantikan B.Sathianathan yang diminta berhenti pada 1 Feb 2009.

Selain menjadi jurulatih skuad kebangsaan, Rajagobal juga akan membimbing pasukan bawah 23 tahun negara, manakala Ong Kim Swee diberi mandat untuk mengambil alih tugas melatih Harimau Muda yang sebelum ini turut dibimbing Rajagobal. Rajagobal akan diberikan kontrak dua tahun dan pilihan satu tahun, begitu juga bagi dua pembantunya, Tan Cheng Hoe dan Mohd Faozi Mukhlas.

Kontrak Rajagobal Tidak Disambung, OKS Jurulatih Sementara
Hasil keputusan mesyuarat FAM pada 24 November 2013.

Tempoh kontrak Ketua Jurulatih Datuk K.Rajagobal yang berakhir pada 31 Disember 2013 tidak akan disambungkan bagi tahun 2014. Datuk Ong Kim Swee akan digantikan bagi Perlawanan Kelayakan Asian 2015. Malaysia lawan Yemen. Datuk Ong Kim Swee akan mengantikan buat sementara waktu. Dan FAM masih mencari Ketua Jurulatih Kebangsaan.

JURULATIH BOLASEPAK MALAYSIA SEJAK TAHUN 2000
20 Apr 2009-31 Disember 2013 K.Rajagobal
2007-09 B. Sathianathan
2006-07 Norizan Bakar
2004-05 Bertalan Bicksei (Hungary)
2000-04 Allan Harris (England)
1998-2000 Abdul Rahman Ibrahim

Perlawanan persahabatan antarabangsa
1 Mac 2014: Malaysia mln Filipina (di Malaysia)
3 Mei 2014: Malaysia mln Singapura (di Singapura)

Kit 2010-2011



HOME AWAY
AddressWisma FAM,
Jalan SS 5A/9, Kelana Jaya,
47301, Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan
Founded1933
Affiliation1954 (AFC), 1956 (FIFA), 1984 (AFF)
Official sitehttp://www.fam.org.my/
Home JerseysYellow/black
Home ShortsBlack
Home StockingsYellow
Away JerseysBlue
Away ShortsWhite
Away StockingsBlue

SEJARAH BOLASEPAK MALAYSIA
Bolasepak dikatakan sukan pertama yang dibawa dari negara luar ke Malaya ketika kependudukan British pada sekitar 1825. Beberapa kelab kemudian ditubuhkan di kawasan yang mempunyai ramai rakyat British seperti di Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Johor dan Negeri Sembilan.

Bagaimanapun pada 1926, asas penubuhan Persatuan Bolasepak Malaya (FAM) dilakukan sebelum ia menjadi rasmi sebagai badan induk pada 1933.

Pada 1956, FAM menjadi ahli gabungan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa atau FIFA, selain menganggotai Konfederasi Bolasepak Asia ( AFC).

Nama Persatuan Bolasepak Malaya kemudian ditukar kepada Persatuan Bolasepak Malaysia pada 1960.

SEJARAH LIGA:
1982-1989:
Liga satu pusingan.

Pada 1989
Liga Semi-Pro di perkenalkan sebelum menjadi profesional sepenuhnya pada 1993.

1989-1993:
Liga Dua Divisyen:
  1. Divisyen 1 dan
  2. Divisyen 2
1994-1997:
Liga Satu Divisyen - Liga Perdana

1989-2003:
Liga Dua Divisyen:
  1. Liga Perdana 1 dan
  2. Liga Perdana 2

2004-sekarang:
Liga Tiga Divisyen:
  1. Liga Super
  2. Liga Perdana dan
  3. Liga FAM/Piala FAM
SEJARAH PIALA:
1921: Piala Malaya (Malaya Cup) diperkenalkan
1933: Piala Malaya ditukar nama kepada Piala HMS (HMS Cup)
1967: Piala HMS (HMS Cup) ditukar nama kepada Piala Malaysia
1982: Piala Liga diperkenalkan
1985: Piala Sumbangsih diperkenalkan
1990: Piala FA diperkenalkan

PENAJA UTAMA:
1989-2004: Dunhill
2005-2010: Telekom Malaysia (TM)
2011-sekarang: Astro


JURULATIH BOLASEPAK KEBANGSAAN
Dutton was never a national coach though he did handle two squads for friendly overseas tournaments in 1963 & 1967. Between 1966-74, FAM did not have a permanent national coach. Coaches were appointed on an assignment-basis, depending on the importance of the tournament. During this time, Clement De Silva, Peter Velappan, N. Rajoo, Dettmar Cramer, Dutton, Harold Hassall, Ghani Minhat, Jalil Che Din, C Arasaratnam, Dave McLaren & M. Kuppan took turns in taking charge. Cramer was in charge of the 1967 Merdeka Tournament, Hassall for the 1968 & 1970 Merdeka Tournaments, McLaren for the 1970 Asian Games and major events in 1971. Jalil and Ghani were mostly in charge for major tournaments in 1972 and 1973 respectively.

Malaya
1940 - 1950: Neoh Boon Hean
1950 - 1956: Edwin Dutton
1956 Neoh Boon Hean (Pestabola Merdeka)

Malaysia
1956 - 1964: Choo Seng Quee
1965 : Otto Westphal
1964 - 1966: Clement De Silva
1967 - 1968: Peter Velappan
1969: Abdul Ghani Minhat
1969 - 1970: Harold Hassall
1970 - 1971: Dave McLaren
1972: Jalil Che Din
1973 - 1977: M. Kuppan
1974: Jalil Che Din
1978: Chow Kwai Lam
1979 - 1982: Karl-Heinz Weigang (Germany)
1982 - 1983: M. Chandran
1983 - 1985: Frank Lord
1985 - 1986: Mohamad Bakar 1986 - 1987: Jozef Vengloš (Slovakia)
1987: Abdul Rahman Ibrahim
1988: Richard Bate
1988: M. Chandran
1989: Trevor Hartley (England)
1990: Muhammad Syadiq
1991: Rahim Abdullah
1992 - 1993: Ken Worden (Australia)
1994 - 1995: Claude Le Roy (France)
1995: Hatem Souisi (Tunisia)
1996 - 1997: Wan Jamak Wan Hassan
1998: Hatem Souisi (Tunisia) - Pestabola Merdeka
1999 - 2000: Abdul Rahman Ibrahim
2001 - 2004: Allan Harris (England)
2004: Datuk K. Rajagobal
2004 - 2005: Bertalan Bicskei (Hungary)
2005 - 2007: Norizan Bakar
2007 - 2008: B. Sathianathan
20 Apr 2009-31 Dis 2013: Datuk K. Rajagobal
2014: Datuk Ong Kim Swee (interim)
2014 - 2015: Dollah Salleh
2015: Datuk Ong Kim Swee (interim)

Rekod dibawah bimbingan B.Sathianathan

Kelayakan Piala DuniaOkt 2007Pusingan Pertama
Sukan SeaDis 2007Peringkat Kumpulan
Pestabola MerdekaOkt 2008Naib Johan
Grand Royal Challenge Cup MyanmarNov 2008Separuh Akhir
Kejohanan AFF Piala SuzukiDis 2008Peringkat Kumpulan



REKOD PERLAWANAN
Senarai terperinci 2009
Senarai terperinci 2008
Senarai terperinci 2007
2004-2008
2000-2003
Malaysia lawan kelab EPL

REKOD PENYERTAAN BOLA SEPAK MALAYSIA
PIALA DUNIA
1930-1970: Tidak sertai1974-2022: Tidak Layak

PIALA ASIA
1956: Tidak layak1960: Tidak layak1964: Tidak layak
1968: Tidak layak1972: Tidak layak1976: Pusingan Pertama
1980: Pusingan Pertama1984: Tidak layak1988: Tidak layak
2002: Tidak layak2007: Layak selaku tuan rumah2011: Tidak Layak
2015: Tidak Layak2019: Tidak Layak2023: -

SUKAN OLIMPIK
1972: Layak (Pusingan Pertama)1980: Layak (Tidak ambil bahagian)1984-2020: Tidak Layak

SUKAN ASIA
1951: Tidak menyertai1954: Tidak menyertai1958: Pusingan Pertama
1962: Gangsa1966: Pusingan Pertama1970: Pusingan Pertama
1974: Gangsa1978: Pusingan Separuh Akhir (Pusingan 2)1982: Pusingan Pertama
1986: Pusingan Pertama1990: Pusingan Pertama1994: Pusingan Pertama
1998: Tidak menyertai2002: Pusingan Pertama2006: Pusingan Kedua
2010: Pusingan Kedua (16)2014: Peringkat Kumpulan2016: Pusingan 16

SUKAN SEA
1959: Gangsa1961: Emas1965: Pusingan Pertama
1967: Pusingan Pertama1969: Gangsa1971: Perak
1973: Gangsa1975: Perak1977: Emas
1979: Emas1981: Perak1983: Gangsa
1985: Gangsa1987: Perak1989: Emas
1991: Peringkat Kumpulan1993: Peringkat Kumpulan1995: Peringkat Kumpulan
1997: Peringkat Kumpulan1999: Peringkat Kumpulan2001: Perak
2003: Gangsa2005: Gangsa2007: Peringkat Kumpulan
2009: Emas2011: Emas2013: Tempat Keempat
2015: Peringkat Kumpulan2017: Perak2019: Peringkat Kumpulan

PIALA AFF
1996: Naib Juara1998: Peringkat Kumpulan2000: Tempat Ketiga
2002: Tempat Keempat2004: Tempat Ketiga2006: Separuh Akhir
2008: Peringkat Kumpulan2010: Juara2012: Separuh Akhir
2014: Naib Juara2016: Peringkat Kumpulan2018: Naib Juara
2020: Peringkat Kumpulan

REKOD:

PIALA DUNIAPIALA ASIASukan SEA
SUKAN ASIA PIALA AFF (Tiger Cup, Suzuki Cup)SUKAN OLIMPIK
PESTABOLA MERDEKA

SENARAI PEMENANG KEJOHANAN BOLASEPAK TEMPATAN
LIGA MALAYSIAPIALA FA
PIALA MALAYSIAPIALA SUMBANGSIH
PIALA FAMSUKMA (SUKAN MALAYSIA)
PIALA EMAS RAJA-RAJALIGA FUTSAL KEBANGSAAN

Tiada ulasan: